Thursday, December 31, 2009

KFC pembakar semangat kerja



 Amat Fairus sambar ayam dulu, kami yang lain-lain bersabar, minum air dulu.

1 jam terakhir waktu pejabat, di penghujung hari dalam Tahun 2009, Pengarah MIB telah mengadakan sedikit jamuan ringan dengan menu istimewa ayam goreng spicy KFC. Hehe..

Pn. Pengarah telah lama memerhatikan dan menganalisis semangat juang Pegawai-pegawai MIB. Rumusan yang boleh dibuat oleh Pn. Pengarah, motivasi  pegawai-pegawai MIB semakin menurun dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, hinggalah nak masuk tahun baru ni. : )

Saya berasa, selagi adanya Prof. Penasihat di MIB, semangat kerja Pegawai-pegawai MIB akan terus merudum hingga mencecah 10 Celcius dibawah takat beku.


Wajah ceria, semangat kerja lain pula ceritanya.

Walaubagaimanapun, terima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga kepada Pn. Pengarah atas usahanya menyatukan kakitangan MIB untuk terus meningkatkan daya saing di tahun baru 2010.

Melaka Maju 2010? Fikir-fikirkan.

What We Do In Life Echoes In Eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Wednesday, December 30, 2009

Bye Saravanan, Bye Nurhuda


Picture courtesy of Mr. Edy.

It's time to fly. Our dedicated QA Manager Saravanan had served his last day in the Toxicology Lab yesterday 30 December 2009. He got better offer from a Higher Learning Institution as a Lab Manager. Good Luck Bro.

In our farewell celebration yesterday, Saravanan left us with powerful advice :
Do your best, go with the flow. Your work life now is like in a cage, but difficult to search for the exit door. Just go with the flow, at the same time look for better offer. From my point of view, you'll will still be at the same level if you work here for 4-5 years, compare to your friends who work in private sector who will most probably be at a higher level in 4-5 years.

Selamat menjalankan tugas Nurhuda.
Rakan kami RO Biologi Molekul yang cemerlang, Nurhuda telah ditawarkan untuk berkhidmat mencurahkan ilmu kepada generasi belia di sebuah Institut Pengajian Tinggi. Nurhuda juga sempat meninggalkan pesanan yang berkesan dalam hati kami :
Lakukan yang terbaik, sambil teruskan usaha mencari peluang-peluang yang lebih baik.
 Kami semua mendoakan Saravanan, Nurhuda dan diri kami sendiri agar terus maju.

Beberapa keping gambar yang sempat dirakam, serta gambar untuk entri terdahulu.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada Saravanan dan Nurhuda.

Ada lagi beberapa orang yang akan menyusul kemudian.

What we do in life echoes in eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Tuesday, December 29, 2009

Am I Brave or Crazy?


I choose not to overreact. Haha..

The situation  was so tense in the meeting room. The female dog clad in blue baju kurung started to bark the moment I entered the room. (I wanted to use the word **tch, just like in the picture, but that will be too harsh right? Hehe..)

There the dog was, next to the CEO, she barked loudly, woOF.. WOOFF.. WOOOF.. WOOOF...

The Dog : WHERE IS YOUR CONCEPT PAPER!!!!!
Serious officer : Not yet ready, Prof.
The Dog : NO!!! TELL ME WHY NOT!!! TELL ME!!!
The Dog : WHERE IS YOUR PROGRESS FILE, I WANT TO SEE YOUR PROGRESS FROM JANUARY TO DECEMBER... WOOOF.. WOOF.. WOOFF.. WOOOFF..

That's it, I had had enough of her barking.

Without any hesitation, my heart beat very fast, the adrenalin rushed through my veins to my brain triggered my Brave and Crazy muscles to act.. I stood up, walked to the dog, straight in her face..

Serious officer : Say what you wanna say, do whatever you wanna do Prof., I'm sick of this..
The dog : WOOF.. WOOOFF.. WOOFF.. OK, SEND ME YOUR RESIGNATION LETTER..

I just left the dog continued with her barking.. One side of me felt satisfied, another side of me worried with the uncertainty in the future. Am I Brave, Crazy or What?

What We Do In Life Echoes In Eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Monday, December 28, 2009

Manik-manik berkelipan


Akhirnya, berhasil jugak tangan keras saya menjahit juntaian manik-manik itu.

Mak asyik perli saya, "mak jer yang penat buat mende ni, yang pengantin wat tak tahu jer". Hehe.. Saya pun tak tahu nak kata apa. Kasihan melihatkan mak penat-penat jahit manik-manik kat riben ni, saya menggagahkan diri untuk mencuba jahit manik-manik itu kat riben. Nasib baik tak tercucuk jarum. Haha.

Selepas beberapa kali usaha untuk masukkan benang dalam jarum jahit, setelah di tunjuk ajar mak cara yang betul nak ikat hujung benang, nak cucuk mula kat mana dan macam-macam lagi tunjuk ajar oleh mak, barulah saya berjaya menghasilkan riben berkelipan manik-manik ini. : )

Pengajaran yang saya boleh ambil dari proses pembelajaran ini ialah :

  • Kita boleh belajar apa sahaja yang kita mahu (mesti ada kemahuan dulu)
  • Pengajar mestilah berlapang dada dengan tahap pencapaian pelajar. Kita selalu menjangkakan pelajar atau orang yang diajar mempunyai tahap kefahaman yang tinggi.
  • Lumrah kehidupan, dari baring kepada meniarap, kepada merangkak, kepada bertatih, jatuh, kepada berjalan, kepada berlari, jatuh, kepada melompat dan seterusnya.... Tiada yang lahir sahaja dah boleh berlari.
Saya embed kan slideshow proses menjahit itu di bawah ini, berserta gambar-gambar berkaitan majlis perkahwinan yang ada saya rakamkan sebelum ini.



Hehe, kepada pembaca yang expert menjahit, maafkanla ketidakkemasan jahitan saya.

Semoga majlis perkahwinan saya nanti akan berkelip-kelipan macam juntaian manik-manik itu.

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Sunday, December 27, 2009

Interaksi antara ahli kariah.




Moga doaku diperkenankan Allah. Ameen.

Sudah 10 hari berlalu dalam tahun baru 1431 H ini. Alhamdulillah, saya berkesempatan turut serta dalam aktiviti majlis membaca doa sempena 10 Muharram yang lalu. Seronok kan bila kita berkumpul, lebih-lebih lagi atas dasar ikatan persaudaraan sesama Muslim.

Abah bersemangat sungguh hari ini, pagi-pagi lagi abah dan rakan-rakannya mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur asyura. Antara yang saya paling ingat ialah, abah kata "bubur asyura ni special sebab ada tujuh jenis kacang". Sejuk mata memandang apabila ada juga anak-anak muda belia yang turut serta dalam kerja-kerja memasak bubur asyura ini.


Abah dan pasukan tukang masak.

Waktu untuk memberikan bubur asyura itu kepada ahli kariah Masjid Tg. Kling ialah selepas waktu asar. Aktiviti selepas solat asar, berzikir sempena hari asyura ini dan kemudian, barulah bubur asyura diberi kepada orang ramai. Geli hati saya melihatkan telatah anak-anak kecil yang berebut mendapatkan bubur asyura, sedangkan ada banyak bubur untuk semua orang, cukup untuk semua yang hadir.


Budak-budak membawa bekas untuk isi bubur masing-masing.

Dalam lagu "Obat hati" yang didendangkan oleh Opick, ada menyatakan salah satu cara mengubat hati ialah berkumpul dengan orang-orang soleh. Aktiviti seperti ini yang dijalankan di Masjid Tg. Kling, membuatkan saya rasa seperti berkumpul dengan orang-orang soleh. Saya berasa susah hati, gundah gulana, namun, saya berdoa Allah membantu saya menghadapi cabaran mendatang dengan sabar. Ameen.

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Saturday, December 26, 2009

Langkah beradat, redha siapa?



Majlis makan tengahari serba ringkas. Dari kiri; mak, bakal mak mentua, bakal adik ipar (abang mea), bakal abah mentua, bakal abang ipar (abang d) dan abah.

Bertemu lagi dalam ruang siber yang sentiasa dipenuhi dengan bermacam-macam maklumat, untuk tujuan komunikasi, menyampaikan maksud dan hajat serta memahami maksud dan hajat yang diharapkan. Entri kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang lawatan balas bakal mentua saya dari Gua Musang ke Melaka.

Pertamanya, saya berasa bercampur-aduk, gemuruh ada, takut ada, rindu pun ada. Gemuruh sebab cabaran dalam mengatur tutur bicara supaya bakal mentua tak terasa. Hehe.. Alhamdulillah, boleh handle lagi.

Takut sebab loghat Kelantan agak payah untuk difahami, saya kena fokus pada perbualan dan mencari katakunci untuk mengagak apa yang dibicarakan. Hehe.. Nasib baik bakal abah mentua menjelaskan maksud istilah-istilah loghat Kelantan yang belum penah didengari oleh kami sekeluarga dari Melaka. Contohnya, "lokek", orang Melaka faham makna "lokek" ialah kedekut, begitu juga orang Kelantan. Tetapi, ada lagi makna "lokek" dalam loghat Kelantan yang merujuk kepada keadaan kesihatan seseorang. Rakan-rakan dari Kelantan boleh tolong betulkan ye kalau salah. : )
Tapi masalah loghat ini masih agak ok lagi.


Saya (berbaju hijau muda) dalam perasaan bercampur baur itu. Hee..

Rindu, huhu.. Ini masalah yang tak berapa ok sangat. Adat orang Kelantan, selagi belum majlis menyerah (pengantin perempuan berserta rombongannya bertandang ke rumah pihak lelaki), selagi itu pengantin perempuan tak boleh ke rumah pihak lelaki, walaupun kedatangan seperti hari ini, yang ditemani oleh ibu bapa. Huhu.. Adat ini sangat ekstrim bagi saya.. Hehehe.. Dah lama tak tengok rupa tunangku. : D
Sabar je lah.

Walau apa pun, syukur, Allah mengizinkan pertemuan dua belah keluarga ini berjalan dengan baik. Moga-moga bakal mentua saya selamat dalam perjalanan pulang ke Gua Musang. Ameen.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Friday, December 25, 2009

Pusat perdagangan Melaka lama


Lokasi Jalan Kampung Hulu, Melaka.

Cuti krismas kali ini (Jumaat, 25 Dis 2009) saya dan keluarga telah pergi ke Pasaraya Tong Hup di Jalan Kampung Hulu, Melaka. Di sini, kita masih boleh melihat kesan tinggalan sejarah dari segi bangunan-bangunan lama yang masih dikekalkan bentuk seni binanya.

Apa yang ingin saya ceritakan kali ini ialah, betapa lamanya kumpulan pedagang Cina ini bertapak di sini. Melihatkan kepada tahun yang tertera di bangunan-bangunan lama ini, saya kira, tahun itu merujuk kepada tahun bangunan tersebut dibina. Suasana pagi Jumaat di sini sangat sibuk dengan kegiatan perniagaan.


Tahun dibina tertera di bahagian atas bangunan.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah, sebuah syarikat yang perniagaannya hanya berkisar kepada dacing (mesin penimbang yang lama tu). Saya rasa, generasi akan datang, dan segelintir generasi sekarang mungkin tidak pernah melihat dacing klasik ini.


Kedai menjual dacing sahaja.

Abah seperti biasa, gemar mengunjungi kedai yang menjual rempah-ratus, lebih-lebih lagi jika kedai itu adalah kedai lama sejak berpuluh tahun ditubuhkan. Dengan wujudnya berbilang pasaraya di Melaka ini, saya fikir, pasti ramai golongan muda tidak terbayang suasana aktiviti jual-beli pada tahun 80-an dan 90-an.


Kedai India muslim menjual pelbagai rempah ratus.

Saya menceritakan sedikit tentang kedai-kedai lama ini, supaya 10 tahun akan datang, kita boleh menghargai kesenangan yang ada pada kita.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Thursday, December 24, 2009

Cuti rehat panjang


Satu-satunya pekerja terbaik minggu ini. Gambar diambil pada pukul 4.45 petang.

Istimewanya hari ini ialah, keadaan di pejabat seperti sehari sebelum raya. Hanya tinggal beberapa orang sahaja di pejabat yang masih berdedikasi meneruskan usaha-usaha penyelidikan, mencari suatu kepastian, dahagakan jawapan kepada persoalan : "berapa lama lagikah aku di sini?" Hehe..

Sesuai dengan status sebagai sebuah institut penyelidikan, pejabat tempat saya berkerja ini mempunyai sistem yang saya fikir, jauh meninggalkan sistem yang diamalkan di negara-negara seperti Zimbabwe dan Morocco. Sistem yang saya maksudkan itu ialah, sistem pengurusan cuti. Bagi rakan-rakan sekerja, saya yakin anda semua faham dengan apa yang saya maksudkan.


Sistem paparan tercanggih yang terdapat di pejabat.

Saya rumuskan serba ringkas proses permohonan cuti di institut ini :

1 - Pemohon mengisi borang cuti, meminta tandatangan pengganti, dan mengisi baki cuti untuk tahun ini.
2 - Pemohon menghantar borang cuti, bersama-sama dengan fail rekod borang cuti pemohon kepada Timb. Pengarah Admin.
3 - Pemohon perlu menjawab soalan-soalan maut seperti "awak nak pergi mana minta cuti ni?", "eh, lama sangat awak minta cuti ni, seminggu."
4 - Jika hari yang dipohon cuti jatuh pada hari Penasihat datang, sila lihat langkah 7
5 - Jika hari yang dipohon cuti bukan pada hari Penasihat datang, sila lihat langkah 6
6 - Permohonan cuti LULUS
7 - Permohonan cuti GAGAL. (takpe, boleh guna alternatif lain, MC dan EL). Haha..

Haaiiihh.. Mengeluh panjang saya melihatkan sistem permohonan cuti tahap dunia ke-3 ni. Masih terlalu banyak ruang yang perlu dibaiki untuk meningkatkan mutu kerja dan kualiti pengurusan sumber manusia.

Kepada rakan-rakan yang telah mengambil cuti panjang, selamat bercuti, jaga diri baik-baik.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Wednesday, December 23, 2009

E-commerce


Dashboard wordpress.

Last night class, we learn more about web 2.0, web blogging. In general, what I can share is, we use wordpress software to build a website that looks like blog.
You may want to visit my other blog site (this is for the class project) at http://latihan-industri.com/amirul/.

We also discussed some interesting topic :
  1. Hardware, software, the differences, application software, operating system software.
  2. Telecommunications, types of cables used.
  3. Data and databases.
The most interesting topic that we learned last night was, how to put nuffnang advertisement in our blog. I felt like I'm too late in keeping up with the IT advancement, considering that there were many blog out there that were more advance.


Asia-Pacific's First Blog Advertising Company

Better late than none. Baby steps count. Learning process will never stop, right?

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Makan seorang.


Saya sendirian makan tengahari.

Jika kita makan seorang diri, tanpa mempelawa orang lain untuk makan bersama, kurang adabkah kita? Tapi itulah yang terjadi kepada saya waktu makan tengahari semalam (Selasa, 23 Dis 2009). Cuma saya bukanlah tidak mempelawa, tetapi tiada yang sama-sama makan tengahari dengan saya. Ada rakan yang menggunakan waktu rehat untuk pergi meninjau keadaan rumah yang akan dibeli nanti.

Apa kurangnya makan seorang diri di kedai makan? Pendapat saya :
  1. Saya rasa macam orang asyik tengok saya macam pelik jer. (Perasaan jer kot). : )
  2. Saya akan terus-menerus suap makanan, takde selang masa untuk borak-borak. Hehe. Kalau ada kengkawan sekali pun, rasanya saya suap terus-menerus gak.
  3. Orang kedai yang dah biasa dengan 'group' saya akan bertanya "aik, sorang je ke? Yang lain mana?" Penat nak menjawab.

Nazri dan Abdah datang, saya dah habis makan.

Alhamdulillah, mujur saya tidak lama makan secara solo. Nazri Puasa dan Abdah datang menyelamatkan keadaan. Syukor pula datang di masa semua orang dah habis makan.

Suasana di tempat kerja hari ini agak tenang seperti biasa, tanpa kehadiran Prof. Niyang Rapik. Hari ini juga merupakan hari untuk menghantar borang permohonan ke Majlis Hang Tuah Jaya.

Saya telah membiarkan masa berlalu begitu saja, tanpa memajukan diri sendiri. Astaghfirullah. Petang semalam, saya mula berasa tak selesa dengan, semacam tak sihat. Beberapa hari yang lepas, saya ada dapatkan pemeriksaan tekanan darah, keputusannya 135/78. Hmm.. Boleh dikatakan, saya ada darah tinggi. Fuhh... Nampaknya, tiada cara lain, saya mesti kembali ke cara hidup aktif.

Cabaran mudah, saya hendak turunkan berat badan sebanyak 5kg, penghujung Febuari, mampukah saya lakukannya? Sama-sama kita saksikan, metamorfosis.

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Tuesday, December 22, 2009

Talent management.


Do we look talented?

In today's business environment, there's a huge gap in power distance. The competition to get talented workers becomes more aggressive. Recruiting these talented workers is a very serious thing and to retain these talented workers is another thing to look into.

In Japan, job-hopping culture among the workers is not a normal thing there. The Japanese will work with a company until he reach retirement age. How true is this? (I got to search more in the internet, this claim is quite loose without strong reference).

Another point to ponder about talent management is to ask ourself "Are we talented?" "Has any other company offer us a job?" Hmm.. As far as I'm concerned, I haven't yet get any offer from other company, the most I get is being nominated to be a reserve candidate for Science Officer position in UKM. Excellent question for self-check right.

If we are the Human Resource manager, we should follow this principles.
Base on Marriot's Recruitment Principles.
1 - Get it right the first time.
2 - Money is a big thing, but...
3 - A caring workplace is a bottom-line issue.
4 - Promote from within.
5 - Build the employment brand.

Would we be considerate enough to help our employees to grow and nurture their talent. Do we concern to even help them with their career path. Dr. Azam said that a research shows that most workers will be in a different field of work when compare to their background after three years of employment. (I'm unable to get this claim supported).

Group Presentation.
The group presented last night was consisted of Bro Zainal, Kak Gie and Kak Eza. They talked about talent management and they stress these points in talent management.

  • Spot
  • Selection
  • Assessment
  • Development
  • Progression
  • Retention
Case Study.
The topic selected by Kak Eda, Mastura and Amalina was Sexual Harassment. A very interesting topic to discuss. In reality, it will be a big challenge to handle the sexual harassment case.

To conclude last night class, Knowledge is power, but I think, application has the greater power.

Amirul Faiz Abd. Razak
_______________________________________________________
Chapter 5, Expanding The Talent Pool : Recruitment And Careers. Principles Of Human Resource Management. Snell, Bohlander.

Indahnya khabar.


Nazri menang cabutan bertuah, setelah saya pindahkan 'tuah' kepadanya.

Siang tadi berlangsungnya Karnival Kerjaya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di MITC. Esok (23 Dec 2009, Rabu) adalah hari terakhir karnival. Waktu karnival adalah dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 4.30 petang.

Sumbangsaran dari rakan-rakan yang telah pergi ke pameran kerjaya itu menyatakan ia tidaklah berbaloi sangat untuk dilawati. Saya masih hendak melihat sendiri pameran itu dengan mata kepala sendiri. Mendengar cerita dari orang lain, tidak sama dengan mengalaminya sendiri.


Daftar Jobsmalaysia.gov.my, boleh saja dilakukan di tempat lain yang ada internet.

Dengan ditemani oleh Hanif dan Nazri Puasa, kami melihat-lihat apa sebenarnya yang ditawarkan oleh karnival seperti ini.

Apa yang boleh kami simpulkan ialah, karnival seperti ini hanya memberi maklumat kepada pencari kerja bagaimana untuk mendaftarkan diri di pengkalan data SPA dan Jobsmalaysia.gov. Bagi saya, jika ini langkah yang diambil untuk menangani masalah pengangguran, maka, karnival ini langsung tidak efektif.


Isi borang sikit, tanya soalan sikit, boleh dapat beg.

Pada pendapat saya, adalah lebih baik peruntukan perbelanjaan untuk karnival ini digunakan untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak melalui pelaburan dalam pembangunan modal insan. Atau mungkin peruntukan itu boleh digunakan sebagai permulaan modal dalam penubuhan syarikat-syarikat kecil dengan menggunakan tenaga muda graduan-graduan universiti yang baru menamatkan pengajian. Generasi Y yang mempunyai Ijazah Sarjanamuda dalam pelbagai cabang ilmu, saya fikir, mereka mempunyai idea-idea yang kreatif dalam mengisi peluang-peluang dan keperluan-keperluan dalam pasaran pada masa ini.

Ini hanyalah pendapat saya, seorang penjawat awam kontrak yang tersekat di sini.

Amirul Faiz Abd. Razak

Monday, December 21, 2009

'Joker' sebagai penasihat


Nampak tak apa yang saya nampak?

Sejauh manakah seorang Prof. Niyang Rapik boleh menggerakkan institut penyelidikan ini? Saya fikir tak kemana. Apa yang cuba dilakukannya, pada pandangan saya, hanyalah mengejar populariti / kesenangan diri sendiri.

Tanpa rasa segan silu dan bersalah, Prof. Niyang Rapik menzalimi para pekerja dan tiada langsung sifat kemanusiaan yang waras dalam dirinya. Pangkat 'Prof.' itu saya fikir sangat boleh dipersoalkan, apabila tindakan dan cara berkomunikasinya seperti budak-budak yang berebut barang permainan. Menyalak-nyalak seekor diri di hadapan auditorium.


Copy semua softcopy dalam laptop dulu.

Saya kira, Biotek Melaka tak akan mencapai apa-apa kejayaan yang signifikan, selagi Prof. Niyang Rapik itu masih tak mahu mengubah sikap setannya.

Moga Allah membalasnya dengan balasan yang setimpal, sebagaimana Prof. menzalimi kami semua. Ameen.

Amirul Faiz Abd. Razak

Dah sampai seru.


Hafiz Salim, Fakhrin, Amir Ridzuan, Amirul Faiz.
Syukur, saya berkesempatan menghadiri majlis kenduri kahwin kawan-kawan pada 20 Dis 2009, Ahad yang lalu. Seorang rakan dari Sultan Muhammad, seorang lagi, bekas Pegawai Hortikultur Biotek Melaka.

Saya pergi ke majlis kenduri kahwin rakan saya di Sultan Muhammad pada belah pagi. Sama-sama dalam satu kelas, Mohd. Fakhrin B. Ab. Rasid merupakan seorang 'Top Student' dalam batch kami, 'Form 5 / 2001'. Saya juga berkesempatan berjumpa dengan Che' Wan, Bonzer, Hafiz Salim, Kopak, Hafizi Brutal, Sharif & Isteri, dan Ferdi Mirza. Ada juga di kalangan jemputan guru-guru kami di Sultan Muhammad dahulu.

Cikgu Ibrahim - Matematik
Cikgu Khadijah - BM & Sejarah
Cikgu Muhammad Adam - Guru Koperasi


Bonzer, Hafiz Salim, Hafizi Brutal, Amirul Faiz, Amir Ridzuan, Che' Wan.

Seorang lagi rakan saya yang dah sampai seru ialah Kak Surainey Bte. Saari. Saya berkonvoi dengan rakan-rakan Biotek Melaka yang lain, Amat Fairuz, Nazri Puasa, Syukor, Haslan, Suhailah, Edy, Munirah dan Huzaifah. Lokasi rumah Kak Surainey di Sungai Petai, Alor Gajah.


Kak Surainey dan Bro Fazli memotong kek hijau.

Kami tiba di rumah Kak Surainey dekat-dekat acara potong kek. Pengantin cantik berbaju gaun putih dan kot putih, ke warna krim, saya rabun sikit warna putih dan krim ni. Ceria sekali pasangan mempelai memotong kek dua tingkat.

Kami mendoakan rakan-rakan yang baru mendirikan rumah tangga, semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Ameen.

Amirul Faiz Abd. Razak

Sunday, December 20, 2009

Selangkah lagi kehadapan.


Berkesempatan mengikuti majlis pertunangan anak kepada kawan abah, Nazirah Bte. Mat Sirah.

Rakan-rakan sekerja mengingatkan saya supaya mula membeli barang-barang untuk hantaran pada masa hujung tahun ini. Kebiasaannya, pada musim perayaan, pasaraya-pasaraya menawarkan jualan istimewa dengan diskaun yang menggugat rasional / logik pemikiran pengguna (termasuk saya). Hehe..

Dengan bantuan konsultan bebas (adik saya, Najwa) saya ke Jaya Jusco, Ayer Keroh untuk membeli barang-barang untuk dibuat hantaran. Kelemahan saya ialah dalam memahami citarasa orang perempuan. Mujur konsultan saya ini memahami situasi poket saya. Alhamdulillah, dengan bantuan Najwa saya telah mendapatkan empat barang. Kata orang, barang hantaran itu mencerminkan keikhlasan / kesungguhan orang yang punya hantaran. Betulkah? Bagi saya, keikhlasan / kesungguhan orang lain, tidak perlulah kita sibuk menilai, biarlah kita menilai keikhlasan / kesungguhan diri sendiri.


Antara barangan yang dibeli di Jusco Ayer Keroh.

Minta dijauhkan.

Masuk hari ini (Sabtu, 19 Dec 09), sudah lima hari hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang. Hari ini (19 Dec 09) hujan lebat mulai turun dari pukul 11 pagi hingga pukul 6 petang.

Saya berasa kasihan apabila majlis perkahwinan jiran di kampung kurang meriah apabila cuaca hujan. Akibat dari kawsan yang agak rendah dan hujan yang lebat, kawasan khemah untuk tetamu menjamu selera ditenggelami air paras pergelangan kaki, menyukarkan tetamu untuk duduk makan di bawah khemah itu.


Air dah paras pergelangan kaki belah khemah sana.

Inilah yang dikatakan takdir mengatasi tadbir. Ya Allah, Janganlah Engkau Bebankan Kami Beban Yang Tak Mampu Kami Tanggung. Ameen.

Amirul Faiz Abd. Razak

Saturday, December 19, 2009

Bandar Muar


Pandangan sisi tepi belah sungai.

Bersempena cuti 1 Muharam 1431H, Jumaat, saya, Mak, Abah dan Zul (kecuali Najwa yang bekerja overtime untuk 'double pay') mengambil kesempatan berjalan-jalan di Bandar Muar. Abah minat sangat dengan Mee Bandung Muar. Di Melaka, payah nak dapat makan Mee Bandung yang sesedap Mee Bandung Muar.

Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami bertolak menggunakan lebuh AMJ. Kami tiba di Bandar Muar, kira-kira 10.00 pagi. Warna biru cair Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Jalan Petri, Muar sangat menyejukkan pandangan. Masjid yang dibina sekitar tahun 1927 ini, masih mengekalkan struktur rekabentuk asalnya. Gaya senibina British, kesan peninggalan sejarah.


Pandangan belah hadapan masjid.


Jalan punya jalan, perut sudah lapar, lokasi kami menikmati Mee Bandung Muar terletak tidak jauh dari Masjid Sultan Ibrahim. Syukur, Zul pernah ke Bandar Muar semasa dia praktikal, pengalamannya di Bandar Muar dahulu melancarkan perjalanan kami, tiada kesesatan.


Abah menunjukkan gaya seorang peminat Mee Bandung.



Kedai Mee Bandung dengan resepi sejak 1930.


Mee Bandung Muar di kedai ini memang sedap, Mak sampai beli 1 perencah / rempah Mee Bandung Muar dari kedai makan ini.

Sebelum pulang, abah sempat membeli perencah / rempah soto di Bandar Muar.

Seronok sungguh meluangkan masa lapang bersama yang tersayang.

Amirul Faiz Abd. Razak

Thursday, December 17, 2009

Perjalanan lebih penting.


Tiga hari berturut-turut hujan waktu petang.

Hujan lebat petang Khamis, 17 Dec 2009, 30 Zulhijjah 1430 bagai petanda antara waktu yang bagus berdoa. Saya bersyukur dan gembira kerana dapat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 ini bersama-sama ahli kariah Masjid Tanjung Kling.

Majlis bermula jam 6.30 petang, pakcik-pakcik, makcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik mula berkumpul di Masjid Tanjung Kling untuk membaca doa akhir tahun. Kami semua memohon moga-moga dengan Rahmat Allah, dosa-dosa kami sepanjang tahun 1430H ini diampunkanNya. Ameen.

Waktu maghrib masuk pada pukul 7.07 petang. Bilal Hj. Abu Bakar melaungkan azan mengajak ahli-ahli kariah yang lain datang berjemaah. Usai solat magrib, doa awal tahun 1431H dibaca beramai-ramai, diketuai oleh Imam 1 Masjid Tg. Kling Ustz. Hj. Abd. Razak Solhan (Abah).


Abah mengetuai bacaan Yasin beramai-ramai.

Suatu nikmat keseronokan yang sukar untuk digambarkan bila saya melihat dan berada sekali di sebuah majlis keramaian, yang mana hati-hati orang ramai dihubungkan dengan niat murni masing-masing iaitu mengesakan Allah. Bacaan Yasin bersempena dengan malam Jumaat, diikuti oleh bacaan ratib Hadad (zikir-zikir).

Selesai solat Isya' berjemaah, ahli-ahli kariah dihidangkan dengan berbagai juadah seperti bubur lambuk, pulut kuning, ketupat, roti canai, kuih bahulu dan bermacam-macam lagi juadah. Juadah ini disumbangkan oleh ahli kariah dengan harapan, ahli-ahli kariah yang lain mendoakan supaya Allah menyempurnakan hajat-hajat mereka yang menyumbang makanan tersebut.

Saya seperti biasa makan dengan perlahan-perlahan (ke makan banyak, orang lain dah balik, saya makan lagi). Hehe.


Juadah disumbangkan oleh orang-orang kampung.

Ini suatu permulaan yang baik untuk tahun yang baik, namun, saya fikir, perjalanan itu yang lebih penting, istiqamah / konsisten dalam memajukan diri, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan hingga datang tahun berikutnya.

Maal Hijrah, Bersama Hijrah.

Amirul Faiz Abd. Razak

Wednesday, December 16, 2009

Memburu kerja, Job hunting.

Rezeki itu, hukum alamnya (Sunnatullah) mesti dicari, hukum Allah (Syariatullah) Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia suka, senantiasalah kita bersangka baik bahawa Allah itu Maha Pemurah, Maha Pemberi dan apa sahaja yang berlaku (baik ataupun buruk di pandangan mata kita) pasti ada hikmahNya (cari dan terus mencari). InsyaAllah.

Dunia serba canggih, jaringan internet dan komunikasi membolehkan maklumat tersebar keseluruh pelusuk alam dalam milisaat. Iklan Tenga Pengajar Muda di UiTM telah disiarkan di akhbar beberapa hari yang lepas. Penjawat awam kontrak terutamanya yang berkhidmat di Lot 7, MITC City, bertungkus lumus mengisi borang, mendapatkan pengesahan salinan sijil, mendapatkan tandatangan Timb. Pengarah, mendapatkan salinan SKT dan sebagainya.


Pegawai Q41 : Akak dah borak-borak dengan Puan, tapi dia tak bagi SKT tu.

Pegawai Q41 : Eh, kang ko nak pergi amik sain En. Zamry bagitau akak, akak nak pergi sekali.

Pegawai Q41 : Akak, tolong sain saya punya salinan sijil.

Pegawai Q41 : Azwan kate kene amik sain Pn. Zam, sain En. Zamry tak boleh.

Pegawai Q41 : Eh, nape akak punyer borang warne lain?

Pegawai Q41 : Alamak, aku dah salah print, ni untuk jawatan kakitangan sokongan, Sab, ko buang jelah yang dah print tu.




Borang calon yang berkelayakan dan berkeyakinan.

Seronok juga melihat telatah rakan-rakan yang tidak mengenal erti putus asa dalam memajukan diri dalam aspek kerjaya. Tidak kurang juga dengan staf Admin yang berhempas pulas, beratur panjang, menunggu berjam-jam, bersesak-sesak, untuk mendapatkan borang bersiri bagi jawatan di Hang Tuah Jaya.

Doaku untuk sekalian rakan-rakan, moga Allah membalas usaha baik rakan-rakan. Saya mengingatkan diri, Allah memberi rezeki, kepada sesiapa yang Dia suka, dalam apa cara yang Dia suka, pada bila-bila masa yang Dia suka. Berlapang dadalah, pasti hidup akan menjadi lebih tenang. Ameen.

Bumi Allah itu luas.

Amirul Faiz Abd. Razak.

Merangkak ke arah ISO


Perkara-perkara berhubungkait dengan ISO.

Kelakar, pelik, hairan, bagaimana sebuah Institut Penyelidikan yang hendak “menghubungkan penyelidikan dengan industri" baru mengambil langkah pertama untuk mengimplementasikan ISO. Institut yang tiada ISO (bahasa kasar sikit, insitut yang takde sistem dan takde standard) ini hendak menghubungkan penyelidikan dengan industri yang sangat tepu dengan syarikat-syarikat yang amat bersistematik.

Ini kali ketiga sepanjang saya berada di Institut, taklimat ISO seperti ini diadakan. Satu, kursus pengenalan ISO17025, kursus kedua pula hanya diikuti oleh pengurusan atasan, dan yang ketiga ini melibatkan semua penjawat awam di institut ini. Setelah hampir 5 tahun, institut yang menjalankan projek penyelidikan bernilai ratusan ribu ringgit (malah hampir jutaan ringgit) ini, baru mula hendak merangkak ke arah ISO9000. Mungkinkah pengurusan tertinggi mengamalkan budaya "biar lambat, asal selamat"? Tepuk meja, tanya Timb. Pengarah.

Kita tinggalkan dahulu persoalan budaya jumud pengurusan tertinggi institut.


Koyak kertas tutup mata.

ISO9000 merupakan sistem pengurusan kualiti (Quality Management System) agar sesuatu organisasi itu memiliki daya saing kompetitif melalui pensijilan antarabangsa. Konsultan yang telah dilantik ialah En. Saidfuddin, Pn. Razimah dan En. Muhammad Sadruddin. Sesi pada hari pertama ini (15 Dis 2009, Selasa) adalah untuk memberi pengenalan kepada semua staf tentang apa itu ISO9000.

Sesi pagi, dari pemerhatian saya, kehadiran staf lebih 90%, sesi petang, hanya 50% kehadiran. Kebanyakan staf pergi ambil borang / hantar borang pohon jawatan di Hang Tuah Jaya.

Banyak isu yang berbangkit dari sesi awal pendedahan ISO9000 ini. Bagai membuka pekung di dada, berbagai-bagai perkara, isu-isu yang memalukan institut dibangkitkan. Tiada sistem fail, sistem penilaian kompetensi pegawai, skop kerja institut yang tidak jelas, pembahagian tugas yang berat sebelah dan banyak lagi.


ISO menyentuh secara menyeluruh pengurusan dan operasi.

Kadang-kadang, saya mempunyai visi optimistik yang usaha mendapatkan ISO9000 ini akan berjaya, akan tetapi, kehadiran seorang lagi konsultan nyanyuk Prof. pasti akan merencatkan usaha ini. Pengurusan tertinggi serta 3 orang konsultan tersebut menyasarkan ISO9000 bakal tercapai pada bulan Jun 2010.

Semoga usaha ini memberi manfaat kepada rakyat Melaka, bukannya manfaat kepada individu tua yang nyanyuk itu sahaja.

Astaghfirullah. Ampunkan Kami Ya Allah, Kami Penuh dengan Kelemahan dan Kehinaan.

Amirul Faiz Abd. Razak




Tuesday, December 15, 2009

Langkah seterusnya.


Rangkaian baju pengantin perempuan.

Langkah seterusnya dalam perancangan strategi Munakahat saya ialah, menempah Mak Andam. Majlis perkahwinan saya di Melaka nanti (13 Mac 2010) akan berlangsung sekaligus dengan majlis perkahwinan adik perempuan saya. Jadi saya banyak berkongsi dengan adik saya tentang hal-hal perbelanjaan majlis itu nanti.
Kami sampai di kedai Mak Andam yang terletak di atas Klinik Dr. Azman pada pukul 6.00 petang. Mak Andam dan pembantunya masih berada di kedai. "Akak baru je balik orang kawen kat sana tadi tu hah. Ha! Duduk dulu, nak tengok-tengok dulu pun boleh." ujar Mak Andam kepada Mak. "Uuihh! Lawanyer baju nih." Mak jadi rambang mata melihatkan berpasang-pasang baju pengantin di kedai itu.

"Haa! Minum dulu meh." Mak Andam menghidangkan kueh putu piring bersama air oren berkabonat. MasyaAllah, bagus betul budaya orang Melayu dalam memuliakan tetamu.

"Akak cakapler bape Akak cas untuk 4 orang pengantin" mak dah mula mencongak bajet. "Alaa, Akak bagi ko harga kengkawan dik, ko amikler siap ngan pelamin untuk 4 orang sekali" Mak Andam mempromosikan perkhidmatannya.


Mak rambang mata, kalau lagi sejam belek pun takpe.

Alhamdulillah, perbincangan (menceceh) antara mak ngan Mak Andam tak berlarutan, memandangkan dah masuk waktu Magrib. Lawatan pertama ini hanya sekadar untuk berbincang sebut harga bagi perkhidmatan Mak Andam. Lawatan berikutnya untuk memilih baju pengantin, pintu gerbang, hiasan pelamin dan sebagainya.

Moga Allah memudahkan urusan kita semua, dengan RahmatNya. Ameen.

Amirul Faiz Abd. Razak.

Monday, December 14, 2009

Program Penempatan Kerjaya.


Pintu masuk ke dewan pameran.

Sabtu yang lepas (12 Dis 2009), saya telah ke Program Penempatan Kerjaya yang telah diadakan di Dewan Hang Tuah, Melaka. Dengan penuh semangat, saya bersiap dengan mengenakan kemeja lengan panjang siap dengan bertali leher UKM sekali. Dalam fikiran saya pada masa itu, kalau ada temuduga terbuka di tapak pameran, bolehlah saya mohon sekaligus. Fuh! Fikiran positif overcharged. Hehe..
Berdasarkan kepada Program Penempatan Kerjaya yang lepas, ramai orang termasuk saya mempunyai tanggapan, program ini tidaklah menawarkan peluang pekerjaan yang banyak.

Namun begitu, WYSIWYG, (What You See Is What You Get). Saya memilih untuk melihat Program tersebut sebagai salah satu peluang untuk mencari pekerjaan lain dalam usaha saya untuk keluar dari kepompong PBM.


Pameran skala kecil.

Tidak banyak syarikat-syarikat yang turut serta dalam pameran tersebut. Sekitar 21 buah syarikat dalam Melaka dan kebanyakan syarikat adalah berasaskan industri pembuatan. Antara syarikat-syarikat tersebut ialah Infineon, Recron, Kotra Pharma, National Semiconductor, Honda dan lain-lain. Tentera Laut Diraja Malaysia turut mengadakan pameran disana.


TLDM turut serta dalam pameran ini.

Semasa saya meninjau-ninjau gerai pameran, saya telah terserempak dengan Adnan (rakan sekuliah MBA-UTeM) bersama dengan isteri dan anaknya di pintu masuk dewan. Isterinya mempunyai Ijazah dalam bidang hartanah, juga sedang mencari peluang pekerjaan lain.

Walaupun syarikat-syarikat yang terlibat tidak menawarkan jawatan-jawatan yang berkaitan dengan Ijazah saya, saya tidak putus harapan, saya isi sahaja mana-mana permohonan jawatan yang saya fikir agak berhubungkait dengan Ijazah saya Bioteknologi Tumbuhan. Saya pohon jawatan QA Executive di Kotra Pharma dan jawatan Marketing Executive (Public Relation) di Honda. Kata orang, belum cuba belum tahu.

Cuba jelah kan. Allah knows best.

Amirul Faiz Abd. Razak

Rakan Sultan Muhammad.


Ahad yang lalu, tanpa banyak soal, saya tolong bawakkan Mak Abah pergi ke majlis perkahwinan kawan Abah kat Taman Merdeka. Majlis tersebut bertempat dekat dengan Pasar Borong MBMB.

Setiba di sana, kami terus dijemput oleh bapa pengantin (kawan ayah saya) untuk menjamu selera. Sewaktu makan, pengantin lelaki berbaju ungu lengkap bersamping dan bersongkok hitam berjalan menuju ke arah saya. Dia senyum, saya senyum, "macam kenal" kata hati saya. Dia hulurkan tangan bersalam, fikiran saya ligat mencari siapa pengantin ni, muka memang sangat biasa tengok.

Mak pengantin tanya "eh, kenal ke?"

Saya dengan yakin menjawab, "Same sekolah dulu, Sultan Muhammad". Hehe, ye la, kawan-kawan saya yang lelaki yang duduk di Melaka tapi luar kawasan Tanjung Kling, pastinya dari Sultan Muhammad.

 Masa berlalu pantas. Saya tengok nama pengantin kat banner - Amir. Bapa pengantin nama Hamzah. Amir Hamzah, macam pernah dengar nama ini, tapi di mana ya.


Saya dah semakin besar.

Saya terus tanya pengantin lelaki. "Ape orang panggil ko dulu?"
 "Lalok"
"Oo.. Lalok.. Hahaha "

Astaghfirullah, dah lama tak jumpa, dah lain dah muka dia ni.

Tahniah Lalok. Selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Ameen.

Di majlis yang sama, saya juga berjumpa dengan budak Sultan Muhammad yang lain. Irwan Salim (abang token) dan rakan.

Amirul Faiz Abd. Razak.

Saturday, December 12, 2009

Millionaires


Some people says "Money is not that important in life, compare to health, family, time." Money is the least important factor in measuring happiness in one's life.

Is that really true? Money is not everything in life?

In my opinion, money is important in life, but not everything. Money should be looked at as a tool to achieve something in life rather than as the life itself.

Millionaires are from a different Planet by Azizi Ali & KP Bose Dasan give some powerful insights on how to take control of your finances, set your money to work and live happier. The book shares on powerful strategy to make the most of your hard earn money. The principal in taking control of your finance is "Defend and Attack".

Defend means to to have a strong base from where we will build the attack strategy. Simply put, defend equals to savings our money to build solid hard basic.

When we already have a solid base, then only we can build a very powerful attacking strategy. This books is a very good book for people who is about to start his first job, even the students can benefit a lot from this book. With simple English and most of the tips and advice are practicable as it takes Malaysian scenario into account.

"Millionaires are from a different Planet" the title, illustrates that the millionaires' set of mind, discipline and attitude toward money is to much different from us on earth. However, we (even normal employee can be in that Planet) can join them in that Planet, if we have the willpower to change our mindset, our discipline and our attitude to make our hard earn money to work for us. I highly recommend this book for those who want to take control of their finances.
______________________________________________


This exciting book on managing personal finance can set you on the road to a brighter and better financial future. Written in clear, simple English with easy to follow steps, it will guide you through the complex world of high finance to financial nirvana. It is chock full of quick tips that can improve your financial situation immediately and also long term strategies to keep you on track to financial independence - so you never, ever have to worry about money again.
______________________________________________

Thursday, December 10, 2009

Langkah pertama saya; Munakahat.

Alhamdulillah, segala Puji-Puji itu selayaknya bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam. Saya dan anda diberi lagi peluang olehNya dalam bentuk masa 24jam hari ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabiin.

Peluang yang diberi Allah, mesti saya gunakan untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat. InsyaAllah.

Rakan - rakan sering mengatakan kepada saya, "kau ni tenang jer, lagi 2 bulan lagi kan kau nak kahwin?". Hehe. Muka nampak tenang, tapi hakikatnya, macam-macam yang berselirat dalam sel-sel otak saya sekarang ni.

http://media.share.ovi.com/m1/s/1505/30d24c0689cb4c60b43f9d500a68b5bb.jpg
Ini customer punya.

Semalam, pagi-pagi lagi, mak dah ajak saya pergi survey bekas untuk isi barang-barang hantaran. Tauke kedai di Bunga Raya tu baru nak buka pintu, susun-susun barang, saya dan mak dah tercegat depan kedai. Kalaulah mak tak ajak saya pergi tengok / survey, saya rasa, saya pun tak fikir langsung nak pergi survey barang-barang / bekas barang hantaran.

Perbezaan antara lelaki dan perempuan dari sudut psikologi. Perbezaan yang patut diraikan.
Saya melihat, melalui pandangan seorang lelaki, "Alah, tak kisahlah apa-apa tema pun, asal nampak cantik sudah."
Mak pula, "Eh, warna hitam putih pun lawa eak. Uuiihh.. Bakul biasa jer, bila tambah bunga-bunga, manik-manik jadi lawa dah. Tengok tu, wah! macam-macam fesyen bekas hantaran sekarang nih". "Mirul, kau pergi ambil gambar bekas hantaran ni, esok nak tempah yang macam mana, senang".


http://media.share.ovi.com/m1/s/1505/a5939b49cc5e43ecbfe93d6eab51b89c.jpg
Tema sangkar burung, simbolik walaupun mewah, tapi terkurung. Hehe.

"Ye la mak, mana-mana pun boleh, orang tak kesah" saya dah malas nak fikir pagi tu, perut dah lapar. Haha.

Ramai rakan-rakan sekerja yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan 2010. Saya tak pasti adakah ini suatu kelebihan?
Jika mahu melihat dari sudut positif, ya. Mereka sentiasa mengingatkan saya tentang milestone yang perlu dicapai dalam perancangan majlis perkahwinan.

Bakal pengantin Febuari 2010 : "Penat siot aku cat rumah aritu."

Bakal pengantin April 2010 : "Saper nak ikut saya kuar?"
"Ko nak nak gi mana?"
"Saya nak gi tempah Mak Andam, saya dah cuba baju kat Mak Andam tu, hehe, dia suruh saya kurus sikit"

Bakal pengantin April 2010 : "Saya tak kesah Mak Andam tu make-up macam mana, yang penting saya nak nampak cun masa majlis tu nanti" 

Bakal pengantin Jun 2010 : "Mirul, ko nak beli? Ni (bunga manggar dalam kereta) aku beli ngan Mun tadi, ada promosi."

Bertuah sungguh saya mempunyai rakan-rakan yang proaktif, yang sentiasa bertindak dan mencapai milestone yang telah ditetapkan. Untuk makmluman, semua bakal pengantin di atas adalah perempuan.

Pengembaraan beribu batu, bermula dengan langkah pertama, dan langkah pertama saya dalam bab berkongsi hidup ialah ; mendaftarkan diri untuk Kursus PraPerkahwinan. InsyaAllah, saya akan sertai kursus tersebut pada 9 dan 10 Januari 2010. Cerita pasal bab hantaran, hiasan rumah, persiapan majlis kenduri dan sebagainya, saya akan nukilkan pada siri yang akan datang.

Cukuplah setakat ini dahulu, sedikit coretan dalam merekodkan episod hidup semalam.

Today is where your book begins, the rest is still unwritten.

Amirul Faiz Abd. Razak