Monday, December 14, 2009

Program Penempatan Kerjaya.


Pintu masuk ke dewan pameran.

Sabtu yang lepas (12 Dis 2009), saya telah ke Program Penempatan Kerjaya yang telah diadakan di Dewan Hang Tuah, Melaka. Dengan penuh semangat, saya bersiap dengan mengenakan kemeja lengan panjang siap dengan bertali leher UKM sekali. Dalam fikiran saya pada masa itu, kalau ada temuduga terbuka di tapak pameran, bolehlah saya mohon sekaligus. Fuh! Fikiran positif overcharged. Hehe..
Berdasarkan kepada Program Penempatan Kerjaya yang lepas, ramai orang termasuk saya mempunyai tanggapan, program ini tidaklah menawarkan peluang pekerjaan yang banyak.

Namun begitu, WYSIWYG, (What You See Is What You Get). Saya memilih untuk melihat Program tersebut sebagai salah satu peluang untuk mencari pekerjaan lain dalam usaha saya untuk keluar dari kepompong PBM.


Pameran skala kecil.

Tidak banyak syarikat-syarikat yang turut serta dalam pameran tersebut. Sekitar 21 buah syarikat dalam Melaka dan kebanyakan syarikat adalah berasaskan industri pembuatan. Antara syarikat-syarikat tersebut ialah Infineon, Recron, Kotra Pharma, National Semiconductor, Honda dan lain-lain. Tentera Laut Diraja Malaysia turut mengadakan pameran disana.


TLDM turut serta dalam pameran ini.

Semasa saya meninjau-ninjau gerai pameran, saya telah terserempak dengan Adnan (rakan sekuliah MBA-UTeM) bersama dengan isteri dan anaknya di pintu masuk dewan. Isterinya mempunyai Ijazah dalam bidang hartanah, juga sedang mencari peluang pekerjaan lain.

Walaupun syarikat-syarikat yang terlibat tidak menawarkan jawatan-jawatan yang berkaitan dengan Ijazah saya, saya tidak putus harapan, saya isi sahaja mana-mana permohonan jawatan yang saya fikir agak berhubungkait dengan Ijazah saya Bioteknologi Tumbuhan. Saya pohon jawatan QA Executive di Kotra Pharma dan jawatan Marketing Executive (Public Relation) di Honda. Kata orang, belum cuba belum tahu.

Cuba jelah kan. Allah knows best.

Amirul Faiz Abd. Razak

1 comment:

  1. hey fren, i like ur spirit and strength...
    wish u all d best in ur job search...

    ReplyDelete