Monday, December 7, 2009

Suatu pagi di tempat kerja.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi yang sejahtera ini, kami dikejutkan dengan cerita tentang email dari Timb. Pengarah Admin kepada Penasihat yang menyenaraikan Researcher-researcher yang tiada projek penyelidikan.

Gulp.. rasa macam akan dapat notice of termination jer.

Walau apa-apa pun, kecekapan Senior Researcher Tissue Culture harus dipuji. Dengan pantas, beliau terus print email tersebut lantas mengemaskini status projek penyelidikan Researcher-researcher ni (gebang sket).

Selepas tu pulak, Timb. Pengarah Perniagaan adakan mesyuarat singkat tergempar bersama 4 Penyelidik, 1 Peg. Sains dan 1 Peg. IT.

Masih mampu tersenyum. Yeah..

Membincangkan persediaan untuk delegasi dari China. The Chinese nak bincang pasal peluang-peluang perniagaan dalam bidang Farmaseutikal. Fuhh.. Saya kurang yakin Institut ini berkemampuan. Apa-apa pun, hasil dari mesyuarat itu, tugas-tugas dibahagikan untuk menyediakan slide powerpoint.

Black & white document as a proof. Boleh faham? Bagus.


Kitaorang masih tercari-cari arah tuju dalam kerjaya. Pengalaman bergaul dengan pelbagai kerenah manusia di Admin dan R&D di sini, mematangkan fikiran. Mudah-mudahan.

Ya Allah. Bantulah kami menggalas bebanan ini. Ameen.

Amirul Faiz Abd. Razak

1 comment:

  1. amboi mirul.... baru start follow blog awak.. bodek nampak...hhahha

    ReplyDelete