Wednesday, December 16, 2009

Merangkak ke arah ISO


Perkara-perkara berhubungkait dengan ISO.

Kelakar, pelik, hairan, bagaimana sebuah Institut Penyelidikan yang hendak “menghubungkan penyelidikan dengan industri" baru mengambil langkah pertama untuk mengimplementasikan ISO. Institut yang tiada ISO (bahasa kasar sikit, insitut yang takde sistem dan takde standard) ini hendak menghubungkan penyelidikan dengan industri yang sangat tepu dengan syarikat-syarikat yang amat bersistematik.

Ini kali ketiga sepanjang saya berada di Institut, taklimat ISO seperti ini diadakan. Satu, kursus pengenalan ISO17025, kursus kedua pula hanya diikuti oleh pengurusan atasan, dan yang ketiga ini melibatkan semua penjawat awam di institut ini. Setelah hampir 5 tahun, institut yang menjalankan projek penyelidikan bernilai ratusan ribu ringgit (malah hampir jutaan ringgit) ini, baru mula hendak merangkak ke arah ISO9000. Mungkinkah pengurusan tertinggi mengamalkan budaya "biar lambat, asal selamat"? Tepuk meja, tanya Timb. Pengarah.

Kita tinggalkan dahulu persoalan budaya jumud pengurusan tertinggi institut.


Koyak kertas tutup mata.

ISO9000 merupakan sistem pengurusan kualiti (Quality Management System) agar sesuatu organisasi itu memiliki daya saing kompetitif melalui pensijilan antarabangsa. Konsultan yang telah dilantik ialah En. Saidfuddin, Pn. Razimah dan En. Muhammad Sadruddin. Sesi pada hari pertama ini (15 Dis 2009, Selasa) adalah untuk memberi pengenalan kepada semua staf tentang apa itu ISO9000.

Sesi pagi, dari pemerhatian saya, kehadiran staf lebih 90%, sesi petang, hanya 50% kehadiran. Kebanyakan staf pergi ambil borang / hantar borang pohon jawatan di Hang Tuah Jaya.

Banyak isu yang berbangkit dari sesi awal pendedahan ISO9000 ini. Bagai membuka pekung di dada, berbagai-bagai perkara, isu-isu yang memalukan institut dibangkitkan. Tiada sistem fail, sistem penilaian kompetensi pegawai, skop kerja institut yang tidak jelas, pembahagian tugas yang berat sebelah dan banyak lagi.


ISO menyentuh secara menyeluruh pengurusan dan operasi.

Kadang-kadang, saya mempunyai visi optimistik yang usaha mendapatkan ISO9000 ini akan berjaya, akan tetapi, kehadiran seorang lagi konsultan nyanyuk Prof. pasti akan merencatkan usaha ini. Pengurusan tertinggi serta 3 orang konsultan tersebut menyasarkan ISO9000 bakal tercapai pada bulan Jun 2010.

Semoga usaha ini memberi manfaat kepada rakyat Melaka, bukannya manfaat kepada individu tua yang nyanyuk itu sahaja.

Astaghfirullah. Ampunkan Kami Ya Allah, Kami Penuh dengan Kelemahan dan Kehinaan.

Amirul Faiz Abd. Razak




7 comments:

  1. huhuhu.. what a pathetic situation.. Ya ALLAH ampunila dosa2ku..

    ReplyDelete
  2. banyak sangat pekung dalam dada.susah nak baik. patut kene simbah dengan cuka getah tu.

    ReplyDelete
  3. Haha.. cuka getah kat lab ni takde. Asid hidroklorik ade ler. Hehe.

    ReplyDelete
  4. As alwayz...rasanya merangkak x sesuai kut, msh meniarap...

    ReplyDelete
  5. Ye betol Pn. Zaidani, masih meniarap dan merengek selalu.

    ReplyDelete
  6. rasenye bukan setakat meniarap dan merengek..apatah lagi merangkak... ape yg lebih teruk ek..? maybe PEGUN...

    ReplyDelete
  7. Hee.. Tunggul pegun hingga tumbuh cendawan, lalu Syukur pun mengutip cendawan itu, boleh buat duit.

    ReplyDelete