Tuesday, December 15, 2009

Langkah seterusnya.


Rangkaian baju pengantin perempuan.

Langkah seterusnya dalam perancangan strategi Munakahat saya ialah, menempah Mak Andam. Majlis perkahwinan saya di Melaka nanti (13 Mac 2010) akan berlangsung sekaligus dengan majlis perkahwinan adik perempuan saya. Jadi saya banyak berkongsi dengan adik saya tentang hal-hal perbelanjaan majlis itu nanti.
Kami sampai di kedai Mak Andam yang terletak di atas Klinik Dr. Azman pada pukul 6.00 petang. Mak Andam dan pembantunya masih berada di kedai. "Akak baru je balik orang kawen kat sana tadi tu hah. Ha! Duduk dulu, nak tengok-tengok dulu pun boleh." ujar Mak Andam kepada Mak. "Uuihh! Lawanyer baju nih." Mak jadi rambang mata melihatkan berpasang-pasang baju pengantin di kedai itu.

"Haa! Minum dulu meh." Mak Andam menghidangkan kueh putu piring bersama air oren berkabonat. MasyaAllah, bagus betul budaya orang Melayu dalam memuliakan tetamu.

"Akak cakapler bape Akak cas untuk 4 orang pengantin" mak dah mula mencongak bajet. "Alaa, Akak bagi ko harga kengkawan dik, ko amikler siap ngan pelamin untuk 4 orang sekali" Mak Andam mempromosikan perkhidmatannya.


Mak rambang mata, kalau lagi sejam belek pun takpe.

Alhamdulillah, perbincangan (menceceh) antara mak ngan Mak Andam tak berlarutan, memandangkan dah masuk waktu Magrib. Lawatan pertama ini hanya sekadar untuk berbincang sebut harga bagi perkhidmatan Mak Andam. Lawatan berikutnya untuk memilih baju pengantin, pintu gerbang, hiasan pelamin dan sebagainya.

Moga Allah memudahkan urusan kita semua, dengan RahmatNya. Ameen.

Amirul Faiz Abd. Razak.

4 comments:

  1. eh, kawen nnt jgn lupa jemput gua tau...haha..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, anda dijemput ke majlis perkahwinan saya nanti. 13 Mac 2010, Sabtu.

    ReplyDelete
  3. ko tau x aku ni sape? hema la...kah3

    ReplyDelete