Tuesday, December 22, 2009

Indahnya khabar.


Nazri menang cabutan bertuah, setelah saya pindahkan 'tuah' kepadanya.

Siang tadi berlangsungnya Karnival Kerjaya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di MITC. Esok (23 Dec 2009, Rabu) adalah hari terakhir karnival. Waktu karnival adalah dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 4.30 petang.

Sumbangsaran dari rakan-rakan yang telah pergi ke pameran kerjaya itu menyatakan ia tidaklah berbaloi sangat untuk dilawati. Saya masih hendak melihat sendiri pameran itu dengan mata kepala sendiri. Mendengar cerita dari orang lain, tidak sama dengan mengalaminya sendiri.


Daftar Jobsmalaysia.gov.my, boleh saja dilakukan di tempat lain yang ada internet.

Dengan ditemani oleh Hanif dan Nazri Puasa, kami melihat-lihat apa sebenarnya yang ditawarkan oleh karnival seperti ini.

Apa yang boleh kami simpulkan ialah, karnival seperti ini hanya memberi maklumat kepada pencari kerja bagaimana untuk mendaftarkan diri di pengkalan data SPA dan Jobsmalaysia.gov. Bagi saya, jika ini langkah yang diambil untuk menangani masalah pengangguran, maka, karnival ini langsung tidak efektif.


Isi borang sikit, tanya soalan sikit, boleh dapat beg.

Pada pendapat saya, adalah lebih baik peruntukan perbelanjaan untuk karnival ini digunakan untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak melalui pelaburan dalam pembangunan modal insan. Atau mungkin peruntukan itu boleh digunakan sebagai permulaan modal dalam penubuhan syarikat-syarikat kecil dengan menggunakan tenaga muda graduan-graduan universiti yang baru menamatkan pengajian. Generasi Y yang mempunyai Ijazah Sarjanamuda dalam pelbagai cabang ilmu, saya fikir, mereka mempunyai idea-idea yang kreatif dalam mengisi peluang-peluang dan keperluan-keperluan dalam pasaran pada masa ini.

Ini hanyalah pendapat saya, seorang penjawat awam kontrak yang tersekat di sini.

Amirul Faiz Abd. Razak

2 comments:

  1. ayat kasar, "saya hanyalah penjawat awam kontrak yang 'tercekik' disini" heheheheh

    ReplyDelete