Wednesday, December 16, 2009

Memburu kerja, Job hunting.

Rezeki itu, hukum alamnya (Sunnatullah) mesti dicari, hukum Allah (Syariatullah) Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia suka, senantiasalah kita bersangka baik bahawa Allah itu Maha Pemurah, Maha Pemberi dan apa sahaja yang berlaku (baik ataupun buruk di pandangan mata kita) pasti ada hikmahNya (cari dan terus mencari). InsyaAllah.

Dunia serba canggih, jaringan internet dan komunikasi membolehkan maklumat tersebar keseluruh pelusuk alam dalam milisaat. Iklan Tenga Pengajar Muda di UiTM telah disiarkan di akhbar beberapa hari yang lepas. Penjawat awam kontrak terutamanya yang berkhidmat di Lot 7, MITC City, bertungkus lumus mengisi borang, mendapatkan pengesahan salinan sijil, mendapatkan tandatangan Timb. Pengarah, mendapatkan salinan SKT dan sebagainya.


Pegawai Q41 : Akak dah borak-borak dengan Puan, tapi dia tak bagi SKT tu.

Pegawai Q41 : Eh, kang ko nak pergi amik sain En. Zamry bagitau akak, akak nak pergi sekali.

Pegawai Q41 : Akak, tolong sain saya punya salinan sijil.

Pegawai Q41 : Azwan kate kene amik sain Pn. Zam, sain En. Zamry tak boleh.

Pegawai Q41 : Eh, nape akak punyer borang warne lain?

Pegawai Q41 : Alamak, aku dah salah print, ni untuk jawatan kakitangan sokongan, Sab, ko buang jelah yang dah print tu.




Borang calon yang berkelayakan dan berkeyakinan.

Seronok juga melihat telatah rakan-rakan yang tidak mengenal erti putus asa dalam memajukan diri dalam aspek kerjaya. Tidak kurang juga dengan staf Admin yang berhempas pulas, beratur panjang, menunggu berjam-jam, bersesak-sesak, untuk mendapatkan borang bersiri bagi jawatan di Hang Tuah Jaya.

Doaku untuk sekalian rakan-rakan, moga Allah membalas usaha baik rakan-rakan. Saya mengingatkan diri, Allah memberi rezeki, kepada sesiapa yang Dia suka, dalam apa cara yang Dia suka, pada bila-bila masa yang Dia suka. Berlapang dadalah, pasti hidup akan menjadi lebih tenang. Ameen.

Bumi Allah itu luas.

Amirul Faiz Abd. Razak.

No comments:

Post a Comment