Saturday, December 19, 2009

Bandar Muar


Pandangan sisi tepi belah sungai.

Bersempena cuti 1 Muharam 1431H, Jumaat, saya, Mak, Abah dan Zul (kecuali Najwa yang bekerja overtime untuk 'double pay') mengambil kesempatan berjalan-jalan di Bandar Muar. Abah minat sangat dengan Mee Bandung Muar. Di Melaka, payah nak dapat makan Mee Bandung yang sesedap Mee Bandung Muar.

Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami bertolak menggunakan lebuh AMJ. Kami tiba di Bandar Muar, kira-kira 10.00 pagi. Warna biru cair Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Jalan Petri, Muar sangat menyejukkan pandangan. Masjid yang dibina sekitar tahun 1927 ini, masih mengekalkan struktur rekabentuk asalnya. Gaya senibina British, kesan peninggalan sejarah.


Pandangan belah hadapan masjid.


Jalan punya jalan, perut sudah lapar, lokasi kami menikmati Mee Bandung Muar terletak tidak jauh dari Masjid Sultan Ibrahim. Syukur, Zul pernah ke Bandar Muar semasa dia praktikal, pengalamannya di Bandar Muar dahulu melancarkan perjalanan kami, tiada kesesatan.


Abah menunjukkan gaya seorang peminat Mee Bandung.



Kedai Mee Bandung dengan resepi sejak 1930.


Mee Bandung Muar di kedai ini memang sedap, Mak sampai beli 1 perencah / rempah Mee Bandung Muar dari kedai makan ini.

Sebelum pulang, abah sempat membeli perencah / rempah soto di Bandar Muar.

Seronok sungguh meluangkan masa lapang bersama yang tersayang.

Amirul Faiz Abd. Razak

1 comment: