Friday, December 25, 2009

Pusat perdagangan Melaka lama


Lokasi Jalan Kampung Hulu, Melaka.

Cuti krismas kali ini (Jumaat, 25 Dis 2009) saya dan keluarga telah pergi ke Pasaraya Tong Hup di Jalan Kampung Hulu, Melaka. Di sini, kita masih boleh melihat kesan tinggalan sejarah dari segi bangunan-bangunan lama yang masih dikekalkan bentuk seni binanya.

Apa yang ingin saya ceritakan kali ini ialah, betapa lamanya kumpulan pedagang Cina ini bertapak di sini. Melihatkan kepada tahun yang tertera di bangunan-bangunan lama ini, saya kira, tahun itu merujuk kepada tahun bangunan tersebut dibina. Suasana pagi Jumaat di sini sangat sibuk dengan kegiatan perniagaan.


Tahun dibina tertera di bahagian atas bangunan.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah, sebuah syarikat yang perniagaannya hanya berkisar kepada dacing (mesin penimbang yang lama tu). Saya rasa, generasi akan datang, dan segelintir generasi sekarang mungkin tidak pernah melihat dacing klasik ini.


Kedai menjual dacing sahaja.

Abah seperti biasa, gemar mengunjungi kedai yang menjual rempah-ratus, lebih-lebih lagi jika kedai itu adalah kedai lama sejak berpuluh tahun ditubuhkan. Dengan wujudnya berbilang pasaraya di Melaka ini, saya fikir, pasti ramai golongan muda tidak terbayang suasana aktiviti jual-beli pada tahun 80-an dan 90-an.


Kedai India muslim menjual pelbagai rempah ratus.

Saya menceritakan sedikit tentang kedai-kedai lama ini, supaya 10 tahun akan datang, kita boleh menghargai kesenangan yang ada pada kita.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

5 comments:

  1. ape pulak tak kenal, tempat ko beli towel saiz monster. Hahaha. : D

    ReplyDelete
  2. kalau dah ke tong hup tu, jgn lupa lak singgah solat kat masjid kg hulu dpn tu je..doa kat situ mustajab..saya dah try..alhamdulillah...Allah dgr n kabulkan...

    ReplyDelete
  3. Ye ke.. InsyaAllah, saya akan ke Masjid berkenaan. : )

    ReplyDelete
  4. rindukan haruman kat kedai grind rempah india tu.. harum...heheheh-mila

    ReplyDelete
  5. Haaa.. Betul tu, kedai kisar rempah kat Kampung Hulu ini memang banyak. :)

    ReplyDelete