Wednesday, December 9, 2009

Simpan baik-baik, tak tahu bila nak guna.

Calon simpanan.

Best tak jadi penganggur? Mungkin tak best kalau banding dengan orang yang dah bekerja. Walaupun orang itu kerja di bawah telunjuk Penasihat yang dah tua dan macam mengidap Alzheimer? Emm, boleh difikirkan.

Agak takde mood gak la nak post kan entri kali ini. Tetapi, atas semangat ingin berkongsi, saya kuatkan jugak semangat. Petang tadi saya telah menerima surat dari UKM.. Huhuhu.. Penantian selama sebulan terjawab.


http://media.share.ovi.com/m1/s/1501/a8ce8f21c59343bd866464273976017b.jpg
Calon simpanan jer nampaknyer.
Emm, ye, dukacita kan?

Walaupun tak terpilih, abah pantas mengingatkan saya "Syukur, setidak-tidaknya dah dapat jawapan, takdela kau asyik tertanya-tanya". Astaghfirullah.

Mood saya terus menjunam laju petang-petang ni. Haaii..
Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan, betul tak?

Pintu RahmatNya masih terbuka luas, saya yakin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Tengok la lepas 3 atau 5 tahun nanti. Saya yakin dan percaya, pada masa itu, baru saya akan nampak dengan jelas, hikmah disebalik kejadian. Maha Suci Allah.

On the way balik rumah tadi, saya ternampak banner ni tergantung kat Klebang.

http://media.share.ovi.com/m1/s/1501/9bbbe1335fb04951afc2e00d3c54d63f.jpg
Program Penempatan Pekerjaan

Nak cuba pergi tengok-tengok? Saya pasti tak kan rugi jika mencuba kan? http://www.jobsmalaysia.gov.my

Akhir kata, haaiii.. lama lagi laa saya kena mengadap Penasihat Niyang Rapik tu.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

5 comments:

  1. jangan kecewa. hidup perlu diteruskan. masih luas, ruang untuk dipenuhi dalam hidup ini

    ReplyDelete
  2. Saya manusia biasa, perasaan sedih, kecewa, suka duka, semua ada dalam diri. Emm, rasa kecewa tu ada, tapi yang paling penting bangun semula selepas kejatuhan.

    ReplyDelete
  3. xpe mirol .... mgkin de hkmahnyer ...
    kte ssme doakan ..

    ReplyDelete
  4. Ye betol, hikmahnyer untuk kita cari, dan cari, dan cari lagi. Ameen doa sesame kita semua.

    ReplyDelete
  5. xpe mirul.. masih belum ade rezki lg. insyaAllah satu hari pasti akan nampak hikmah disebaliknya. InsyaAllah..kita sama2 doakan yang terbaik buat diri masing2 yea.

    ReplyDelete