Thursday, December 10, 2009

Langkah pertama saya; Munakahat.

Alhamdulillah, segala Puji-Puji itu selayaknya bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam. Saya dan anda diberi lagi peluang olehNya dalam bentuk masa 24jam hari ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi' tabiin.

Peluang yang diberi Allah, mesti saya gunakan untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat. InsyaAllah.

Rakan - rakan sering mengatakan kepada saya, "kau ni tenang jer, lagi 2 bulan lagi kan kau nak kahwin?". Hehe. Muka nampak tenang, tapi hakikatnya, macam-macam yang berselirat dalam sel-sel otak saya sekarang ni.

http://media.share.ovi.com/m1/s/1505/30d24c0689cb4c60b43f9d500a68b5bb.jpg
Ini customer punya.

Semalam, pagi-pagi lagi, mak dah ajak saya pergi survey bekas untuk isi barang-barang hantaran. Tauke kedai di Bunga Raya tu baru nak buka pintu, susun-susun barang, saya dan mak dah tercegat depan kedai. Kalaulah mak tak ajak saya pergi tengok / survey, saya rasa, saya pun tak fikir langsung nak pergi survey barang-barang / bekas barang hantaran.

Perbezaan antara lelaki dan perempuan dari sudut psikologi. Perbezaan yang patut diraikan.
Saya melihat, melalui pandangan seorang lelaki, "Alah, tak kisahlah apa-apa tema pun, asal nampak cantik sudah."
Mak pula, "Eh, warna hitam putih pun lawa eak. Uuiihh.. Bakul biasa jer, bila tambah bunga-bunga, manik-manik jadi lawa dah. Tengok tu, wah! macam-macam fesyen bekas hantaran sekarang nih". "Mirul, kau pergi ambil gambar bekas hantaran ni, esok nak tempah yang macam mana, senang".


http://media.share.ovi.com/m1/s/1505/a5939b49cc5e43ecbfe93d6eab51b89c.jpg
Tema sangkar burung, simbolik walaupun mewah, tapi terkurung. Hehe.

"Ye la mak, mana-mana pun boleh, orang tak kesah" saya dah malas nak fikir pagi tu, perut dah lapar. Haha.

Ramai rakan-rakan sekerja yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan 2010. Saya tak pasti adakah ini suatu kelebihan?
Jika mahu melihat dari sudut positif, ya. Mereka sentiasa mengingatkan saya tentang milestone yang perlu dicapai dalam perancangan majlis perkahwinan.

Bakal pengantin Febuari 2010 : "Penat siot aku cat rumah aritu."

Bakal pengantin April 2010 : "Saper nak ikut saya kuar?"
"Ko nak nak gi mana?"
"Saya nak gi tempah Mak Andam, saya dah cuba baju kat Mak Andam tu, hehe, dia suruh saya kurus sikit"

Bakal pengantin April 2010 : "Saya tak kesah Mak Andam tu make-up macam mana, yang penting saya nak nampak cun masa majlis tu nanti" 

Bakal pengantin Jun 2010 : "Mirul, ko nak beli? Ni (bunga manggar dalam kereta) aku beli ngan Mun tadi, ada promosi."

Bertuah sungguh saya mempunyai rakan-rakan yang proaktif, yang sentiasa bertindak dan mencapai milestone yang telah ditetapkan. Untuk makmluman, semua bakal pengantin di atas adalah perempuan.

Pengembaraan beribu batu, bermula dengan langkah pertama, dan langkah pertama saya dalam bab berkongsi hidup ialah ; mendaftarkan diri untuk Kursus PraPerkahwinan. InsyaAllah, saya akan sertai kursus tersebut pada 9 dan 10 Januari 2010. Cerita pasal bab hantaran, hiasan rumah, persiapan majlis kenduri dan sebagainya, saya akan nukilkan pada siri yang akan datang.

Cukuplah setakat ini dahulu, sedikit coretan dalam merekodkan episod hidup semalam.

Today is where your book begins, the rest is still unwritten.

Amirul Faiz Abd. Razak


3 comments:

  1. Kepada rakan-rakan sekerja bakal pengantin, saya tak berapa ingat, betul tak masa (bulan) anda akan berkahwin? Jika salah, maaf. Sekadar nak mencantikkan cerita. : D

    ReplyDelete
  2. Bakal pengantin FebruariDecember 10, 2009 at 5:01 PM

    hehe.. bakal pengantin februari 2010 tu mmg btl la.. hahah.. lawak2.. xsangka dlm xsedar ramai yg akan berkahwin thn dpn.. dgn pelbagai dugaan yg dtg, moga kita sama2 tabah hadapinya. mana tau rezki org berkahwin, kita sama2 akan dpt kerja yg lebih baik.. amin..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah Ameen.. Fuhh, nak tabah mengadap Penasihat Niyang Rapik, susah tu, tapi boleh di usahakan. Bertahan..

    ReplyDelete