Saturday, December 26, 2009

Langkah beradat, redha siapa?



Majlis makan tengahari serba ringkas. Dari kiri; mak, bakal mak mentua, bakal adik ipar (abang mea), bakal abah mentua, bakal abang ipar (abang d) dan abah.

Bertemu lagi dalam ruang siber yang sentiasa dipenuhi dengan bermacam-macam maklumat, untuk tujuan komunikasi, menyampaikan maksud dan hajat serta memahami maksud dan hajat yang diharapkan. Entri kali ini saya ingin berkongsi cerita tentang lawatan balas bakal mentua saya dari Gua Musang ke Melaka.

Pertamanya, saya berasa bercampur-aduk, gemuruh ada, takut ada, rindu pun ada. Gemuruh sebab cabaran dalam mengatur tutur bicara supaya bakal mentua tak terasa. Hehe.. Alhamdulillah, boleh handle lagi.

Takut sebab loghat Kelantan agak payah untuk difahami, saya kena fokus pada perbualan dan mencari katakunci untuk mengagak apa yang dibicarakan. Hehe.. Nasib baik bakal abah mentua menjelaskan maksud istilah-istilah loghat Kelantan yang belum penah didengari oleh kami sekeluarga dari Melaka. Contohnya, "lokek", orang Melaka faham makna "lokek" ialah kedekut, begitu juga orang Kelantan. Tetapi, ada lagi makna "lokek" dalam loghat Kelantan yang merujuk kepada keadaan kesihatan seseorang. Rakan-rakan dari Kelantan boleh tolong betulkan ye kalau salah. : )
Tapi masalah loghat ini masih agak ok lagi.


Saya (berbaju hijau muda) dalam perasaan bercampur baur itu. Hee..

Rindu, huhu.. Ini masalah yang tak berapa ok sangat. Adat orang Kelantan, selagi belum majlis menyerah (pengantin perempuan berserta rombongannya bertandang ke rumah pihak lelaki), selagi itu pengantin perempuan tak boleh ke rumah pihak lelaki, walaupun kedatangan seperti hari ini, yang ditemani oleh ibu bapa. Huhu.. Adat ini sangat ekstrim bagi saya.. Hehehe.. Dah lama tak tengok rupa tunangku. : D
Sabar je lah.

Walau apa pun, syukur, Allah mengizinkan pertemuan dua belah keluarga ini berjalan dengan baik. Moga-moga bakal mentua saya selamat dalam perjalanan pulang ke Gua Musang. Ameen.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

6 comments: