Thursday, December 24, 2009

Cuti rehat panjang


Satu-satunya pekerja terbaik minggu ini. Gambar diambil pada pukul 4.45 petang.

Istimewanya hari ini ialah, keadaan di pejabat seperti sehari sebelum raya. Hanya tinggal beberapa orang sahaja di pejabat yang masih berdedikasi meneruskan usaha-usaha penyelidikan, mencari suatu kepastian, dahagakan jawapan kepada persoalan : "berapa lama lagikah aku di sini?" Hehe..

Sesuai dengan status sebagai sebuah institut penyelidikan, pejabat tempat saya berkerja ini mempunyai sistem yang saya fikir, jauh meninggalkan sistem yang diamalkan di negara-negara seperti Zimbabwe dan Morocco. Sistem yang saya maksudkan itu ialah, sistem pengurusan cuti. Bagi rakan-rakan sekerja, saya yakin anda semua faham dengan apa yang saya maksudkan.


Sistem paparan tercanggih yang terdapat di pejabat.

Saya rumuskan serba ringkas proses permohonan cuti di institut ini :

1 - Pemohon mengisi borang cuti, meminta tandatangan pengganti, dan mengisi baki cuti untuk tahun ini.
2 - Pemohon menghantar borang cuti, bersama-sama dengan fail rekod borang cuti pemohon kepada Timb. Pengarah Admin.
3 - Pemohon perlu menjawab soalan-soalan maut seperti "awak nak pergi mana minta cuti ni?", "eh, lama sangat awak minta cuti ni, seminggu."
4 - Jika hari yang dipohon cuti jatuh pada hari Penasihat datang, sila lihat langkah 7
5 - Jika hari yang dipohon cuti bukan pada hari Penasihat datang, sila lihat langkah 6
6 - Permohonan cuti LULUS
7 - Permohonan cuti GAGAL. (takpe, boleh guna alternatif lain, MC dan EL). Haha..

Haaiiihh.. Mengeluh panjang saya melihatkan sistem permohonan cuti tahap dunia ke-3 ni. Masih terlalu banyak ruang yang perlu dibaiki untuk meningkatkan mutu kerja dan kualiti pengurusan sumber manusia.

Kepada rakan-rakan yang telah mengambil cuti panjang, selamat bercuti, jaga diri baik-baik.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

No comments:

Post a Comment