Tuesday, January 12, 2010

Saya HIV negatif.


Perhatian kepada bakal pengantin!

Kali terakhir saya update tentang perkahwinan ialah pada 26 Disember 2009.
Sebahagian dari prosedur untuk memohon kebenaran bernikah, bakal pengantin mesti melalui ujian saringan HIV. Saya ingin berkongsi sedikit makluman berkenaan masa dan tempat untuk mendapatkan ujian saringan ini.

Untuk pembaca yang berada di Melaka Tengah, bolehlah mendapatkan ujian saringan ini di Poliklinik Peringgit (belakang Pasar Besar Melaka Sentral) dan juga di Poliklinik Ayer Keroh. Berkenaan masa pula, dari pukul 2 petang hingga 4 petang. Dengan bayaran RM1.00.

Saya dah buat dah ujian saringan HIV ni tadi.. Alhamdulillah.. dah lepas. Yeah.. semakin menghampiri hari penting dalam hidup. :)


Keputusan : Non reaktif.

Banyak rupanya prosedur yang mesti dilalui oleh bakal pengantin sebelum boleh menerima tawaran wali dengan berkata "aku terima nikahnya". Prosedur untuk mendirikan rumahtangga semakin tersusun. Terpulang pada individu untuk melihatnya samada merumitkan atau memudahkan. Sabtu dan Ahad (9 dan 10 Jan 10) yang lalu, saya telah berjaya mengikuti dengan khusyuknya (haha, mengantok giler dalam kelas tu), Kursus Pra Perkahwinan di Masjid Al Azim Melaka. Sijil Kursus Pra Perkahwinan ini sungguh penting bila tiba masa untuk isi borang-borang berkaitan.


Penting worr sijil ni.

Golongan remaja yang masih bujang, amatlah digalakkan menyertai kursus ini pada masa sekarang (walaupun anda hanya akan bernikah lagi 3 4 tahun).

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

11 comments:

  1. huhu...da dapat da pon sijil kursus kahwen.dapat time pergi kursus kawen universiti yang buat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tu memang bagus bro. :) Kat universiti biasanya murah.. kadang free.

    ReplyDelete
  3. waa..bgs nye dh wat..sy x wat lg..hihi..kt u ni pun x ikut serta..congrate k..happy owez..^.^

    ReplyDelete
  4. @dieylah; baiklah awak daftar kursus pra perkahwinan dulu, ajak boyfriend sekali, biar jelas prosedur-prosedur kahwin dan boleh bersedia mental dan kewangan bila nak berkahwin nanti.

    @Nadiah Sidek; yee.. saya akan mendirikan rumah dan tangga yang akan dekat dengan masjid InsyaAllah. :D

    ReplyDelete
  5. pG : bro..apsal xroger nk g kursus..aku nk pegi tp xde mmber..=p

    ramai x org time ko pegi aritu..??? rasa2 ko bila lagi dia buat..nk amik awal2 la..=)

    ReplyDelete
  6. Ramai bro, dia wat cukup2 jer. Setiap bulan ada sesi kursus. Macam aku, daftar bulan December, bulan Januari baru kursus.

    ReplyDelete
  7. hish ko ni amirul..wat aku tak sabar nikah je..duit takde ni..haha

    ReplyDelete
  8. @naim hehe, tak banyak kalo daftar kursus nikah, baru RM80 jer. :) kalo hantaran, haa, baru ler ko kene sediakan RM10k. Ahaks.. Xpe, nuffnang boleh membantu anda.

    ReplyDelete
  9. bagus ujian ni. dpt mengelakkan masalah lps kawen nanti.. heehehe

    ReplyDelete
  10. @pudding pie; yup, betol betol betol.. :D ujian tu bagus untuk saringan.. Kursus pra perkahwinan banyak maklumat tentang munakahat, perkahwinan dan pembubaran perkahwinan.

    ReplyDelete