Tuesday, January 19, 2010

Lapang sebelum sempit.


(Gambar hiasan), kredit kepada Geek and Poke.
 
Alhamdulillah. Setelah melalui empat hari yang sungguh sibuk, hingga tak sempat nak update blog. Banyak peristiwa yang berlaku dari hari Sabtu yang lalu hingga ke hari Selasa semalam. Sungguh, apa yang kita rancang Allah jua yang menentukan. Di kesempatan ini, terima kasih yang paling, kepada sahabat online yang masih melawat blog menderas.blogspot.com ni. Allah jua yang akan membalas jasa baik kalian semua.

Sabtu; Majlis Kesyukuran di rumah sepupu.
Sepupu saya, Saleh mengadakan majlis kenduri kesyukuran sempena dengan majlis bertunangnya keesokan harinya. Saya berkesempatan untuk hadir bersama-sama dengan mak dan mak ibik. Abah, Zul menemankan Najwa yang pergi ke kursus pra-perkahwinan di Muar. Mak menyediakan kerabu mangga untuk dibawa ke majlis kenduri sepupu tu di Sungai Long, berdekatan dengan Jusco yang akan dibuka tidak lama lagi.


Mangga yang telah disagat akan digaul dengan bunga kantan, cili padi, bawang untuk dijadikan kerabu.

Ahad; Majlis Kesyukuran di rumah sendiri.
Ahad malam Isnin, usai solat Isya, Abah menjemput rakan-rakan dan beberapa orang jiran untuk memohon doa selamat. Mendoakan perjalan kami (saya, Abah Mak dan Najwa) ke Putrajaya untuk sesi taklimat Najwa yang akan ditempatkan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

Isnin; Bertolak ke Putrajaya
Seawal pukul 5.00 pagi, kami bertolak ke Putrajaya, singgah solah Subuh di R&R Seremban arah Utara. Kami sampai di Presint 15, Jalan Diplomatik di Dewan Seri Seroja. Sempat juga kami melawat taman-taman di Presint Diplomatik itu.


Taman di Presint 15 Putrajaya, lengang, hari orang bekerja agaknya.

Alhamdulillah. Kita merancang, Allah jua berkuasa menentukan, ramai calon-calon untuk jawatan kumpulan sokongan (Pembantu makmal, Penyelia asrama dan Juruteknik) yang tidak hadir untuk sesi taklimat penjawat awam bahagian sokongan ini. Adik saya, Najwa berpeluang untuk memohon pertukaran penempatan, dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu, ke Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Pelan asal berubah, kami tidak terus ke Kuala Terengganu, sebaliknya kami balik ke Melaka. Awal pagi Selasa kami akan ke Pasir Gudang.

Selasa; Melapor diri.

Kolej Komuniti terletak berdekatan dengan Politeknik Johor Bahru.

Najwa telah selamat melaporkan diri di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Alhamdulillah. Jarak yang dekat (banding dengan Kuala Terengganu) melegakan sedikit hati Mak Abah. Semoga Najwa semangat bekerja di tempat baru.

Rebut Lima Sebelum Lima, antaranya, Lapang Sebelum Sempit.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

p/s : Saya tiba di Melaka pukul 12 malam tadi. Letih.

No comments:

Post a Comment