Sunday, January 10, 2010

Kalimah Tauhid (Pandangan Saya).


Dengar sikit, apa yang hendak disampaikan oleh orang itu.

Dari kacamata saya, seorang yang cetek ilmu.

Kita sedia maklum tentang isu semasa berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah The Herald - The Catholic Weekly. Atas rasa ingin berkongsi, berikut hanyalah pendapat saya semata, melainkan ada dinyatakan sumbernya.

Memetik dari web Ustz. Zaharuddin, beliau cenderung kepada pendapat membolehkan penganut agama Kristian untuk menggunakan nama Allah S.W.T. Tetapi, beliau juga berpendapat, untuk situasi di Malaysia, beliau menyokong tindakan KDN.

Bagaimana? Anda setuju dengan hujah Ustz. Zaharuddin? Jika tidak, apa pula hujah anda? Saya setuju dengan hujah beliau.

Demonstrasi


Di hadapan Masjid Al Alami MITC pada Jumaat, 8 Jan 2010.

Reaksi yang selalu kita pilih apabila kita berdepan isu-isu keagamaan seperti ini, kita memilih untuk berdemonstrasi. Sangat jarang kita memilih untuk muhasabah diri, meningkatkan amal dan merapatkan diri kepada Allah. Saya sangat suka dengan ulasan berkenaan demonstrasi oleh Pahrol Mohamad Juoi. Entri beliau yang bertajuk "Demonstrasi Melalui Solat Subuh Berjemaah?" sangat menginsafkan diri saya yang jarang berjemaah di Masjid.

Astaghfirullah..

Tauladan Yang Tersirat.

Jika kita melihat isu ini dengan hati yang terbuka, mungkin kita boleh nampak, apa yang hendak Allah ingatkan kita (saya dan anda semua).


Kenapa orang selalu suruh kita 'open-minded', tetapi tak pernah kita dengar orang suruh 'open your heart'.

Bukalah hati.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

6 comments:

  1. perkara yg benar tidak akan berdiri dgn sikap kita yang mempertahankannya dgn cara yg tidak betul - apa yang berlaku sekarang sepatutnya membuat kita 'buka mata' menilai kenapakah terjadinya perkara tersebut.

    Entri dan pandangan yang sangat bagus untuk dikongsi

    ReplyDelete
  2. Sekadar menyatakan pandangan.. :) saya dan anda semua merasa tempias isu-isu ini. Think before you act.

    ReplyDelete
  3. Aku setuju..Cuba baca kisah dalam artikel di sini.. http://hambalialorstari.blogspot.com bertajuk, "Ada apa pada nama" -fendi-

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah.. Bennar sekali Tuan.. Saya tertarik dengan ayatnya (antara lain) "Engkau boleh bakar berjuta-juta Al-Quran, tetapi engkau takkan boleh bakar Al-Quran di dalam dada kami". Fuhh..

    Insaf..

    ReplyDelete
  5. Ini semua fitnah akhir zaman..sebagai Ummat Nabi Saw...Jangan terkesan dengan fitnah2 remehan ini..sibukkan diri dengan 3 perkara..Dakwah, Ta'lim dan Ibadah.. Wallahua'alam... Wassalam. -menurut laporan-

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah.. Laporan akan dituruti. :D

    ReplyDelete