Saturday, January 30, 2010

Peringatan! Ini satu kepastian.

Bila rumah kata pergi, kita yang masih hidup tunaikan fardu kifayah.

Semalam, saya sempat menziarahi rumah jiran saya Hafiz (ada orang kampung panggil dia al-hafiz). Ini adalah satu fardu kifayah. Ziarah dan mendoakan, mudah-mudahan Allah ampunkan dosanya, dan merahmatinya. Al-fatihah buat Allahyarham pakcik Abdul Razak Maidin.

Syukur, agama kita memberi panduan yang cantik dan tersusun dalam hidup bermasyarakat. Jenazah siap dimandikan dan dikafankan, kemudian disolatkan sebelum dikebumikan di perkuburan tanah wakaf pekan Tanjung Kling.

Kubur masing-masing.
Selalu kita dengar, apabila membicarakan soal kematian, dalam memberi peringatan kepada manusia (termasuklah saya), "kubur masing-masing, ko tak payah nak sibuk-sibuk hal aku." Astaghfirullah. Jika betul 'kubur masing-masing', siapa pula yang nak mandikan, nak kafankan, nak bawa ke kubur dan nak kebumikan?

Jika betullah 'kubur masing-masing', maka biarkan saja mayat itu sendirian, pandai-pandailah mayat itu mandi, kafan dan ke kuburnya sendirian.

Yang ingin saya pesan untuk diri sendiri dan pembaca sekalian, hidup di dunia ini, kita tidak terlepas dari saling bergantungan antara satu sama lain. Sebelum kita bertindak sesuka hati, fikir-fikirkanlah soal yang pasti ini, soal kematian.

Sungguh, apabila melihat orang meninggal dunia, saya merasakan betapa banyaknya dosa yang belum saya mohon ampun dan bertaubat. Sungguh banyak peringatan yang Allah berikan, tapi saya masih lalai. Aduh, rugi sungguh saya ini.

"Entah dapat ke tidak"
Berita kematian yang memeranjatkan, mak bercerita, "baru ari tu dia kata ntah saya dapat tolong, ntah tidak rumah ustad kenduri kawen nanti". "Dah meninggal arini". Allahyarham seolah-olah sudah merasakan masanya hampir tiba. Mari kita mendoakan semoga Allah mengampunkan dosanya dan merahmatinya. Ameen.

Abah wakil kepada keluarga si mati, berterima kasih kepada yang hadir.

Berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Ingatkan saya yang sering lalai ini.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka

Friday, January 29, 2010

Kamu dibenarkan bernikah.

Lulus sudah permohonan kebenaran berkahwin.

Alhamdulillah. Boleh dikatakan urusan prosedur mendapatkan kebenaran bernikah telah sempurna. Sekarang, saya mesti poskan surat kebenaran berkahwin ini kepada tunang saya di Gua Musang, untuk urusan pendaftaran nikah di daerah sana pula.

Memang banyak prosedur untuk urusan pendaftaran nikah kahwin cerai rujuk ini. Saya pun, pada mulanya rasa agak rimas dengan prosedur yang berbagai-bagai ini. Namun, setelah mengikuti kursus pra-perkahwinan yang lepas, barulah saya faham sedikit, hikmah / rasional peraturan dan prosedur ini diwujudkan.

Banyak berlaku kes-kes di mana pemuda / pemudi mengaku bujang untuk bernikah.
"Saya belum berkahwin, Ustad" kata seorang pemuda yang berasal dari negeri lain / daerah lain yang menetap di qariah kampung saya. Abah ketika itu, hanya bersandarkan kepada pengakuan beberapa saksi yang menyokong permohonan si pemuda itu.

Akhirnya, penipuan si pemuda terbongkar. Nasib baik ada orang kampung yang benar-benar mengenali latar belakang si pemuda. Rupanya dia telah berkahwin, dan isterinya tidak duduk bersama kerana si suami bekerja di luar kawasan. Terkedu abah masa tu, sebab abah dah sokong permohonan pemuda yang mengaku bujang lagi.

Kes ini berlaku lama dah, sekitar 90-an. Waktu itu, seingat saya, proses pendaftaran pernikahan, penceraian, rujuk dan sebagainya baru bermula.

Lepas halangan pertama, ada lagi banyak halangan di depan, kan?

Syukur, surat kebenaran bernikah saya telah dikeluarkan.

Gemuruh, tinggal beberapa hari saja lagi status saya bertukar dari bujang kepada berkahwin.

Gusar, memikirkan betapa besarnya tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Mohon doa dan tunjuk ajar dari rakan pembaca sekalian. Mudah-mudahan permulaan kehidupan berkeluarga saya berjalan dengan tenang. Ameen.

What We Do In Life Echoes In Eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Thursday, January 28, 2010

Mari naik haji


Perjalanan menuju tanah suci bermula dengan menabung dari muda lagi.

Di ketika hampir menuju 30 hari pertama dalam tahun 2010, saya diingatkan abah "kau ada buat potongan gaji tak masuk tabung haji? alaa, toksah banyak, 50 ringgit sebulan dah ok dah". Baru saya tergerak nak tengok semula buku simpanan tabung haji yang lama terperap antara timbunan buku-buku. Transaksi terakhir tahun 2007. Aduh, macam mana boleh terlepas pandang ni?

Naik haji cara susah.
Secara prinsipnya, bagi kita yang berpendapatan sederhana, untuk pergi menunaikan haji, kita mesti patuh kepada prinsip lumrah alam (Sunnatullah) iaitu sedikit demi sedikit, tiada jalan pintas. Keratan akhbar dibawah menunjukkan betapa kos untuk pergi menunaikan haji akan meningkat dari masa ke masa.



Kos menunaikan haji hampir mencecah RM11,000.

Sasaran saya ialah, saya hendak menunaikan haji sebelum umur 40 tahun. Ya Allah, permudahkanlah.

Apa pendapat anda? Ok tak pergi haji pada umur atau sebelum 40 tahun?

Naik haji cara senang.
Selepas dari berurusan di pejabat Tabung Haji di Bandar Melaka (terletak di belakang bangunan Ocean Melaka), saya ternampak sekelompok manusia berkumpul, fokus kepada papan kotak-kotak dengan buah-buah dam berwarna hijau kuning bersusun secara strategik atas papan dam.


Berlatarbelakangkan Sungai Melaka. Pemikir-pemikir terulung berhimpun menganalisa setiap gerakan. :)

Permainan dam haji. Kenapa diberi nama dam haji, saya pun tak tahu.

Haaa.. Inilah cara naik haji yang senang. Buah hijau makan buah kuning, buah kuning makan buah hijau, lompat sana sini sampai ke hujung tempat pihak lawan, naik haji. Bila dah naik haji, buah dam itu boleh bergerak sesuka hati, makan ke belakang, ke depan, ke sisi, semua boleh sapu.

Haha, cara naik haji yang paling senang. Mainlah dam haji. Hehe, bukan itu maksud saya. Maksud saya, untuk pergi haji, usaha ke arahnya bermula dari sekarang dan akan memakan masa yang lama untuk kita menyiapkan dana untuk ke Tanah Suci dan dana untuk ahli keluarga tanggungan kita yang kita tinggalkan buat sementara waktu.

Saya baru pasang azam untuk pergi haji. Anda sudah pergi haji?

What We Do In Life Echoes In Eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Wednesday, January 27, 2010

Cenderahati untuk yang pergi


Timb. Pengarah (Pentadbiran) Pn. Farida Mohamed menyampaikan cenderahati.

Walaupun hari terakhir saya di Institut ini masih berbaki lagi 2 minggu, tetapi majlis meraikan pekerja yang bakal meninggalkan Institut diadakan lebih awal (semalam) bertujuan meraikan juga kakitangan yang berhenti dalam minggu ini.

Salah seorang kakitangan yang akan menamatkan perkhidmatan di Institut ini ialah Kak Nazrin. Beliau telah mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Mudah-mudahan beliau akan terus berjaya dalam kerjanyanya. Ameen.


(Gambar arkib) Duduk dari kiri; Sharmila, Munirah, Azurin. Berdiri dari kiri: Nurhuda, Nazrin.

Seorang lagi rakan sekerja yang akan tamat perkhidmatan di Institut dalam minggu ini, Cik Mawar. Beliau akan mengorak langkah menjadi usahawan wanita berjaya. Moga Allah kabulkan usahanya, Ameen.


Minggu-minggu terakhir sebagai rakan sekerja. Dari kiri; Amat Fairus, Mawar, dan Artika.

Bagi saya pula, tarikh akhir saya berkhidmat di sini ialah pada 12 Feb 2010, (Jumaat).

Satu Majlis ringkas telah diadakan semalam. Kak Nazrin, Mawar, dan saya telah diraikan. Kami diberi peluang untuk menyampaikan sedikit sepatah dua kata sebelum meninggalkan Insitut. Kami telah diberi hadiah, sebagai tanda penghargaan kepada kerja kami sepanjang di Institut. Nak tengok hadiah apa, boleh baca di blog Mawar.


Ucapan saya agak panjang sikit.

Akhir kata, saya memohon maaf kepada staf-staf di Insitut, atas kesalahan saya yang dilakukan, dengan sengaja atau tidak, yang mengguris hati secara langsung atau tidak.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih, atas tunjuk ajar, bimbingan, nasihat dan teguran, sepanjang saya di sini, telah banyak mengajar saya, erti sebenar bekerja dalam satu pasukan.

Terima kasih yang paling.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Monday, January 25, 2010

Menikmati manisnya persahabatan


Kecerahan yang jelas lagi nyata. Munirah menahan panas terik mentari.

Setiap yang mula pasti ada akhirnya, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Kata orang bijak pandai, nilai sesuatu perkara itu akan dapat kita rasai / hargai apabila ia tiada lagi dalam genggaman. Kata orang putih "You don't really know what you got till it's gone".

Rasa seronok bekerja dengan rakan-rakan yang "happening" semakin sampai ke penghujung. Saya rakamkan sedikit aktiviti-aktiviti di penghujung waktu kita masih lagi dihubungkan dengan ikatan sebagai rakan sekerja.

Munirah seperti biasa, bertindak sebagai perancang "planner".

Munirah : Mirul, ko nak pergi makan ikan bakar tak? Kat Muara Sungai Duyung, petang ni lepas kerja.
Amirul : Aku ade kelas ler malam ni.
Munirah : Alaa, kelas ko abes lambat, takpe

Dengan kekalutan Artika yang akan menerima perabot baru di rumahnya.

Artika : "Alaar, camner nie, mak aku tak kasi pegi la.."

Akhirnya, walau apa pun, dengan semangat setiakawan, kita semua dapat berkumpul di Muara Sungai Duyung, meraikan Cik Mawar yang akan meninggalkan Biotek Melaka. Saya bakal menyusul selepas Cik Mawar.

Bila bab makan-makan, pastinya Munirah watak yang paling menonjol. Haha.. Gurau-gurau jer Mun.



Terima kasih kepada rakan-rakan sekalian. Terima kasih yang paling. Allah jua yang akan membalas anda semua dengan Rahmat dan Kasih SayangNya.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Saturday, January 23, 2010

Semalam, Jumaat yang tenang


Dari kiri : Arina, Kak Ida, Artika, Sabrina dan Nazri. Staf penyelidik yang rajin.

Teka-teki samada Prof Niyang Rapik datang ke ofis ataupun tidak, telah terjawab. Tenang seketika suasana di pejabat. Ketenangan yang sungguh mendamaikan staf-staf di Institut penyelidikan ini. Sungguh tenang keadaan di pejabat sehingga mencetuskan keinginan staf-staf penyelidik untuk bersarapan Mee Bandung di Durian Tunggal. Hehe..

Saya seperti menghabiskan sisa-sisa masa berkhidmat disini sebagai Pegawai Sains. Kadang-kadang saya berasa sedih dengan masa depan Institut ini. Institut yang diketuai oleh Penasihat yang tiada langsung kefahaman tentang menghormati orang lain.

Walaupun begitu, dalam perbualan dan perbincangan dengan rakan-rakan yang bekerja di organisasi lain, saya biasanya akan bertemu dengan rakan-rakan yang menceritakan betapa organisasi tempat mereka bekerja mempunyai masalah yang begitu teruk. Bunyinya seperti lebih teruk dari Institut tempat saya bekerja ini.

Benarlah, Allah memberikan beban apa yang mampu ditanggung oleh hambaNya.


Imej kredit kepada zureens.blogspot.com.
 
Jumaat semalam, tiada bacaan Yasin di pagi hari, seperti yang dilakukan pada minggu lepas. Tak tahu kenapa.

Suasana di makmal Institut ini semakin lengang dengan staf penyelidik. Dan saya boleh bayangkan, ia akan lebih lengang apabila ibu-ibu bakal mengambil cuti bersalin. Wahh!! Makin ramai anak buah. Tahniah kepada ibu-ibu di Institut ini.

Sayu hati bila mengenangkan saya bakal meninggalkan tempat yang banyak membantu dalam perjalanan kerjaya saya. : (

Sekali lagi doa saya, moga Allah bersihkan Institut ini dari tangan-tangan orang yang sombong dan zalim. Ameen.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Thursday, January 21, 2010

Minta kebenaran untuk bernikah


(Gambar hiasan) Banyak prosedur ke arah perkahwinan.

Setelah bertungkus lumus menyediakan beberapa dokumen sokongan untuk borang kebenaran nikah, saya baru dapat hantar borang permohonan kebenaran nikah pagi Khamis semalam. Alhamdulillah. Ada beberapa perkara yang saya nak ceritakan dalam entri ini, berkenaan dengan borang permohonan kebenaran nikah ini. Tujuan saya, supaya bakal-bakal pengantin lain akan lebih bersedia. Dan juga, untuk mengetahui dari respon pelawat tentang prosedur Nikah Kahwin Rujuk di negeri masing-masing.

Bagi Negeri Melaka, setelah selesai kursus pra perkahwinan, pengantin lelaki hendaklah membeli borang permohonan nikah kahwin di Pejabat Agama JAIM (Jabatan Agama Islam Melaka) di kompleks JAIM di hadapan Masjid Al-Azim.
  • Harga borang RM1
  • Yuran pemprosesan borang RM5
  • Borang kebenaran nikah hendaklah diisi paling awal 3bulan sebelum pernikahan, paling lewat 14hari sebelum pernikahan.
Saya dengar dari kursus pra perkahwinan yang lalu, borang permohonan kebenaran nikah ini akan diproses dalam masa sehari, tapi semalam saya diberitahu Isnin petang minggu hadapan baru siap proses dan barulah saya boleh mendapatkan surat kebenaran nikah.

Surat kebenaran nikah ini kemudiannya, saya akan hantar ke pengantin perempuan untuk pengantin perempuan sertakan dalam borang permohonan nikahnya pula. Pengantin perempuan saya orang Kelantan, saya tak tahu prosedur permohonan kebenaran nikah di sana. Harapan saya, urusan di Kelantan dipermudahkan.

Ini perkara yang saya baru tahu, salinan kad pengenalan hendaklah difotostat dan dibesarkan imejnya.


Contoh pembesaran imej fotostat. Negeri lain saya tak tahu kena buat macam ini ke tak.

Nasib baiklah abah saya dah check dulu borang saya, kalau tak, fuhh.. penat jer nak kena buat semula.

Setakat ini dahulu yang saya dapat ceritakan. Bersambung pada entri yang akan datang.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Tuesday, January 19, 2010

Lapang sebelum sempit.


(Gambar hiasan), kredit kepada Geek and Poke.
 
Alhamdulillah. Setelah melalui empat hari yang sungguh sibuk, hingga tak sempat nak update blog. Banyak peristiwa yang berlaku dari hari Sabtu yang lalu hingga ke hari Selasa semalam. Sungguh, apa yang kita rancang Allah jua yang menentukan. Di kesempatan ini, terima kasih yang paling, kepada sahabat online yang masih melawat blog menderas.blogspot.com ni. Allah jua yang akan membalas jasa baik kalian semua.

Sabtu; Majlis Kesyukuran di rumah sepupu.
Sepupu saya, Saleh mengadakan majlis kenduri kesyukuran sempena dengan majlis bertunangnya keesokan harinya. Saya berkesempatan untuk hadir bersama-sama dengan mak dan mak ibik. Abah, Zul menemankan Najwa yang pergi ke kursus pra-perkahwinan di Muar. Mak menyediakan kerabu mangga untuk dibawa ke majlis kenduri sepupu tu di Sungai Long, berdekatan dengan Jusco yang akan dibuka tidak lama lagi.


Mangga yang telah disagat akan digaul dengan bunga kantan, cili padi, bawang untuk dijadikan kerabu.

Ahad; Majlis Kesyukuran di rumah sendiri.
Ahad malam Isnin, usai solat Isya, Abah menjemput rakan-rakan dan beberapa orang jiran untuk memohon doa selamat. Mendoakan perjalan kami (saya, Abah Mak dan Najwa) ke Putrajaya untuk sesi taklimat Najwa yang akan ditempatkan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

Isnin; Bertolak ke Putrajaya
Seawal pukul 5.00 pagi, kami bertolak ke Putrajaya, singgah solah Subuh di R&R Seremban arah Utara. Kami sampai di Presint 15, Jalan Diplomatik di Dewan Seri Seroja. Sempat juga kami melawat taman-taman di Presint Diplomatik itu.


Taman di Presint 15 Putrajaya, lengang, hari orang bekerja agaknya.

Alhamdulillah. Kita merancang, Allah jua berkuasa menentukan, ramai calon-calon untuk jawatan kumpulan sokongan (Pembantu makmal, Penyelia asrama dan Juruteknik) yang tidak hadir untuk sesi taklimat penjawat awam bahagian sokongan ini. Adik saya, Najwa berpeluang untuk memohon pertukaran penempatan, dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu, ke Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Pelan asal berubah, kami tidak terus ke Kuala Terengganu, sebaliknya kami balik ke Melaka. Awal pagi Selasa kami akan ke Pasir Gudang.

Selasa; Melapor diri.

Kolej Komuniti terletak berdekatan dengan Politeknik Johor Bahru.

Najwa telah selamat melaporkan diri di Kolej Komuniti Pasir Gudang. Alhamdulillah. Jarak yang dekat (banding dengan Kuala Terengganu) melegakan sedikit hati Mak Abah. Semoga Najwa semangat bekerja di tempat baru.

Rebut Lima Sebelum Lima, antaranya, Lapang Sebelum Sempit.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

p/s : Saya tiba di Melaka pukul 12 malam tadi. Letih.

Thursday, January 14, 2010

Sukacita dimaklumkan


Surat yang ditunggu-tunggu.

Jam 4.00 petang di makmal fitokimia, Biotek Melaka. Telefonku bergetar (letak mode silent, tak tau kenapa), di skrin tertera 'Rumah Calling'

Mak : Mirul, mak bukak ko punya surat dari UKM eah? (mak menghormati kerahsiaan saya, terima kasih mak)
Saya : Ha? Surat ape? Aa, buka ler.

Alhamdulillah... Lega sungguh rasa dada, rasa seperti terangkat bebanan yang digalas selama ini, bebanan yang tak tahu nak dibawa ke mana.. Alhamdulillah..

Penantian selepas mendapat surat calon simpanan bulan lepas, akhirnya terjawab dengan sukacitanya yang teramat.

Berita yang turut melegakan individu yang saya cintai :
  • Mak Abah, Najwa & Zul
  • Umi Abah & Nurul Asyikin
Lantas, penghargaan tidak terhingga saya kepada individu yang saya kasihi :
  • Tn. Hj. Zamry Gafar
  • Rakan-rakan di Biotek Melaka
  • Rakan-rakan di kelas MBA UTeM
  • Rakan-rakan online di Facebook
  • Rakan-rakan online di blog
  • Serta semua individu yang mendoakan kejayaan kita bersama.
Terima kasih yang paling. Doaku untuk kalian semua, moga Allah mempermudahkan urusan kita, serta tidak membebankan kita dengan beban yang tak mampu kita tanggu.. Ameen Ya Allah..


Moga Allah kabulkan. Dengan penuh harapan.


What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka

Wednesday, January 13, 2010

Dari Merangkak Kepada Berdiri (ISO)


Kearah MS ISO 9001:2008. Fuhh.. gempak jer kot.

Tempat kerja anda sudah ada ISO 9000? Tempat kerja saya baru hendak mengorak langkah bayi "baby steps" dalam mendapatkan pensijilan ISO 9000. Slowly but surely, eventually, emmm we will achieved it? Beyond reasonable doubt (keraguan munasbah). Saya merapu sikit (cara menghilangkan sedikit stress).

Apa sebenarnya ISO 9000 ni? Untuk apa tujuannya? Saya pun tak berapa faham sangat. Apa yang saya tahu, ISO 9000 akan memberi kerangka untuk organisasi ini ikut dan ubahsuai untuk menjadikan organisasi ini sebuah organisasi yang memuaskan kehendak pelanggan. Setuju tak? Saya pun kurang pasti.

Sehingga ke hari ini, kita telah membangunkan Manual Quality berdasarkan buku "Quality Management System" yang dikeluarkan oleh Sirim yang difotostat seperti dibawah.


Organisasi ni berjimat, sanggup fotostat tu.

Adakah Manual Quality ini seperti Manual Kereta atau Manual Komputer? Saya fikir ya. Tapi dalam realiti, jarang kita merujuk Manual dalam menggunakan peralatan-peralatan elektronik, bila timbul masalah, baru kita rujuk Manual. Setuju tak? :)


En. Saidfuddin dan Pn. Razimah dari RAMS Consultant.

Walauapapun, saya berdoa semoga organisasi ini akan mencapai ISO dan yang paling penting, mudah-mudahan Allah jadikan organisasi ini sebuah organisasi yang bersih dari orang-orang yang tidak sedar diri. Ameen.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

p/s : entri ini sepatutnya di publish pada minggu lepas, harap maklum, segala kesulitan amat dikesali. Chewahh..

Tuesday, January 12, 2010

Saya HIV negatif.


Perhatian kepada bakal pengantin!

Kali terakhir saya update tentang perkahwinan ialah pada 26 Disember 2009.
Sebahagian dari prosedur untuk memohon kebenaran bernikah, bakal pengantin mesti melalui ujian saringan HIV. Saya ingin berkongsi sedikit makluman berkenaan masa dan tempat untuk mendapatkan ujian saringan ini.

Untuk pembaca yang berada di Melaka Tengah, bolehlah mendapatkan ujian saringan ini di Poliklinik Peringgit (belakang Pasar Besar Melaka Sentral) dan juga di Poliklinik Ayer Keroh. Berkenaan masa pula, dari pukul 2 petang hingga 4 petang. Dengan bayaran RM1.00.

Saya dah buat dah ujian saringan HIV ni tadi.. Alhamdulillah.. dah lepas. Yeah.. semakin menghampiri hari penting dalam hidup. :)


Keputusan : Non reaktif.

Banyak rupanya prosedur yang mesti dilalui oleh bakal pengantin sebelum boleh menerima tawaran wali dengan berkata "aku terima nikahnya". Prosedur untuk mendirikan rumahtangga semakin tersusun. Terpulang pada individu untuk melihatnya samada merumitkan atau memudahkan. Sabtu dan Ahad (9 dan 10 Jan 10) yang lalu, saya telah berjaya mengikuti dengan khusyuknya (haha, mengantok giler dalam kelas tu), Kursus Pra Perkahwinan di Masjid Al Azim Melaka. Sijil Kursus Pra Perkahwinan ini sungguh penting bila tiba masa untuk isi borang-borang berkaitan.


Penting worr sijil ni.

Golongan remaja yang masih bujang, amatlah digalakkan menyertai kursus ini pada masa sekarang (walaupun anda hanya akan bernikah lagi 3 4 tahun).

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Sunday, January 10, 2010

Kalimah Tauhid (Pandangan Saya).


Dengar sikit, apa yang hendak disampaikan oleh orang itu.

Dari kacamata saya, seorang yang cetek ilmu.

Kita sedia maklum tentang isu semasa berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah The Herald - The Catholic Weekly. Atas rasa ingin berkongsi, berikut hanyalah pendapat saya semata, melainkan ada dinyatakan sumbernya.

Memetik dari web Ustz. Zaharuddin, beliau cenderung kepada pendapat membolehkan penganut agama Kristian untuk menggunakan nama Allah S.W.T. Tetapi, beliau juga berpendapat, untuk situasi di Malaysia, beliau menyokong tindakan KDN.

Bagaimana? Anda setuju dengan hujah Ustz. Zaharuddin? Jika tidak, apa pula hujah anda? Saya setuju dengan hujah beliau.

Demonstrasi


Di hadapan Masjid Al Alami MITC pada Jumaat, 8 Jan 2010.

Reaksi yang selalu kita pilih apabila kita berdepan isu-isu keagamaan seperti ini, kita memilih untuk berdemonstrasi. Sangat jarang kita memilih untuk muhasabah diri, meningkatkan amal dan merapatkan diri kepada Allah. Saya sangat suka dengan ulasan berkenaan demonstrasi oleh Pahrol Mohamad Juoi. Entri beliau yang bertajuk "Demonstrasi Melalui Solat Subuh Berjemaah?" sangat menginsafkan diri saya yang jarang berjemaah di Masjid.

Astaghfirullah..

Tauladan Yang Tersirat.

Jika kita melihat isu ini dengan hati yang terbuka, mungkin kita boleh nampak, apa yang hendak Allah ingatkan kita (saya dan anda semua).


Kenapa orang selalu suruh kita 'open-minded', tetapi tak pernah kita dengar orang suruh 'open your heart'.

Bukalah hati.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

EOTM (Employee Of The Month)


Di kaunter hadapan.

Terima kasih banyak-banyak kepada Saravanan yang menunjukkan semangat kerja yang sangat cemerlang. Saravanan sepatutnya telah meninggalkan pejabat pada minggu lepas, tetapi atas dasar ingin menyumbang, beliau telah menunda tarikh akhirnya di pejabat ini sehingga hari Jumaat (8 Jan 2010) yang lepas.

Saya berkesempatan turut serta dalam merakamkan hari-hari terakhir Saravanan di pejabat.


Makmal berprestasi tinggi. Hehe..

Kepada rakan-rakan Toksik yang lain ; Haslan, Suhaila, Edy, teruskan perjuangan, jika dapat offer lain, cabut.. :)

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Wednesday, January 6, 2010

Bye bye Nasirah.


Dah kurang seorang, lepas ni giliran siapa agaknye.

Kehidupan bekerja yang semakin meurunkan semangat saya disini. Walaubagaimanapun, saya sekadar ingin bercerita tentang seorang lagi rakan sekerja saya yang telah berjaya meninggalkan tempat yang tertekan ini.

Siti Nasirah atau selalu dipanggil Nasirah atau Nas telah berkhidmat di sini selama.. urrmmm, saya tak ingat pulak.. Hehe, mungkin hampir setahun kalau saya tak silap. Dia dah berjaya keluar dari sini, merupakan orang yang ke... ntah, saya dah tak dapat kira lagi.. Tahniah dan selamat maju jaya kepada Siti Nasirah.


Nasirah yang khusyuk belajar. Hehe.

Saya masih lagi tersekat di sini.. Huhu.. Apa patut saya buat?

What We Do In Life Echoes In Eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Siapa suka kuih akok?


Tempat masak kuih akok.

Saya pasti, orang-orang Kelantan pastinya dah muak makan kuih akok. Saya pertama kali jumpa kuih akok pada lawatan meminang di Gua Musang bulan 9 2009 yang lepas. Rasa kuih yang manis dengan teksturnya yang lembut serta rasa telur yang lemak membuatkan saya teringat-ingat akan kuih akok.

Orang-orang Melaka, saya fikir, mungkin jarang dapat jumpa kuih akok ni. Kebanyakan pasar malam yang saya pergi, saya sukar untuk jumpa dengan kuih akok. Makanan orang Kelantan yang biasa kita jumpa ialah nasi kerabu, laksam dan keropok lekor.


Pasangan peniaga, dari Kelantan kot diaorang ni.

Minggu lepas, saya secara kebetulan berjumpa dengan orang yang menjual kuih akok, siap masak "on the site" lagi. Harga jualan, 3 keping RM 1. Saya rasa, harga ni agak mahal kot kalau banding dengan harga kuih akok yang dijual di Kelantan. Kepada orang-orang Kelantan yang tahu harga kuih akok di Kelantan, bolehlah kongsi-kongsi info.


Kuih akok ni warna hijau, yang saya pernah makan warna coklat.

Selamat menjamu kuih akok.

What We Do In Life Echoes In Eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
75450

Monday, January 4, 2010

Pakcik Din Yang Prihatin


Pakcik Din serta ahli pasukan kerjanya yang lain.

Saya ingin bercerita tentang jiran saya yang begitu prihatin ni. Duduk di kampung akan menjadi aman, tenang dan best dengan adanya jiran-jiran seperti beliau. Moga-moga, Allah jua membalas tenaga, usaha, masa dan wang ringgit yang beliau sumbangkan tanpa mengharapkan balasan.

Seperti yang anda semua sedia maklum (mungkin ramai juga yang belum maklum), majlis kenduri kahwin saya dan adik saya ialah pada 13 Mac 2010 nanti. Pakcik Din telah mula memberi khidmat memotong dahan pokok mangga. Ini untuk membolehkan khemah-khemah dipasang nanti di kawasan rumah.


Anak-anak buah Pakcik Din.

Pakcik Din berserta anak buah dan cucunya, bekerjasama seolah-olah sebuah pasukan kontraktor memotong dahan pokok-pokok di tepi jalan. Tiada apa yang boleh kami sekeluarga balas, melainkan ucapan penghormatan Terima Kasih yang paling tidak terhingga kepada beliau dan ahli pasukan yang lain.

Terima kasih Pakcik Din kerana bertindak sebagai seorang jiran yang prihatin.

What We Do In Life Echoes In Eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Saturday, January 2, 2010

Study On Organisation Strategy


The model that we learn in this class.

It's already in the 5th week for this Nov trimester. Dr. Puvanasaran (Dr. Punesh) did a little assessment on each students individual assignment. As for my project, I wanted to analyze my workplace Strategic Technology Management and I will compare the strategy that currently being used by my workplace with the strategy that was discussed in published journal.

Our main resources to analyze this issue will be Emerald Insights and Science Direct. Some of the journal that I have collected for further reading are :
  • Market Versus Technology Drive In R&D Internationalization : 4 Different Patterns Of Managing Research And Development; Research Policy 31(2002)569-588.
  • Managing And Reporting Knowledge-Based Resources And Processes In Research Organizations: Specifics, Lessons Learned And Perspectives; Management Accounting Research 15(2004)33-51.
  • Strategy For Technology Development In Public R&D Institutes By Partnering With The Industry; Technovation 25(2005)1484-1491.
  • Transition In R&D Management Control System : Case Study Of A Biotechnology Research Institute In China; Journal Of High Technology Management Research 14(2003)213-229.
  • Analyzing Project Management Research : Perspective From Top Management Journals; International Journal Of Project Management 27(2009)435-446.

May Allah bless me with patience to finish this mini project in time.

What We Do In Life Echoes In Eternitiy.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Friday, January 1, 2010

Ada hajat?



Klik imej untuk pembesaran.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di tahun baru 2010 ini, yang menjanjikan cabaran yang lebih hebat dari tahun-tahun yang sudah. Entri saya kali ini ingin berkongsi dengan anda semua, sesuatu yang dengan izinNYA dikabulkan hajat kita.

Ya, mungkin ramai pembaca yang sudah mengetahui, 'sesuatu' itu ialah Selawat Tafrijiyah. Saya ingin mengajak diri sendiri dan anda semua untuk kita sama-sama berusaha melazimkan bacaan Selawat kepada Nabi S.A.W. Mudah-mudahan saya dan anda diberi kemudahan dalam segala urusan. Ameen.


Satu lagi selawat yang boleh kita amalkan.

Kehidupan kita semakin hari, semakin mencabar. Saya kadang-kadang berasa ketinggalan dalam arus perdana hari ini. Saya berharap dan akan berusaha bersungguh-sungguh, tahun 2010 memberi sesuatu yang lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas.


Ya Allah, jadikan kami dari golongan orang-orang yang berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

What We Do In Life Echoes In Eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.