Wednesday, February 24, 2010

Rezeki mesti dicari

Pada mulanya, saya berfikir, terlalu jauh saya berulang dari KL ke Melaka dalam usaha mencari rezeki dan pada masa yang sama, menyempurnakan pengajian MBA di UTeM Melaka. Hati kecil berkata "ah, pasti ada orang yang menempuh cabaran yang jauh lebih getir dari ini".

Walau jauh beribu batu.

Tekaan saya betul, bila saya layari internet, terjumpa dengan artikel tentang Michael Hanley yang terpaksa pergi dan balik sejauh hampir 1000 batu (1600km) dalam seminggu kerja. Michael Hanley terpaksa berulang-alik antara Kansas dan Wisconsin apabila kilang General Motors di Kansas ditutup setelah 23 tahun dia bekerja di situ. Dengan Google Maps, kita boleh lihat, jauhnya Kansas ke Wisconsin.

Hampir 14 jam memandu, sekali setiap minggu. Anda sanggup? Demi mencari rezeki.

Kalau nak dibanding dengan saya yang pergi dan balik antara Kuala Lumpur dan Melaka, alahai.. beberapa kali ganda tu.

Perbandingan dengan Michael Hanley, menjadikan ulang-alik saya dari KL ke Melaka 3 kali seminggu nampak hampir kurang mencabar.

Cabaran di perjalanan.

Semestinya, ada cabaran dalam apa jua usaha kita. Cabaran saya dalam usaha meneruskan dan seterusnya menghabiskan MBA di UTeM ialah, menempuh lebuhraya. Cuaca kadang-kadang tidak menyebelahi penunggang motor seperti saya. Apabila mula rasa angin semakin bertiup dengan suhu yang sejuk, kemudian diikuti rintik-rintik hujan, maka penunggang terpaksa menukar kostum.

Penunggang berhenti untuk menukar kostum.

Satu lagi cabaran yang paling biasa di jalanraya ialah, kesesakan lalu lintas, yang menyesakkan pemikiran, lalu meresahkan jiwa, membawa kepada menipis kesabaran di dada. Urut-urutlah dada banyak-banyak dengan Selawat Nabi tanpa henti.

Jalan sesak memang biasa sangat kena harung.

Walau apa pun, rezeki yang halal tidak datang bergolek, rezeki yang halal mesti dicari. Bagi saya, cabaran ini mungkin terlalu berat, tetapi, saya juga yakin, di luar sana, pasti ada orang dengan cabaran yang lebih berat.

Allah tidak membebankan hambaNya dengan apa yang tidak mampu dia tanggung. Bumi Allah itu luas, carilah rezeki yang halal.

Setakat ini dahulu saya coretkan untuk berkongsi pengalaman. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga akhir. Tinggalkan komen anda sebagai maklumbalas.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka

p/s : Beginilah rupa penunggang dalam hujan.

No comments:

Post a Comment