Tuesday, February 2, 2010

Makanan eksotik

Boleh makan ke binatang ni? Boleh..

Saya tinggal dan membesar di Kampung Lereh, Tanjung Kling, sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai. Ramai budak-budak kampung yang rajin mencari belangkas di pantai di waktu air pasang. Ahad yang lepas, ada seorang budak kampung datang ke rumah menjual belangkas.

Banyak belangkas yang budak tu dapat cari. "Bape ringgit sekor ko jual?" tanya saya. "Biasa jual 3 ringgit, ni jual 2 ringgit sekor je lah". "Aaa, bagi 5 ekor lah".

Masuk ke bab bagaimana nak menyiang / membersihkan belangkas ini. Untuk itu, saya mempersembahkan, rakaman video amatur seorang tukang masak (adik saya) menyiang belangkas. Sebelum itu, kita kena matikan belangkas-belangkas ini dahulu, caranya, dengan merebus.

Rebus belangkas ni sampai dia tak bergerak lagi.

Selesai merebus, barulah kita boleh siang / bersihkan belangkas-belangkas ini.

Maaf, kualiti video kurang memuaskan.

Akhirnya, terhasillah masakan eksotik 'Belangkas Masak Lemak Cili Padi'. Fuuhhh.. Memang sedap, tapi tak boleh makan banyak-banyak sangat telur belangkas ni, orang yang tak biasa makan (ataupun kurang imun sistem) boleh mabuk / pening-pening sikit.

Nampak menyelerakan. Lapar? Hehe.

Sudut Tahukah Anda?
  • Hanya belangkas betina sahaja yang ditangkap untuk dimasak, yang jantan dilepaskan ke pantai.
  • Ini kerana belangkas betina mempunyai banyak isi dan ada telur. (Belangkas jantan kurang isi dan tiada telur).
  • Apabila belangkas melekap (ibarat simpulan bahasa untuk pasangan berkepit 24jam), belangkas jantan melekap dibelakang belangkas betina.
  • Belangkas betina lebih besar dari belangkas jantan.
  • Belangkas dalam Bahasa Inggeris dipanggil "horseshoe crab"
 
Ibarat simpulan bahasa "macam belangkas".

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih sudi membaca dan memberi pandangan / komen.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

No comments:

Post a Comment