Saturday, February 20, 2010

Permulaan yang mendebarkan

Bersama dengan pasukan Dr. Fuad memeriksa makmal sebelum pemeriksaan GMP.

Alhamdulillah, puji-pujian itu adalah bagi Allah, memulakan tulisan dalam merakamkan perjalanan hidup saya. Hari ini masuk hari ke-3 saya bertugas sebagai Pegawai Sains di Fakulti Farmasi, UKM. Perasaan dalam hati berdebar sewaktu mendaftarkan diri di Pejabat Pendaftar di UKM Bangi. Kemudian terus ke UKM Kampus KL untuk melapor diri dan menandatangani surat akujanji di hadapan Dekan Fakulti Farmasi.

Perasaan berdebar mula surut apabila diperkenalkan kepada beberapa staf yang ramah dan mesra. Setakat ke hari ini, antara staf Fakulti Farmasi yang telah saya bertegur sapa ialah :
  • Dekan, Prof. Dr. Ibrahim Jantan
  • Timbalan Dekan, Prof. Madya Dr. Cairul
  • Tn. Hj. Baharom
  • En. Ahmad Hasnan
  • Dr. Aniff
  • Azreen
  • Dr. Mohamad.
  • Kak Azura
  • Dr. Syariza
  • Dr. Fuad
Dr. Aniff (kiri) belanja makan. Baru tiga hari saya mula kerja, dah dapat makan free. :D

Oleh kerana Pegawai Sains yang senior (Kak Hazni) masih lagi bercuti, jadi tugas kerja saya masih belum ditetapkan.

Melihatkan makmal-makmal yang ada di Fakulti Farmasi, menggusarkan saya, "boleh ke aku handle mesin-mesin canggih macam ni..?".

Walaupun gembira mendapat tawaran bekerja di sini, tapi cabaran yang datang dengannya sungguh menuntut kepada kesabaran yang tinggi.

Waktu-waktu begini, rasa rindu pada rakan-rakan di PBM. Hmm, hidup mesti diteruskan.

Ya Allah, bantulah kami, hamba-hambaMu yang lemah. Ameen.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

No comments:

Post a Comment