Sunday, February 7, 2010

Hantaran itu hadiah.

Barang-barang yang akan digubah oleh Mak Ngah.

Masa semakin hampir untuk saya menerima tawaran Pakcik Mustafa (bakal mentua, hehe), dengan melafazkan "aku terima nikahnya". Alhamdulillah, persiapan untuk majlis penting dalam hidup ini berjalan mengikut perancangan. Masa yang berbaki sebelum majlis agak singkat, merunsingkan kepala bila memikirkan itu ini yang perlu disiapkan.

Hujung minggu yang lepas, saya pada mulanya hendak mengupah orang di kedai An Yang di Kampung Jawa tu untuk menggubah hantaran. Sempat juga teserempak dengan Nazri / Bomba di kedai tu. Akan tetapi, dek kerana harga barang tambah upah yang (bagi saya) mahal dan kesudian Mak Ngah untuk menggubah hantaran, kami menukar rancangan, beli barang di Cowboy, gubah hantaran sendiri.

Barang-barang di Cowboy memang murah berbanding kedai-kedai lain, untuk barang-barang tertentu. Yang penting kena pandai pilih. Mujur Mak dan Mak Ngah ada sekali untuk bertindak sebagai penasihat untuk membeli barang yang perlu untuk gubahan.

Ambil bakul rotan, kain balut, render, bunga, riben, polisterin, daun sireh (plastik) dan sebagainya. Jumlahnya, RM 255.15. Fuhh, banyak betul jumlah yang kena bayar. Tapi takpe, bak kata orang, ini lah sekali seumur hidup.

Mak dan Mak Ngah yang bertindak sebagai penasihat, saya bertindak sebagai pembayar. Haha.

Penat betul saya masa nak pusing-pusing dalam Cowboy tu, tapi saya tengok Mak dan Mak Ngah masih "steady" lagi jalan-jalan, pilih-pilih bunga lah, riben lah, itu ini. Haha.. minat orang laki dan orang perempuan ni memang berbeza.

Terima kasih yang tak terhingga pada Mak dan Mak Ngah yang banyak membantu menjayakan majlis pernikahan saya nanti.

Hantaran itu hadiah.
Bercerita tentang hantaran ini, saya teringat akan video ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam menjawab persoalan "Mestikah bilangan hantaran itu dalam bilangan ganji, 5, 7, 9 dan sebagainya". Boleh tengok video ceramah itu di Youtube.

Yang menarik perhatian saya, dan masih terngiang dalam minda ialah kata-kata yang patut diungkapkan suami mengenai hantaran ini. Seperti yang diceramahkan oleh Ustaz Azhar Idrus. "Sayang, ini hantaran sebagai hadiah kepada sayang, tanda gembiranya Abang dapat bernikah dengan Sayang." Kan cantik begitu.

Kesimpulannya, hantaran itu adalah hadiah menandakan kegembiraan si pengantin. Soal hantaran dalam bilangan ganjil, itu adalah kebiasaan dalam budaya kita, tak menjadi kesalahan, cuma jangan disalah tafsir.

Rakan-rakan pembaca yang hampir menginjak usia untuk bernikah, bersedialah dari sekarang. Bersedia dari segi, mental, fizikal, rohani, dan emosi.

Moga kita semua kekal dalam rahmatNYA. Ameen.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

No comments:

Post a Comment