Monday, February 8, 2010

Kenapa naik kereta rasa seronok?

Paling penting pada sebuah kereta.

Seorang rakan saya di UKM dahulu pernah bertanya, "nape naik kete rase best?". Masing-masing pun jawablah "sebab ada air-cond", "sebab laju", "sebab kusyen lembut", "sebab kete mahal" dan banyak lagi jawapan yang salah.

Apa jawapan yang betulnya? Dengan tersengih, kawan saya jawab "sebab tayar kete bulat, cuba bayang tayar kete 4 segi atau 3 segi, best tak naik kete?" Hahaha... Bengong punya kawan. Tapi, bila difikir-fikirkan, memang tayarlah faktor terpenting dalam sebuah kereta, baik kereta lembu, keretapi, kereta mainan, kereta sorong hinggalah ke kereta pacuan 4 roda.

Baru-baru ini, saya telah menukar keempat-empat tayar kereta MyVi saya. Aduh.. Duit lagi, tapi takpe, ini untuk keselamatan perjalanan ke Gua Musang hujung bulan ini. Mulanya, saya rancang nak tukar tayar bahagian hadapan jer, 2 biji, tapi oleh kerana tayar belah belakang kiri pemandu dah kurang angin, saya terpaksa tukar keempat-empat biji tayar.

Satu tayar berharga RM115, "ini tayar aaa, satu RM180 wor, kalo abang amek empat biji, wa boleh kasi kurang, 4 biji RM460" kata mekanik di kedai tayar itu sambil menekan-nekan butang kalkulator. "Hmm, oklah, tukar empat-empat tayar la, da memang kene tukar, nak wat camne lagi."

Setelah dua tahun saya pakai kereta ini, ini kali pertama saya tukar tayar baru. Tengok tayar yang satu ni, dah nampak benang dah. Bahaya untuk perjalanan, takut-takut meletup/pecah tengah jalan, boleh membawa padah.

Bahaya sungguh, patutlah asyik kurang angin jer tayar nih. Setelah 60,000 km.

Jumlah kesemua servis tukar 4 biji tayar itu ialah RM640. Terdiri daripada :
Tayar 4 biji - RM460
Ketuk betulkan rim bengkok - RM80 untuk 3rim yang bengkok
Balancing - RM20
Alignment - RM20
Chamber nat 2 biji - RM 60

Chamber nat itu ialah nat yang warna kuning yang mekanik dalam video ni tengah pasang.


Kereta, tanggungan atau aset?
Bagi rakan pembaca yang baru berkira-kira untuk membeli kereta, fikir-fikirkanlah soal penyelenggaraan "maintenance" kereta dalam mengatur perbelanjaan anda. Ramai orang (termasuklah saya) yang hanya mengira bayaran ansuran bulanan dalam perancangan perbelanjaan "budget" bulanan mereka. Kita selalu terlepas pandang soal penyelenggaran ini.

Saya berpendapat, kereta merupakan suatu tanggungan kerana duit saya banyak digunakan untuk kereta.

Saya juga berpendapat, kereta boleh menjadi suatu aset, sekiranya kereta tersebut membolehkan kita menjana pendapatan.

Sudut tahukah anda? (Sedikit tips penjagaan tayar kereta)
  1. Isipadu angin yang sesuai untuk tayar kereta ialah 220kPa/32psi
  2. Dicadangkan supaya melakukan selenggara "balancing & alignment" setiap 10,000km.
  3. Sebolehnya, elakkan dari melanggar lubang yang terdapat di jalan raya, kerana ini boleh menyebabkan rim kereta bengkok, seterusnya menyebabkan bunga tayar haus tidak sekata.
Tips ini saya dapat dari Ah Heng (mekanik kedai tayar tersebut).
Ah Heng si mekanik sedang menukar tayar baru.
Perkongsian yang sedikit ini, harap dapat membawa impak besar kepada semua pemilik kenderaan.

Terima kasih kerana sudi membaca hingga akhir.

Sila tinggalkan saranan/pandangan anda di ruang Disqus di bawah.

What We Do In Life Echoes In Eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

No comments:

Post a Comment