Wednesday, February 24, 2010

Rezeki mesti dicari

Pada mulanya, saya berfikir, terlalu jauh saya berulang dari KL ke Melaka dalam usaha mencari rezeki dan pada masa yang sama, menyempurnakan pengajian MBA di UTeM Melaka. Hati kecil berkata "ah, pasti ada orang yang menempuh cabaran yang jauh lebih getir dari ini".

Walau jauh beribu batu.

Tekaan saya betul, bila saya layari internet, terjumpa dengan artikel tentang Michael Hanley yang terpaksa pergi dan balik sejauh hampir 1000 batu (1600km) dalam seminggu kerja. Michael Hanley terpaksa berulang-alik antara Kansas dan Wisconsin apabila kilang General Motors di Kansas ditutup setelah 23 tahun dia bekerja di situ. Dengan Google Maps, kita boleh lihat, jauhnya Kansas ke Wisconsin.

Hampir 14 jam memandu, sekali setiap minggu. Anda sanggup? Demi mencari rezeki.

Kalau nak dibanding dengan saya yang pergi dan balik antara Kuala Lumpur dan Melaka, alahai.. beberapa kali ganda tu.

Perbandingan dengan Michael Hanley, menjadikan ulang-alik saya dari KL ke Melaka 3 kali seminggu nampak hampir kurang mencabar.

Cabaran di perjalanan.

Semestinya, ada cabaran dalam apa jua usaha kita. Cabaran saya dalam usaha meneruskan dan seterusnya menghabiskan MBA di UTeM ialah, menempuh lebuhraya. Cuaca kadang-kadang tidak menyebelahi penunggang motor seperti saya. Apabila mula rasa angin semakin bertiup dengan suhu yang sejuk, kemudian diikuti rintik-rintik hujan, maka penunggang terpaksa menukar kostum.

Penunggang berhenti untuk menukar kostum.

Satu lagi cabaran yang paling biasa di jalanraya ialah, kesesakan lalu lintas, yang menyesakkan pemikiran, lalu meresahkan jiwa, membawa kepada menipis kesabaran di dada. Urut-urutlah dada banyak-banyak dengan Selawat Nabi tanpa henti.

Jalan sesak memang biasa sangat kena harung.

Walau apa pun, rezeki yang halal tidak datang bergolek, rezeki yang halal mesti dicari. Bagi saya, cabaran ini mungkin terlalu berat, tetapi, saya juga yakin, di luar sana, pasti ada orang dengan cabaran yang lebih berat.

Allah tidak membebankan hambaNya dengan apa yang tidak mampu dia tanggung. Bumi Allah itu luas, carilah rezeki yang halal.

Setakat ini dahulu saya coretkan untuk berkongsi pengalaman. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga akhir. Tinggalkan komen anda sebagai maklumbalas.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka

p/s : Beginilah rupa penunggang dalam hujan.

Saturday, February 20, 2010

Permulaan yang mendebarkan

Bersama dengan pasukan Dr. Fuad memeriksa makmal sebelum pemeriksaan GMP.

Alhamdulillah, puji-pujian itu adalah bagi Allah, memulakan tulisan dalam merakamkan perjalanan hidup saya. Hari ini masuk hari ke-3 saya bertugas sebagai Pegawai Sains di Fakulti Farmasi, UKM. Perasaan dalam hati berdebar sewaktu mendaftarkan diri di Pejabat Pendaftar di UKM Bangi. Kemudian terus ke UKM Kampus KL untuk melapor diri dan menandatangani surat akujanji di hadapan Dekan Fakulti Farmasi.

Perasaan berdebar mula surut apabila diperkenalkan kepada beberapa staf yang ramah dan mesra. Setakat ke hari ini, antara staf Fakulti Farmasi yang telah saya bertegur sapa ialah :
  • Dekan, Prof. Dr. Ibrahim Jantan
  • Timbalan Dekan, Prof. Madya Dr. Cairul
  • Tn. Hj. Baharom
  • En. Ahmad Hasnan
  • Dr. Aniff
  • Azreen
  • Dr. Mohamad.
  • Kak Azura
  • Dr. Syariza
  • Dr. Fuad
Dr. Aniff (kiri) belanja makan. Baru tiga hari saya mula kerja, dah dapat makan free. :D

Oleh kerana Pegawai Sains yang senior (Kak Hazni) masih lagi bercuti, jadi tugas kerja saya masih belum ditetapkan.

Melihatkan makmal-makmal yang ada di Fakulti Farmasi, menggusarkan saya, "boleh ke aku handle mesin-mesin canggih macam ni..?".

Walaupun gembira mendapat tawaran bekerja di sini, tapi cabaran yang datang dengannya sungguh menuntut kepada kesabaran yang tinggi.

Waktu-waktu begini, rasa rindu pada rakan-rakan di PBM. Hmm, hidup mesti diteruskan.

Ya Allah, bantulah kami, hamba-hambaMu yang lemah. Ameen.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Wednesday, February 17, 2010

Kuasa minda

 Text copyrighted 1977, 1984 by Tony Buzan

Antara otak anda, dan otak saya, apakah ada perbezaan fizikal yang ketara? Perbezaan dari segi fizikal seperti berat jisim, dan saiz? Jika ada perbezaan pun, saya lebih suka dengan pandangan 'Allah jadikan manusia dengan kepandaian yang berbeza-beza'. Saya dan anda ada kelebihan masing-masing, dan ada kelemahan masing-masing.

Jadi, kita semua boleh bersetuju yang kita semua ada potensi diri yang sangat hebat, tapi tahukah kita secara mendalam potensi diri kita yang hebat itu?

Buku karangan Tony Buzan ini menyingkap rahsia kehebatan otak manusia.

Sudut tahukah anda? (Saya pun baru jer tahu)
Faktor yang boleh membantu kita mengingat :
  1. Primacy - Kita mudah ingat perkara yang lain dari yang lain.
  2. Recency - Kita akan mudah ingat perkara yang baru sahaja kita lakukan.
  3. Linking - Kita akan mudah ingat perkara yang ada hubungkait dengan perkara lain.
  4. Outstandingness - Kita akan mudah ingat perkara yang terhebat diantara banyak perkara.
  5. Review - Kita akan mudah ingat perkara yang kita ada buat ulangkaji.
Orang biasa boleh membaca selaju 100 ke 300 perkataan seminit dengan markah kefahaman 40% - 70%. Pembaca yang terlatih boleh mencapai kelajuan bacaan atas 600 perkataan seminit dengan kefahaman hampir menyeluruh. Entri ini ada lebih kurang 220 perkataan, kita boleh berlatih untuk menghabiskan bacaan kurang dari 45 saat. Wahh! Macam susah je nak capai. Takpelah. : D

Fakta-fakta yang yang dibentangkan oleh Tony Buzan dalam buku ini amat menarik sekali. Saya sangat-sangat menggalakkan untuk golongan pelajar dan juga golongan profesional membaca buku ini.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
50300 Kuala Lumpur

Kenangan Sultan Muhammad

 Terima kasih kepada Napi, Azri dan Adam yang 'open table'.

Sudah 9 tahun saya meninggalkan sekolah yang banyak mengajar saya berdikari, belajar cara berkawan, memahami dan minta difahami. Alhamdulillah, ikatan persaudaraan yang dibina di Sultan Muhammad masih wujud, dan perlu disiram selalu dengan aktiviti-aktiviti seperti ini.

Pasukan futsal bekas-bekas pelajar Sultan Muhammad 2001

Kali terakhir saya bersama rakan-rakan menendang bola dan merembat kaki kawan-kawan ialah pada 2001, tingkatan 5 waktu itu. Kali ini, perbezaan yang amat ketara setelah bertahun tidak berjumpa ialah saiz badan semua dah bertambah, hehe, kecuali ada beberapa orang.

Cha' Wan selaku perancang utama, Asyik dan Bonzer watak tambahan. Haha.

Botak, Apai dan Fakhrul (Sultan sampai tingkatan 3).

Kesempatan bertemu dengan rakan-rakan ini, saya ambil untuk menyebarkan kad jemputan ke majlis perkahwinan saya yang semakin hampir. :)

Azri, Emirul dan Rahmat.

Napi, Bajak dan Mantoi.

Terima kasih yang paling, Napi, Adam dan Azri telah menjamu (open table) kami dengan ikan bakar di Cristal Bay, Alai. Bedul pun ada sekali. Yang pasti, celoteh Bedul yang seperti seorang peserta Raja Lawak membuatkan masa berlalu terlalu pantas. Antara ramai kawan-kawan yang turut serta di majlis makan-makan itu, Wak Kang (nama samaran) sahaja yang sudah bergelar bapa. Yang lain, semua masih bujang lagi (termasukla saya, heee).

Semoga persahabatan ini kekal hingga akhir hayat.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
50300 Kuala Lumpur

Wednesday, February 10, 2010

Pergi

Dengan berat hati, saya meninggalkan rakan-rakan yang terhebat di Biotek Melaka. Huhu. : (


Selamat tinggal kawan-kawan. Jumpa lagi di masa hadapan.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Monday, February 8, 2010

Kenapa naik kereta rasa seronok?

Paling penting pada sebuah kereta.

Seorang rakan saya di UKM dahulu pernah bertanya, "nape naik kete rase best?". Masing-masing pun jawablah "sebab ada air-cond", "sebab laju", "sebab kusyen lembut", "sebab kete mahal" dan banyak lagi jawapan yang salah.

Apa jawapan yang betulnya? Dengan tersengih, kawan saya jawab "sebab tayar kete bulat, cuba bayang tayar kete 4 segi atau 3 segi, best tak naik kete?" Hahaha... Bengong punya kawan. Tapi, bila difikir-fikirkan, memang tayarlah faktor terpenting dalam sebuah kereta, baik kereta lembu, keretapi, kereta mainan, kereta sorong hinggalah ke kereta pacuan 4 roda.

Baru-baru ini, saya telah menukar keempat-empat tayar kereta MyVi saya. Aduh.. Duit lagi, tapi takpe, ini untuk keselamatan perjalanan ke Gua Musang hujung bulan ini. Mulanya, saya rancang nak tukar tayar bahagian hadapan jer, 2 biji, tapi oleh kerana tayar belah belakang kiri pemandu dah kurang angin, saya terpaksa tukar keempat-empat biji tayar.

Satu tayar berharga RM115, "ini tayar aaa, satu RM180 wor, kalo abang amek empat biji, wa boleh kasi kurang, 4 biji RM460" kata mekanik di kedai tayar itu sambil menekan-nekan butang kalkulator. "Hmm, oklah, tukar empat-empat tayar la, da memang kene tukar, nak wat camne lagi."

Setelah dua tahun saya pakai kereta ini, ini kali pertama saya tukar tayar baru. Tengok tayar yang satu ni, dah nampak benang dah. Bahaya untuk perjalanan, takut-takut meletup/pecah tengah jalan, boleh membawa padah.

Bahaya sungguh, patutlah asyik kurang angin jer tayar nih. Setelah 60,000 km.

Jumlah kesemua servis tukar 4 biji tayar itu ialah RM640. Terdiri daripada :
Tayar 4 biji - RM460
Ketuk betulkan rim bengkok - RM80 untuk 3rim yang bengkok
Balancing - RM20
Alignment - RM20
Chamber nat 2 biji - RM 60

Chamber nat itu ialah nat yang warna kuning yang mekanik dalam video ni tengah pasang.


Kereta, tanggungan atau aset?
Bagi rakan pembaca yang baru berkira-kira untuk membeli kereta, fikir-fikirkanlah soal penyelenggaraan "maintenance" kereta dalam mengatur perbelanjaan anda. Ramai orang (termasuklah saya) yang hanya mengira bayaran ansuran bulanan dalam perancangan perbelanjaan "budget" bulanan mereka. Kita selalu terlepas pandang soal penyelenggaran ini.

Saya berpendapat, kereta merupakan suatu tanggungan kerana duit saya banyak digunakan untuk kereta.

Saya juga berpendapat, kereta boleh menjadi suatu aset, sekiranya kereta tersebut membolehkan kita menjana pendapatan.

Sudut tahukah anda? (Sedikit tips penjagaan tayar kereta)
  1. Isipadu angin yang sesuai untuk tayar kereta ialah 220kPa/32psi
  2. Dicadangkan supaya melakukan selenggara "balancing & alignment" setiap 10,000km.
  3. Sebolehnya, elakkan dari melanggar lubang yang terdapat di jalan raya, kerana ini boleh menyebabkan rim kereta bengkok, seterusnya menyebabkan bunga tayar haus tidak sekata.
Tips ini saya dapat dari Ah Heng (mekanik kedai tayar tersebut).
Ah Heng si mekanik sedang menukar tayar baru.
Perkongsian yang sedikit ini, harap dapat membawa impak besar kepada semua pemilik kenderaan.

Terima kasih kerana sudi membaca hingga akhir.

Sila tinggalkan saranan/pandangan anda di ruang Disqus di bawah.

What We Do In Life Echoes In Eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Sunday, February 7, 2010

Hantaran itu hadiah.

Barang-barang yang akan digubah oleh Mak Ngah.

Masa semakin hampir untuk saya menerima tawaran Pakcik Mustafa (bakal mentua, hehe), dengan melafazkan "aku terima nikahnya". Alhamdulillah, persiapan untuk majlis penting dalam hidup ini berjalan mengikut perancangan. Masa yang berbaki sebelum majlis agak singkat, merunsingkan kepala bila memikirkan itu ini yang perlu disiapkan.

Hujung minggu yang lepas, saya pada mulanya hendak mengupah orang di kedai An Yang di Kampung Jawa tu untuk menggubah hantaran. Sempat juga teserempak dengan Nazri / Bomba di kedai tu. Akan tetapi, dek kerana harga barang tambah upah yang (bagi saya) mahal dan kesudian Mak Ngah untuk menggubah hantaran, kami menukar rancangan, beli barang di Cowboy, gubah hantaran sendiri.

Barang-barang di Cowboy memang murah berbanding kedai-kedai lain, untuk barang-barang tertentu. Yang penting kena pandai pilih. Mujur Mak dan Mak Ngah ada sekali untuk bertindak sebagai penasihat untuk membeli barang yang perlu untuk gubahan.

Ambil bakul rotan, kain balut, render, bunga, riben, polisterin, daun sireh (plastik) dan sebagainya. Jumlahnya, RM 255.15. Fuhh, banyak betul jumlah yang kena bayar. Tapi takpe, bak kata orang, ini lah sekali seumur hidup.

Mak dan Mak Ngah yang bertindak sebagai penasihat, saya bertindak sebagai pembayar. Haha.

Penat betul saya masa nak pusing-pusing dalam Cowboy tu, tapi saya tengok Mak dan Mak Ngah masih "steady" lagi jalan-jalan, pilih-pilih bunga lah, riben lah, itu ini. Haha.. minat orang laki dan orang perempuan ni memang berbeza.

Terima kasih yang tak terhingga pada Mak dan Mak Ngah yang banyak membantu menjayakan majlis pernikahan saya nanti.

Hantaran itu hadiah.
Bercerita tentang hantaran ini, saya teringat akan video ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam menjawab persoalan "Mestikah bilangan hantaran itu dalam bilangan ganji, 5, 7, 9 dan sebagainya". Boleh tengok video ceramah itu di Youtube.

Yang menarik perhatian saya, dan masih terngiang dalam minda ialah kata-kata yang patut diungkapkan suami mengenai hantaran ini. Seperti yang diceramahkan oleh Ustaz Azhar Idrus. "Sayang, ini hantaran sebagai hadiah kepada sayang, tanda gembiranya Abang dapat bernikah dengan Sayang." Kan cantik begitu.

Kesimpulannya, hantaran itu adalah hadiah menandakan kegembiraan si pengantin. Soal hantaran dalam bilangan ganjil, itu adalah kebiasaan dalam budaya kita, tak menjadi kesalahan, cuma jangan disalah tafsir.

Rakan-rakan pembaca yang hampir menginjak usia untuk bernikah, bersedialah dari sekarang. Bersedia dari segi, mental, fizikal, rohani, dan emosi.

Moga kita semua kekal dalam rahmatNYA. Ameen.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Promoting Safety and Health (Chapter 12)

Overview of what we discuss in Chapter 12.
 
Last week in 'Managing Human Side of Technology', we discussed several important questions regarding Safety and Health of employee at workplace. One of the critical question is, do the employer really care about the employee Safety and Health if it involves a big amount of spending?
 
In my own opinion, the employers care about their employees' safety and health at workplace, however another question come up for us to ponder upon, how many % of the employee at the workplace know their right? The rules and regulation are there, but the employee doesn't really know about it.

In most cases, at a dangerous workplace e.g; laboratory, employer already provide the safety equipment to employee, and the guidelines to follow. It becomes a big problem, when the employee take things for granted in this safety and health at workplace. Employees don't really take it seriously about their safety.

From the health perspective, stress at workplace is a big issue in many organization. Several tips to reduce stress in organization :
  1. Build rewarding relationships with coworkers.
  2. Talk openly with managers or employees about job or personal concerns.
  3. Prepare for the future by keeping abreast of likely changes in job demands.
  4. Do not greatly exceed your skills and abilities.
  5. Set realistic deadlines; negotiate reasonable deadlines with managers.
  6. Act now on problems or concerns of importance.
  7. Designate dedicated work periods during which time interruptions are avoided.
  8. When feeling stressed, find time for detachment or relaxation.
  9. Do not let trivial items take on importance; handle them quickly or assign them to others
  10. Take short breaks from your work area as a change of pace.
So, what we can learn from this short  discussion? If we are the employer, it is our responsibility to make sure we provide all the necessary thing to avoid any mishap in the workplace, employee is the most valuable asset. If we are the employee, we must take proactive measure to equip ourselves, so that we know our rights and exercise the correct action when it comes to ensure safety and health at workplace.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Wednesday, February 3, 2010

Integrate IT into business (Chapter9)

Transaction Processing, Functional Applications, and Integration.

 
The Business Performance Management Cycle and IT Model.

This is the 9th chapter in the textbook "Information Technology for Management: Transforming Organizations in the Digital Economy". I think I understand what this chapter is addressing, but sometimes, I have the feeling that I'm not fully understand the whole chapter. Let me try to present what I understand, then, from this sharing, we can tell whether I truly understand or not.

Some of the functional process in an organization are: accounting, finance, general management, human resources, production and maintenance. Functional Information System will supports these functional area in the organization.

Transaction Processing System (TPS) is one of the Functional Information System. TPS will helps in monitor, collect, store, process and disseminates information for all routine core business transactions. From this TPS, the organization can develop the strategy in term of what kind of product to be arranged on the shelf, what products that can be put in the same department, what kind of product that the organization need to offer in mass quantity at a certain time.

To summarize the chapter:
  1. Information systems applications can support many functional activities. Considerable software is readily available on the market for much of this support (for lease or to buy)
  2. The major business functional areas are production/operations management, marketing, accounting/finance, and human resources management.
  3. The major area of IT support to production/operation management is in logistics and inventory management: Just-In-Time (JIT), mass customization, and Computer-integrated manufacturing (CIM).
  4. Integrating applications is difficult; it can be done in different ways, such as buying off-the-shelf applications from one vendor or using special connecting software known as middleware. A promising new approach is that of Web Services.
I hope that we can get as much as useful information and knowledge from this little sharing.

If you have anything to add or to comment please do so in the Disqus form below.

Thanks for reading this article.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Tuesday, February 2, 2010

Makanan eksotik

Boleh makan ke binatang ni? Boleh..

Saya tinggal dan membesar di Kampung Lereh, Tanjung Kling, sebuah perkampungan yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai. Ramai budak-budak kampung yang rajin mencari belangkas di pantai di waktu air pasang. Ahad yang lepas, ada seorang budak kampung datang ke rumah menjual belangkas.

Banyak belangkas yang budak tu dapat cari. "Bape ringgit sekor ko jual?" tanya saya. "Biasa jual 3 ringgit, ni jual 2 ringgit sekor je lah". "Aaa, bagi 5 ekor lah".

Masuk ke bab bagaimana nak menyiang / membersihkan belangkas ini. Untuk itu, saya mempersembahkan, rakaman video amatur seorang tukang masak (adik saya) menyiang belangkas. Sebelum itu, kita kena matikan belangkas-belangkas ini dahulu, caranya, dengan merebus.

Rebus belangkas ni sampai dia tak bergerak lagi.

Selesai merebus, barulah kita boleh siang / bersihkan belangkas-belangkas ini.

Maaf, kualiti video kurang memuaskan.

Akhirnya, terhasillah masakan eksotik 'Belangkas Masak Lemak Cili Padi'. Fuuhhh.. Memang sedap, tapi tak boleh makan banyak-banyak sangat telur belangkas ni, orang yang tak biasa makan (ataupun kurang imun sistem) boleh mabuk / pening-pening sikit.

Nampak menyelerakan. Lapar? Hehe.

Sudut Tahukah Anda?
  • Hanya belangkas betina sahaja yang ditangkap untuk dimasak, yang jantan dilepaskan ke pantai.
  • Ini kerana belangkas betina mempunyai banyak isi dan ada telur. (Belangkas jantan kurang isi dan tiada telur).
  • Apabila belangkas melekap (ibarat simpulan bahasa untuk pasangan berkepit 24jam), belangkas jantan melekap dibelakang belangkas betina.
  • Belangkas betina lebih besar dari belangkas jantan.
  • Belangkas dalam Bahasa Inggeris dipanggil "horseshoe crab"
 
Ibarat simpulan bahasa "macam belangkas".

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih sudi membaca dan memberi pandangan / komen.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Online Banking; Jangan kena tipu.

Email 'phishing' ni nampak 'real' jer.

Saya rasa terpanggil sangat untuk berkongsikan maklumat ini. Dahulunya, saya fikir, saya tak akan terkena dengan email-email 'phishing' ni, sekali dah dapat, rasa macam, "Ya Allah, pasti ada orang yang naif kat luar sana yang akan kena tipu kalau ikut jer apa yang email 'phishing' ni suruh buat.

Rakan-rakan pembaca yang ada menggunakan Online Banking, samada Maybank2u, CimbClicks dan sebagainya, saya berharap sangat, anda tidak terpedaya dengan email 'phishing' ini. Jika anda tahu cara-cara mengelakkan diri dari tertipu dengan email 'phishing' ini, sebarkan kepada rakan-rakan yang lain. Tak sanggup mendengar berita ada orang ditipu (duitnya dicuri secara online) melalui Online Banking ini.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Ada banyak cara untuk mengelakkan dari ditipu di Online Banking ini, tapi yang saya ingin tekankan ialah taip alamat Online Banking yang hendak anda lawati di 'address bar'. JANGAN! sesekali klik pada pautan yang terdapat dalam email, mahupun yang terdapat di mana-mana artikel dalam blog. 

Contohnya, JANGAN klik pada link ini, walaupun saya meletakkan 'hyperlink' ke www.maybank2u.com, kerana masih ada unsur-unsur tidak selamat. Cara yang PALING SELAMAT ialah, taip sendiri alamat laman web www.maybank2u.com itu di 'address bar'.

Moga perkongsian informasi yang sedikit ini, boleh mencegah banyak kes kecurian di Online Banking.

What We Do In Life Echoes In Eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.

Monday, February 1, 2010

Evaluating the effectiveness of Maintenance Strategy

Overview of what we want to discuss with you.

It's been a long time since my last entry in English. This is like an exercise for me to polish my English. If you have any suggestion or advice or comment, please do so, I would be very pleased with your feedback.

I want to share with you the group discussion in my MBA class at UTeM. The slides were prepared for the Strategic Technology Management class last night.
Sorry if the downloading time takes a few minutes. 

It's well known that every manufacturing company must have a Maintenance Strategy to ensure that they survive in business. So, why the heck these researchers researched on things that is already well-known? Well, our group understand that this paper is not investigate about Maintenance Strategy itself, but more on the evaluating part. How do we measure the effectiveness of a Maintenance Strategy.

The evaluation was developed based on Hayes and Wheelwright's 4-stages framework (1984).
In our own word:
Stage 1- Company outsources more of its maintenance work, they rely heavily on the supplier.
Stage 2- Company compare the maintenance that they should do with their competitors.
Stage 3- Company integrate the maintenance work in their overall strategy.
Stage 4- Maintenance considerations are incorparated in major investment decision, also as a potential source of a competitive advantage.

Why is this evaluation of Maintenance Strategy important? We have a general assumption that Maintenance Strategy is only to do corrective / preventive action in repairing machine / production line breakdown. However, the potential of Maintenance Strategy is huge, maintenance is not only to ensure the company survival, but also to enhance greatly the company's competitive advantage.

I hope that we can benefit from this simple entry. I am still in learning process.

If you want to have a softcopy of the journal that our group have discussed, you can download it here.

Thanks for reading.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
75450 Melaka.