Wednesday, July 21, 2010

Honda EX5 Ku Tak Boleh Hidup

Motorsikal dibedah untuk dibaiki.

Cerita tentang motorsikal saya yang bermasalah lagi. "Hehe.. saya ni tak reti jaga motor, dah sampai masa service, saya tak antar service." Maka bermulalah masalah yang lebih besar. Pagi, waktu saya hendak bertolak ke tempat kerja, tiba-tiba motorsikal saya tak boleh dihidupkan.

Masuk kerja lambatlah jawabnya. Lepas waktu kerja, saya bergegas balik rumah dengan kereta. Saya menolak motorsikal ke kedai motor yang terdekat.

Bila dibedah, banyak masalah dalaman enjin motorsikal yang saya baru tahu tahap keseriusannya. Aduh, banyak kena bayar nanti kalau nak baiki semua sekaligus. Oleh kerana bajet tiada, tadi saya cuma baiki alat ganti yang perlu sahaja dahulu.

Tukar palam pencucuh (spark plug), bersihkan kaburator, tukar penapis udara (air filter), tukar minyak hitam, tukar sprocket dan rantai, tukar pad brek tayar belakang, semuanya berjumlah RM 110.00.

Memalukan. Kepala palam pencucuh tersumbat habis dengan minyak. :D

Penyelenggaraan sesebuah mesin itu sangat penting. Jika diabaikan, terimalah padahnya, macam yang saya dah kena.

Kepada pengunjung yang bersimpati dengan masalah bajet untuk penyelenggaraan motorsikal saya, bolehlah mengklik iklan nuffnang di blog ini ya. Hehe.. :)

Amirul Faiz Abd. Razak
43650 Bandar Baru Bangi.

Notakaki : Pergi kerja dengan motor lebih jimat dari memandu kereta, lebih-lebih lagi dengan kenaikan minyak 5sen/liter.

No comments:

Post a Comment