Monday, July 19, 2010

Bersama Rombongan Merisik

Ibu mertua saya bersama dengan gadis pilihan Abang Di.

Hujung minggu yang lepas, ibu dan bapa mertua saya telah pergi merisik gadis pilihan Abang Di (abang ipar saya). Rumah si gadis terletak di Prima Saujana, Jalan Jenaris, Kajang. Saya dan isteri telah turut serta dalam rombongan merisik itu. Alhamdulillah, kedua-dua buah keluarga telah saling kenal dan bersetuju untuk menyatukan Abang Di dan Nurulain.

Dari kacamata saya yang telah berkahwin, ini merupakan cara yang sangat molek bagi pasangan kekasih yang mahu mendirikan rumah tangga. Bagi anda yang sudah berpunya kekasih hati, segerakanlah usaha untuk menyatukan keluarga anda dan keluarga si dia. Bagi ibubapa yang merasakan anak-anak sudah besar panjang, dan sudah ada kekasih hati, berbincanglah dengan mereka. Fahami isi hati mereka, supaya ibubapa tidak membuat keputusan terburu-buru soal jodoh anak-anak. "Hehe.. saya belum taraf ibubapa, sebab takde anak lagi, malu nak nasihat kat ibubapa.."

Kepada pemuda-pemuda, kuatkan usaha dan doa, moga-moga jalan untuk hidup berumah tangga akan dipermudahkanNYA. Dan periksa niat mencari teman hidup kerana apa, jangan mencari teman hidup hanya kerana mahu seronok-seronok. Lebih elok jika niat itu kerana menunaikan salah satu sunnah Nabi.

Kepada pemudi-pemudi, pilihlah pemuda yang benar-benar komited untuk memperisterikan anda, dan boleh menerima anda dan keluarga anda seadanya.

Cincin disarung tanda sudah dirisik.

Moga kita semua hidup dalam aman dan damai.

Negara yang aman tenteram, bermula dari sebuah keluarga yang harmoni.

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا٧٤
Surah Al-Furqan, ayat 74.
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Moga kita semua mendapat teman hidup dan zuriat yang menyejukkan pandangan. Ameen.

Amirul Faiz Abd. Razak
50300 Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment