Thursday, July 22, 2010

Aduh, Pancit Lagi..

Tinggalkan motor, mencari tiub di kedai motor berhampiran.

Puji dan syukur kepada Ilahi. Atas ketentuannya, saya 'dipaksa' belajar tukar tiub motor sendiri pagi ini. :) Tayar belakang motor saya tiba-tiba pancit di lebuhraya berdekatan dengan Carrefour Seri Petaling, Bukit Jalil. Lantas saya ke tepi jalan. Telefon bimbit segera ditekan-tekan mencari nombor Jimmy si mekanik yang pernah membantu saya tempoh hari. Berpuluh kali nada dering berbunyi, tapi tiada jawapan, sudah setengah jam saya menelefon, nampaknya, tiada cara lain lagi, saya mesti cari tiub motor baru.

Pekerja asing sedang menyapu tepi jalan.

Bermulalah perjalanan singkat saya ke kedai motor berhampiran. Malu bertanya sesat jalan, kata bidalan. Mujur tukang sapu ini (pekerja asing) tahu di mana kedai motor berhampiran.

Peta lokasi kejadian pagi tadi.

Tiub yang di beli di kedai berharga RM 7.00. Saya berpatah balik ke motor. "Hmm, dah kena exercise jalan kaki pagi-pagi Jumaat yang ceria ini."

Sampai di motor, terus saya memulakan operasi menukar tiub motor. Pada permulaannya memang agak gusar, kurang yakin, tapi saya paksa diri bertenang, sambil membaca Surah Al-Insyirah, mohon ditenangkan fikiran, mohon dipermudahkan kerja. Saya pun memulakan kerja-kerja menukar tiub motor.

"Tengok, siapa punya kerja laa ni..". Nampak seperti paku yang sengaja ditaburkan. Bukan satu, tapi dua paku yang membocorkan tiub motor saya.


Satu paku panjang, satu pendek. Dua-dua berkilat lagi.

Alhamdulillah, kini semuanya dah beres. Tiub motor dapat ditukar sendiri, dengan murah, cuma memakan masa yang lama, 40 minit untuk tukar tiub motor. "Hehe.. first time ler saya tukar tiub."

Sungguh puji-puji itu selayaknya bagi Allah, yang menciptakan manusia sempurna dengan akal dan mengajar manusia apa yang tidak mereka ketahui.

 (ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥

Surah Al-'Alaq
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5)

Terima kasih kepada anda yang mendoakan agar saya mudah belajar.

Amirul Faiz Abd. Razak
50300 Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment