Saturday, May 22, 2010

Seminar Perkin Elmer.

Rakan sekerja, Mohd. Nizam Rubani. 

17 Mei (Isnin) yang lalu saya dan rakan-rakan telah menghadiri Seminar Perkin Elmer, 'For The Better' di Grand Dorsett Subang Hotel, Formerly Sheraton Subang. Seminar ini adalah untuk memperkatakan mesin-mesin makmal yang dikeluarkan oleh Perkin Elmer. Pihak Perkin Elmer mengadakan seminar ini secara jelajah beberapa negara, selepas ini, mereka akan mengadakan seminar yang serupa di Singapura pula, untuk pelanggan mereka di Republik itu.

Jumpa kawan-kawan lama.

Secara keseluruhan, seminar ini memang sangat bagus untuk mengeratkan lagi hubungan syarikat dengan pelanggan. Apa yang lagi bagus tentang program sebegini ialah, saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama.

Dr. Ahyar Idris. Bekas Pengarah Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) ini telah membuka syarikat sendiri iaitu AirWasteWaterManagement Sdn. Bhd. Beliau mungkin tak berapa ingat dengan pekerja bawahan seperti saya ni, hehe, tapi takpe, yang penting, saya ingat beliau.

Kad Bisnes Dr. Ahyar Idris.

Saravanan. Bekas Pengurus Kualiti Makmal Toksikologi PBM ini telah berkhidmat dengan Taylor's College. Seorang profesional yang sangat disegani. Tak sangka berjumpa dengan beliau di seminar ini.

Saravanan tengah fokus ambil cuci mulut.

Nostalgia sungguh bila bertemu bekas rakan sekerja dari tempat yang penuh kontrovesi itu (PBM). :D Masing-masing dah bertemu dengan haluan kerjaya masing-masing yang pastinya lebih baik untuk keadaan mereka.

Sekian buat masa ini dahulu.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
43650 Bandar Baru Bangi

_________________________________________
Kenyang sungguh makan kat seminar tu, makan percuma.. Hehehe.

No comments:

Post a Comment