Friday, May 21, 2010

Coklat buatan rumah (homemade) diiklankan.

Coklat sedap dimakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seribu kemaafan saya pohon kerana kesibukan yang teramat sangat (sebab saya ini lemah dan tak bermotivasi). Maaf ya jika anda datang sebelum ini dan mendapati blog ini tidak dikemaskini hingga berhabuk. Fuuhhhh (tiup nak buang habuk). :) Kali ini, saya nak promo coklat. Coklat yang sedap dipandang, apatah lagi dimakan, lebih seronok jika dapat coklat percuma.

Coklat ini dibuat oleh Saudari Amalina (Rakan seguru saya di MBA@UTeM). Dia dalam langkah menjadi usahawan terkenal coklat. Saya di sini cuba memberi sokongan moral dengan membantu beliau dalam mengiklankan coklat yang beliau jual.

Dari gambar yang dia kirimkan, nampak memang amat sesuai coklat ini di gunakan sebagai hantaran / cenderahati / hadiah / atau dimakan begitu saja. :D

Ada dalam pelbagai bentuk bungkusan.

Maklumat lanjut berkenaan harga, hantaran coklat selepas dipesan, terma dan syarat, dan sebagainya, rakan pembaca bolehlah meninggalkan pesanan di facebook beliau.

Bungkusan elegan untuk yang mereka yang pentingkan tema persembahan.

Semoga saudari Amalina dapat memenuhi tempahan coklat anda semua.

There's nothing better than a good friend, except a good friend with CHOCOLATE
Linda Grayson, "The Pickwick Papers"

What We Do In Life Echoes In Eternity
Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka

No comments:

Post a Comment