Monday, May 31, 2010

Profile Pic di FB, hitam

Macam-macam perasan negatif dalam hati, bila baca berita tentang biadapnya Israel. Biadapnya mereka menyerang aktivis yang langsung tidak bersenjata. Rakan-rakan di FB mengajak menghitamkan profile picture sebagai menunjuk perasaan tidak puas hati. Marilah kita tunjuk sikit perasaan marah kita di FB, biar satu dunia tahu.

Mungkin langkah remeh ini tidak melemahkan Israel, ini sekadar salah satu cara tunjuk perasaan secara aman.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
50300 Kuala Lumpur.

Sunday, May 30, 2010

Mesin diperturunkan emak kepada menantu

 Mesin jahit asas buat isteri saya belajar menjahit.

Lega, lengan masih berasa lenguh mengangkat mesin jahit yang saya rasa lebih 20kg, melawan graviti ke tingkat 5 rumah sewa. Fuhh.. Nafas yang mencungap baru reda, degupan jantung kembali normal. Puji dan syukur, mesin jahit yang emak bagi, kini selamat berada di rumah sewa ini.

Ramai yang bertanya, "isteri dah dapat kerja dah?". Kini dah ada jawapan yang kukuh untuk rakan-rakan yang prihatin. Isteri saya akan mula belajar, sedikit demi sedikit ilmu menjahit. Saya mendoakan isteri berjaya dalam usahanya menambah ilmu menjahit dalam dirinya. 

'Begin with the end in mind' kata Stephen Covey dalam bukunya yang popular 7 Habits of Highly Effective People. Penghujung yang berada dalam minda saya sekarang ini ialah, isteri berupaya menjahit baju raya kami sekeluarga. :)

Berlatih jahit kelim baju kurung.

Saya sedar, perjalanan ke 'penghujung' dalam kembara alam jahitan ini jauh lagi mencabar. Moga Allah bantu kita semua dalam usaha kita menuju kejayaan. Ameen.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
43650 Bandar Baru Bangi

Wednesday, May 26, 2010

Belajar Cara Belajar (2 Dari 6)

 Bacalah, tulislah dengan pena. Kredit gambar.

Sepatutnya saya dah kongsikan langkah seterusnya dalam siri "Belajar Cara Belajar". Terdahulu saya dah kongsikan langkah pertama yang boleh kita amalkan dalam kita mempelajari apa sahaja di sekeliling kita, belajar bahasa, belajar di sekolah, belajar memasak, belajar membaiki motorsikal bahkan belajar membaiki tombol pintu rumah.

Langkah kedua ialah;

2 - Keep learning journal.

Keep learning journal is like writing a diary, but for our learning purpose, we use the journal as a record of our progress in our learning process. For example, I want to learn about building up a dynamic website, I could write down my progress in a book, what I had learned from day to day. From the journal, I can see how I progress along in the learning process. I believe that we will feel motivated when we see how far we have gotten ourselves in acquiring new knowledge.

This blog for instance, when I first started blogging, I only use a very simple layout with minimal gadget. As time pass by, I learn little by little till I reach where I am now, but the process of learning is far from the end. Aha, this blog also can be seen as a learning journal. The main thing is, write down, document what you have gone through in the process of becoming the master of certain knowledge. Good Luck.

Nampak macam mudah, tapi kadang-kadang yang mudah ini yang selalu kita terlepas pandang. Jom, kita sama-sama belajar sesuatu dari kehidupan di dunia ini. Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal di blog beliau; Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan tapi menyuluh jalan kembara insan mencari TUHAN.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
43650 Bandar Baru Bangi.
_______________________________
Tip-tip di atas diambil dari sebuah artikel tulisan Helena Lee dan saya ubah berdasarkan perspektif saya. Artikel tersebut ditampalkan di sebuah papan kenyataan di Kampus UKM, KL.

Saturday, May 22, 2010

Seminar Perkin Elmer.

Rakan sekerja, Mohd. Nizam Rubani. 

17 Mei (Isnin) yang lalu saya dan rakan-rakan telah menghadiri Seminar Perkin Elmer, 'For The Better' di Grand Dorsett Subang Hotel, Formerly Sheraton Subang. Seminar ini adalah untuk memperkatakan mesin-mesin makmal yang dikeluarkan oleh Perkin Elmer. Pihak Perkin Elmer mengadakan seminar ini secara jelajah beberapa negara, selepas ini, mereka akan mengadakan seminar yang serupa di Singapura pula, untuk pelanggan mereka di Republik itu.

Jumpa kawan-kawan lama.

Secara keseluruhan, seminar ini memang sangat bagus untuk mengeratkan lagi hubungan syarikat dengan pelanggan. Apa yang lagi bagus tentang program sebegini ialah, saya dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama.

Dr. Ahyar Idris. Bekas Pengarah Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) ini telah membuka syarikat sendiri iaitu AirWasteWaterManagement Sdn. Bhd. Beliau mungkin tak berapa ingat dengan pekerja bawahan seperti saya ni, hehe, tapi takpe, yang penting, saya ingat beliau.

Kad Bisnes Dr. Ahyar Idris.

Saravanan. Bekas Pengurus Kualiti Makmal Toksikologi PBM ini telah berkhidmat dengan Taylor's College. Seorang profesional yang sangat disegani. Tak sangka berjumpa dengan beliau di seminar ini.

Saravanan tengah fokus ambil cuci mulut.

Nostalgia sungguh bila bertemu bekas rakan sekerja dari tempat yang penuh kontrovesi itu (PBM). :D Masing-masing dah bertemu dengan haluan kerjaya masing-masing yang pastinya lebih baik untuk keadaan mereka.

Sekian buat masa ini dahulu.

What We Do In Life Echoes In Eternity

Amirul Faiz Abd. Razak
43650 Bandar Baru Bangi

_________________________________________
Kenyang sungguh makan kat seminar tu, makan percuma.. Hehehe.

Friday, May 21, 2010

Coklat buatan rumah (homemade) diiklankan.

Coklat sedap dimakan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seribu kemaafan saya pohon kerana kesibukan yang teramat sangat (sebab saya ini lemah dan tak bermotivasi). Maaf ya jika anda datang sebelum ini dan mendapati blog ini tidak dikemaskini hingga berhabuk. Fuuhhhh (tiup nak buang habuk). :) Kali ini, saya nak promo coklat. Coklat yang sedap dipandang, apatah lagi dimakan, lebih seronok jika dapat coklat percuma.

Coklat ini dibuat oleh Saudari Amalina (Rakan seguru saya di MBA@UTeM). Dia dalam langkah menjadi usahawan terkenal coklat. Saya di sini cuba memberi sokongan moral dengan membantu beliau dalam mengiklankan coklat yang beliau jual.

Dari gambar yang dia kirimkan, nampak memang amat sesuai coklat ini di gunakan sebagai hantaran / cenderahati / hadiah / atau dimakan begitu saja. :D

Ada dalam pelbagai bentuk bungkusan.

Maklumat lanjut berkenaan harga, hantaran coklat selepas dipesan, terma dan syarat, dan sebagainya, rakan pembaca bolehlah meninggalkan pesanan di facebook beliau.

Bungkusan elegan untuk yang mereka yang pentingkan tema persembahan.

Semoga saudari Amalina dapat memenuhi tempahan coklat anda semua.

There's nothing better than a good friend, except a good friend with CHOCOLATE
Linda Grayson, "The Pickwick Papers"

What We Do In Life Echoes In Eternity
Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka

Wednesday, May 19, 2010

Promosi Program M.Sc. Pharmaceutical Analysis di UKM


Ini adalah "Sticky Post". Promosi Selama Sebulan. Skrol ke bawah untuk entri TERBARU.
Fakulti Farmasi UKM, KL akan mula menawarkan program Sarjana Sains (Analisis Farmaseutikal) bermula Julai ini. Saya iklankan disini, maklumat penting yang anda mungkin ingin tahu tentang program tersebut. Ijazah yang bakal dianugerahkan kepada pelajar yang berjaya menamatkan program ini ialah:
Ijazah Sarjana Sains (Analisis Farmaseutikal) S.Sn. (Anal. Far.)
Master of Science (Pharmaceutical Analysis) M.Sc. (Pharm. Anal.)
Nak tahu lebih lanjut? Lihat dalam slide presentation yang saya sertakan ini.

M.Sc in Pharmaceutical Analysis
Kepada pembaca yang berminat, atau mempunyai saudara-mara/rakan-rakan yang berminat, bolehlah mengisi borang yang terdapat di sini.

Cari di laman web Pusat Pengurusan Siswazah, UKM.

Mohon jasa baik rakan-rakan pembaca untuk menghebahkan Program M.Sc. ini kepada mereka yang mungkin berminat.

Terima kasih.

Kesan Amalan Kekal Selamanya.
What We Do In Life Echoes In Eternity.

Amirul Faiz Abd. Razak
50300 Kuala Lumpur

Thursday, May 6, 2010

Belajar cara belajar (1 dari 6)

Belajar bukan setakat dalam kelas sahaja.
 
Bila kita renungkan sejenak, hidup kita ini penuh dengan pengajaran. Terpulang pada kita untuk mempelajarinya. Bila kata pasal belajar, kita selalu menggambarkan proses pembelajaran itu hanya berlaku di sekolah, di dalam kelas, di pusat pengajian dan sebagainya. Sedangkan, proses pembelajaran itu berlaku di mana-mana sahaja, di ruang tamu, di dapur, di tepi jalan, di stesen bas dan sebagainya. Yang pasti, proses pembelajaran itu tidak terhad kepada dalam kelas sahaja. Setuju?

Saya fikir, mungkin ramai yang akan bersetuju dengan kenyataan ini. Saya ingin kongsikan sedikit, beberapa langkah yang boleh kita ambil dalam kita mempelajari sesuatu (belajar bahasa ke, belajar memasak ke, belajar bangunkan website ke, belajar berniaga ke, paling tidak pun belajar menjadi hamba Allah yang soleh).

1 - Set learning goal.
Setting learning goals is a proactive step a learner can take to transfer knowledge and skills to real life. We should;
  • Be clear of our learning objective.
  • List specific steps or actions that we will take to practise or improve on the new skills. For instance, we have attended a website building course, we may want to build our own website and ask our friends to give critical feedback about our website. Or, we have learned how to make donut, we should practise or improve our skills on it. (Hehe, I haven't practise yet).
  • Set timelines for practising these new skills. For example, we want to be fully mastered the skill to speak foreign language by the end of this year, so we know the actions that we must take is to frequently use the language, speak in the foreign language.
Di atas adalah langkah pertama yang boleh kita ambil untuk melengkapkan diri dengan kemahiran yang baru / meningkatkan tahap kemahiran sedia ada (Tak kira apa bidang pun).

Lagi 5 langkah, akan saya kongsikan pada entri yang akan datang.

Kesan Amalan Kekal Selamanya.
What We Do In Life Echoes In Eternity


Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.
________________________
Tip-tip di atas diambil dari sebuah artikel tulisan Helena Lee. Artikel tersebut ditampalkan di sebuah papan kenyataan di Kampus UKM, KL.