Friday, August 6, 2010

Pengalaman Terbang, Melawan Graviti

Yup, itu kapalterbang Silk Air yang saya naiki.

Sungguh saya rasa begitu bersyukur, kerana diberi peluang dapat merasai sendiri suasana di dalam kapalterbang membelah langit yang membiru, melawan graviti bumi yang sentiasa menarik objek ke arah bumi dan merasai pecutan enjin kapalterbang yang memecut untuk mendapatkan momentum menujah ke atas. Wow! Sungguh hebat pengalaman ini. Mungkin ia pengalaman yang biasa-biasa sahaja bagi anda yang sudah berpuluh kali 'terbang'.


Terima kasih kepada pihak Perkin Elmer yang telah membiaya penerbangan saya, Dr. Juriyati dan Pn. Azura melawati infrastruktur Perkin Elmer di Ayer Rajah Crescent, Singapura. Lawatan yang singkat ke Pusat Perkin Elmer di Singapura banyak memberi kami input tentang bagaimana Perkin Elmer memasang bahagian-bahagian sesebuah mesin yang banyak digunakan di makmal-makmal penyelidikan biologi dan kimia.


Penerbangan yang saya naiki itu ialah Silk Air, yang saya fikir diuruskan oleh syarikat dari Singapura. Perjalanan yang singkat, hanya 55 minit, pesawat Silk Air telah selamat mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Changi.

Sempat juga saya melawat dan bertemu dengan beberapa ahli sanak saudara, Pak Besar dan keluarga, Benluth, Pak Ucu dan Haidi.

Terpesona melihat awan-gemawan yang putih cantik tersusun.

"Err, ni kat mana eah? Kat Johor kot."

Dah sampai Changi, Singapura.

Moga dapat lagi peluang untuk terbang membelah awan.

Lihat dunia dari mata burung.

Tersentuh rasa, betapa Maha Kuasa Allah yang mencipta dunia, mengizinkan manusia 'terbang' menggunakan kebijaksaan akal kurniaanNYA.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

No comments:

Post a Comment