Saturday, August 21, 2010

Muka Masuk TV

Pada Selasa yang lepas (17 Ogos 2010), sekitar pukul 8.30 malam, sedutan rakaman temuramah saya dengan wartawan Salina Zakaria telah disiarkan dalam segemen tajaan BiotechCorp. Alhamdulillah, memang rasa teruja sekali, bila melihat muka sendiri di TV. Hehe. Kadang-kadang rasa kelakar pun ada juga.

"Nape muka ko masuk TV?"
Temuramah tersebut adalah usaha pihak Malaysia Biotechnology Corporation (BiotechCorp) untuk mempromosikan program-program yang telah mereka jalankan. Salah satu dari program tersebut ialah, program Biotechnology Entrepreneurship Special Training (BeST) yang telah saya ikuti selama enam bulan bermula pada November 2007. Jadi, pihak BiotechCorp ingin mempromosi program BeST dengan menyiarkan kejayaan bekas-bekas pelajar yang pernah mengikuti program BeST itu.


"BeST tu program ape?"
Program BeST itu adalah sebuah program latihan selama enam bulan bagi membantu graduan dalam bidang Sains Hayat, dan juga program-program lain yang mahu berkerja di sektor bioteknologi. InsyaAllah, di penghujung program, pelajar-pelajar akan berjaya ditempatkan di syarikat-syarikat berkaitan bidang bioteknologi.

"Glamour ler ko muka kuar TV?"
Hehe, terima kasih kepada rakan-rakan yang mengenali saya, yang telah menonton siaran tersebut. "Takdela glamour, tapi kira rasa teruja sekali bila ada saudara-mara, rakan-rakan yang mengenali, serta jiran kampung mengucapkan tahniah!"

Puji-puji selanyaknya bagi Allah. Terima kasih Allah, kerana saya diberi peluang ini.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

Friday, August 20, 2010

Menguji Sendiri Kehamilan

Umum mengetahui wujudnya alat untuk menguji kehamilan yang boleh dijalankan sendiri di rumah. Mari fikir, bagaimana alat yang nampak ringkas itu boleh menguji kehamilan? Sejauh mana pula kita boleh bergantung kepada kesahihan keputusan dari alat uji kehamilan tersebut?

Ada beberapa cara untuk menguji kehamilan secara kimia. Ujian yang paling mudah dan paling boleh diterima (most reliable) ialah ujian yang menguji kehadiran hormon yang dikenali sebagai human chorionic gonadotropin atau hcG. HcG dihasilkan oleh placenta dan boleh dikesan dalam sistem seseorang wanita sebaik sahaja penanaman (implantation) telur yang telah disenyawakan berlaku. Oleh kerana hormon tersebut secara umumnya, hanya terhasil pada peringkat boleh uji (testable) pada wanita mengandung, pengesahan kehadiran hormon tersebut pada urin seseorang wanita merupakan petunjuk yang boleh diterima pakai (reliable) untuk menguji kehamilan.

"Ok, jadi macamna alat tu mengesan hormon hcG dalam urin?"

Alat ujian kehamilan ini berfungsi melalui penggunaan teknologi aliran lateral (lateral flow technology). Teknologi ini merupakan salah satu ujian analisis kimia yang selalu digunakan untuk menguji kehadiran sebatian spesifik dalam cecair, contohnya dadah dan hormon.

Apabila sampel urin diletakkan pada alat ujian kehamilan, sampel urin itu akan bergerak merentas jalur ujian (test strip). Membran yang diperbuat dari nitroselulos (nitrocellulose) ditarik merentasi (stretched across) jalur ujian tersebut. Membran itu digunakan kerana membantu pergerakan protein. Hormon adalah sejenis protein.

Apabila cecair urin bersentuh dengan membran tersebut, cecair urin bercampur dengan partikel-partikel berwarna yang ada dalam membran nitroselulos tadi. Kemudian, campuran urin dan warna itu bergerak sepanjang membran dan bertembung dengan garis ujian (test line). Garis ujian ini mengandungi antibodi untuk hcG yang akan memerangkap partikel-partikel apabila campuran urin dan warna bertemu, membentuk garisan berwarna.

Apabila cecair itu bergerak sehingga ke hujung membran itu, campuran berwarna itu tadi akan terperangkap pada garis ujian kedua. Garisan kedua ini juga mengandungi antibodi, tetapi antibodi ini akan memerangkap partikel-partikel berwarna, sama ada campuran cecair itu mengandungi hcG atau tidak. Dalam bahasa mudah, "hcG ni ade ke, hcG takde ke, line kedua itu mesti keluar, sebab line keduar hanya memerangkap partikel-partikel berwarna."


Jadi, untuk kedua-kedua keputusan (negatif atau positif), garisan yang kedua pasti nampak. Jika garisan pertama tidak kelihatan, begitu juga garisan kedua, maka ujian yang dilakukan tidak sahih. Kemungkinan ralat (error) berlaku pada alat ujian tersebut.

Maha Suci Allah, hebatnya manusia ciptaan Allah. Dengan akal, manusia mampu memikirkan sesuatu dalam mengurus sistem atas muka bumi, sesuai dengan tugasnya sebagai khalifah.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.

_________________
"Hehe, kenapa saya bercerita tentang ujian kehamilan ni ye?" "Anda mungkin dah dapat tangkap tujuan saya bercerita tentang ujian ni." Terima kasih kerana meluangkan masa membaca dan memberi komen tentang entri kali ini.

Lagu Nama-Nama Allah

Bulan yang penuh barakah ini, menguji motivasi saya untuk sentiasa mengemaskini kandungan blog. Ya, tidak dinafikan, saya tidak cergas dalam mengemaskini blog ini sepanjang 10 Ramadan yang telah berlalu. Salah saya. Ya Allah, kasihanilah atas kelemahan diriku ini.

Di kesempatan bulan yang penuh barakah ini, suka saya berkongsi dengan anda semua, sebuah video musik oleh Sami Yusuf berjudul Asma Allah (nama-nama Allah). Saya mula meminati lagu ini setelah mendengar bahagian akhir lagu ini di akhir rancangan Jejak Rasul TV3 pada Ramdan tahun lepas. Pada minit ke 3:00 lagu ini, anda (pendengar baru) mungkin akan rasa seperti lirik lagu ini terus menusuk ke kalbu. Hayatilah.


Amirul Faiz Abd. Razak
50300 Kuala Lumpur

Friday, August 6, 2010

Pengalaman Terbang, Melawan Graviti

Yup, itu kapalterbang Silk Air yang saya naiki.

Sungguh saya rasa begitu bersyukur, kerana diberi peluang dapat merasai sendiri suasana di dalam kapalterbang membelah langit yang membiru, melawan graviti bumi yang sentiasa menarik objek ke arah bumi dan merasai pecutan enjin kapalterbang yang memecut untuk mendapatkan momentum menujah ke atas. Wow! Sungguh hebat pengalaman ini. Mungkin ia pengalaman yang biasa-biasa sahaja bagi anda yang sudah berpuluh kali 'terbang'.


Terima kasih kepada pihak Perkin Elmer yang telah membiaya penerbangan saya, Dr. Juriyati dan Pn. Azura melawati infrastruktur Perkin Elmer di Ayer Rajah Crescent, Singapura. Lawatan yang singkat ke Pusat Perkin Elmer di Singapura banyak memberi kami input tentang bagaimana Perkin Elmer memasang bahagian-bahagian sesebuah mesin yang banyak digunakan di makmal-makmal penyelidikan biologi dan kimia.


Penerbangan yang saya naiki itu ialah Silk Air, yang saya fikir diuruskan oleh syarikat dari Singapura. Perjalanan yang singkat, hanya 55 minit, pesawat Silk Air telah selamat mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Changi.

Sempat juga saya melawat dan bertemu dengan beberapa ahli sanak saudara, Pak Besar dan keluarga, Benluth, Pak Ucu dan Haidi.

Terpesona melihat awan-gemawan yang putih cantik tersusun.

"Err, ni kat mana eah? Kat Johor kot."

Dah sampai Changi, Singapura.

Moga dapat lagi peluang untuk terbang membelah awan.

Lihat dunia dari mata burung.

Tersentuh rasa, betapa Maha Kuasa Allah yang mencipta dunia, mengizinkan manusia 'terbang' menggunakan kebijaksaan akal kurniaanNYA.

Amirul Faiz Abd. Razak
76400 Melaka.