Monday, September 7, 2015

Mana iklan AdSense ni?

Habislah juga 5, 6 jam dari semalam saya mencari apa yang silapnya dengan kod Google Adsense yang saya pasang. Salah kod kah? Kenapa tak nampak apa-apa lagi iklan dari Google Adsense? Bukannya tak sabar nak klik, tapi munculnya pun tak nampak lagi.

Cari punya cari, akhirnya bertemulah jua jawapannya. Rupanya kena cari dengan Google, taip dalam bahasa Inggeris "how long adsense appear", barulah faham. Setelah langkah pertama permohonan akaun Adsense lulus, ada pula langkah kedua.

Iaitulah, kita tampal kod Adsense dalam web, namun ianya tak akan keluar lagi, hanya ada kotak transparen / jernih sahaja. Kita kena tunggu. Tunggu mereka merangkak (crawl) ke web kita, mereka review lagi, barulah mereka luluskan, dan keluarlah iklan.

Betulkah begitu?

Harapnya betullah. :)

220 juta boleh berbahasa Melayu?

Tiba-tiba datang semangat nak tulis entri dalam bahasa Melayu, setelah hampir 12 bulan terbiar sepi blog ini. Haha.. :D Sebelum ini saya cuba untuk tulis dalam bahasa Inggeris, agak susah mengolah ayat, jadi takut. Takut orang tegur salah grammar, salah tatabahasa, salah nahu dan ejaan. Pelik. Kalau bahasa Melayu, salah ejaan ke, salah tatabahasa ke, salah ejaan keww, orang buat tak peduli, tak kisah sangat pun. Hmm.. entahla.

Dari mana datangnya semangat? Datangnya apabila Google Adsense telah mengiktiraf bahasa Melayu. Haha.. Memang agak lambat saya ambil tindakan, tahu lama dah yang Adsense dah mula terima bahasa Melayu, tapi diri sendiri yang malas nak ambil tindakan, diri sendirilah yang tanggung akibatnya.

Betulkah katanya 220 juta orang boleh berbahasa Melayu? Mungkin benar, kerana populasi rakyat Malaysia sekitar 30 juta lebih, ditambah pula dengan rakyat Indonesia yang bahasa hampir sama dengan bahasa Melayu, tambah lagi dengan rakyat Brunei. Mungkin benar kenyataan itu.

Jadi, setelah banyak kali ditolak permohonan Adsense saya atas faktor bahasa Melayu tiada dalam senarai, kini saya mencuba lagi sekali. Moga berjaya hendaknya. Ameen. :)

Wednesday, November 19, 2014

How to get ideas to write blog entry?

It's normal for bloggers / writers to face mental block when it comes to generate new ideas. I also face the same problem sometimes. I try to read a lot of books to try to generate ideas to write or blog, however, I find it difficult. It could be because I want to make it too perfect that startle me to start writing.

So, first, to get ideas to write, just start with whatever that come up on your mind.

Okay, so this is my first short and brief entry in English. I'm trying to practice my English writing skills which I think is at low level.

So, here goes.

Saturday, August 13, 2011

Belajar buat web dengan Joomla 1.7

Web ringantangan yang baru.
Sekadar nak bercerita, sebelum ni, saya gunakan Joomla 1.6 untuk website www.ringantangan.com saya. Kemudian, saya mula sedar pentingnya untuk update kepada Joomla 1.7, kerana isu-isu keselamatan (spam, hack dan sebagainya). Jadi saya pun terus update. Sudah diberi peringatan supaya backup data. Tapi saya kurang faham. Saya ada ikut arahan (step by step instruction) untuk backup, tapi saya tak faham lagi bagaimana nak pasang semula (restore) backup yang saya dah buat itu. Akhirnya, saya pasang Joomla 1.7 yang baru sahaja. Hilanglah artikel-artikel yang saya dah tulih sebelum-sebelum ni. Begitu juga dengan komen dari rakan-rakan.

Pengajaran yang paling berharga adalah melalui pengalaman. Pengalaman adalah institut pengajian yang paling tinggi. :)

Sunday, July 31, 2011

www.ringantangan.com


Apa khabar semua? Harap sihat-sihat belaka. Kepada Muslimin, selamat menjalani ibadah puasa. Kukuhkan iman, cantikkan puasa. Moga kita beroleh taqwa. Saya ingin menjemput anda semua ke laman web baru saya ringantangan.com. Sudi-sudikanlah ye. :)

Wednesday, July 27, 2011

Selepas 5 kali mencuba, Naufal meniarap


Semalam, tatkala mahu pergi ke tempat kerja, Naufal dah mula tidur mengiring. Seronok tengok dia dah mula mahu meniarap. Semakin besar, semakin sihat anakku Naufal. Usianya kini dah 3 bulan.

Suatu nikmat yang sukar diungkap, betapa indah melihat si manja membesar, dari hari ke hari, kasih sayang terhadap keluarga ini makin mekar dalam hati abah dan umi. :)


Abah dan umi banyak belajar dari pengalaman berharga ini. Allah hadirkan Naufal, supaya abah dan umi belajar dengan sebenar-benarnya, apa itu sabar.
Ok Naufal, lepas ni mengorak setapak lagi, merangkak pula ye.

Friday, July 22, 2011

Pegawai Insiden / Floor Marshall


Bagi setiap tingkat / aras dalam sesuatu bangunan, perlu ada seorang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan orang ramai yang berada di dalam bangunan itu. Orang ramai yang dimaksudkan termasuklah penghuni, pekerja, pelanggan, pelawat bahkan sesiapa sahaja yang lalu lalang atau sekadar jalan-jalan di dalam bangunan / kawasan tersebut. Orang yang ditanggungjawabkan tentang hal-hal keselamatan begini dilantik sebagai Pegawai Insiden, dalam Bahasa Inggerisnya "Floor Marshall".

"Mulanya kami nak panggil 'Pegawai Tingkat', tapi macam tak kena pula istilah tu. Jadi, istilah yang lebih sesuai, rasanya ialah Pegawai Insiden.

Selaku Pegawai Insiden bagi sesuatu paras / tingkat, kami dipertanggungjawabkan untuk mengetahui, jumlah pemastautin / penghuni yang berada di paras / tingkat itu. Pegawai Insiden juga mestilah tangkas dan pantas dalam hal-hal kecemasan, seperti memadamkan kebakaran kecil.


Bertempat di Marina Cove, Lumut, Perak, Pegawai Insiden dari UKM Kampus KL telah diberi taklimat dan juga latihan apabila berada dalam kecemasan disebabkan kebakaran.

Nampak mudah, apabila dalam situasi kecemasan yang sebenar, pasti kita akan panik. Latihan seperti ini, sebagai suatu persediaan kepada Pegawai Insiden. Sekurang-kurangnya, ada orang yang tahu, apa yang perlu dilakukan, ketika panik.


Ke arah tempat kerja yang selamat.