Monday, September 7, 2015

220 juta boleh berbahasa Melayu?

Tiba-tiba datang semangat nak tulis entri dalam bahasa Melayu, setelah hampir 12 bulan terbiar sepi blog ini. Haha.. :D Sebelum ini saya cuba untuk tulis dalam bahasa Inggeris, agak susah mengolah ayat, jadi takut. Takut orang tegur salah grammar, salah tatabahasa, salah nahu dan ejaan. Pelik. Kalau bahasa Melayu, salah ejaan ke, salah tatabahasa ke, salah ejaan keww, orang buat tak peduli, tak kisah sangat pun. Hmm.. entahla.

Dari mana datangnya semangat? Datangnya apabila Google Adsense telah mengiktiraf bahasa Melayu. Haha.. Memang agak lambat saya ambil tindakan, tahu lama dah yang Adsense dah mula terima bahasa Melayu, tapi diri sendiri yang malas nak ambil tindakan, diri sendirilah yang tanggung akibatnya.

Betulkah katanya 220 juta orang boleh berbahasa Melayu? Mungkin benar, kerana populasi rakyat Malaysia sekitar 30 juta lebih, ditambah pula dengan rakyat Indonesia yang bahasa hampir sama dengan bahasa Melayu, tambah lagi dengan rakyat Brunei. Mungkin benar kenyataan itu.

Jadi, setelah banyak kali ditolak permohonan Adsense saya atas faktor bahasa Melayu tiada dalam senarai, kini saya mencuba lagi sekali. Moga berjaya hendaknya. Ameen. :)

No comments:

Post a Comment