Saturday, November 13, 2010

Basuh Enjin, Setelah Sekian Lama

Enjin motor Honda EX5 dibaraikan.

Setelah sekian lama, dibiarkan begitu sahaja, hingga aras prestasi enjin motor Honda EX5 warisan abah itu di bawah par. Mekanik kedai motor dari awal tahun lagi asyik mengingatkan supaya 'overhaul' enjin motor tu. Baru kini saya ada kesempatan untuk menghantar motor ke bengkel, untuk di 'overhaul'.

"'Overhaul' ni dalam Bahasa ape eah?" Dari fahaman saya, 'overhaul' ni macam membersihkan enjin dengan cara membaraikan enjin, kemudian setiap satu komponen dibersihkan, akhir sekali, dipasang semula.


Lama juga menunggu motor diservis pagi tadi, dari pukul 10 pagi, sampailah pukul 5 petang, dan Alhamdulillah, bunyi motor EX5 saya berbunyi seperti baru beli. :)

Kos 'overhaul' enjin ni? Oleh kerana motor EX5 saya ni dah bertahun-tahun tak pernah servis, maka bila dibaraikan pagi tadi, pomen menunjukkan betapa kotornya komponen-komponen dalam enjin motor saya tu. Jadi macam-macamlah yang kena tukar. Jumlah kos, RM700. Ok la tu kot, memandangkan dah bertahun-tahun motor saya tu digunakan.

Sampai berapi-api, kotoran dah melekat banyak sangat.

Leka memerhatikan mekanik di bengkel mencuci 'nadi' motorsikal saya. Saya terkenang, jika 'nadi' seorang manusia yang bertahun-tahun tidak pernah dicuci, pasti berkeladak, mendak dengan pelbagai kekotoran.

Jika baik sesebuah enjin itu, maka baiklah keseluruhan kenderaan tersebut.

Jika baik hati seseorang itu, maka baiklah keseluruhan dirinya. InsyaAllah.

Amirul Faiz Abd. Razak
43650 Bandar Baru Bangi

No comments:

Post a Comment