Tuesday, November 23, 2010

Mari Baca, Nota Hati Seorang Lelaki



Anda seorang lelaki? Pernah terfikir sejauh mana anda efektif menjalankan tugas? Sebagai seorang anak, seorang ayah, seorang suami dan seorang dai'e. Syukur jika anda ada memikirkannya.

Anda seorang wanita? Takpe, buku ini masih sesuai untuk anda, membantu anda memahami peranan anak lelaki anda, ayah anda, dan suami anda.

Buku tulisan Pahrol Mohd. Juoi ini merupakan himpunan kisah-kisah pendek tentang anak, ayah, suami dan dai'e. Sungguhpun kisah-kisahnya pendek, tapi mesej yang disampaikan dari kisah pendek itu sungguh mendalam, meresap ke dalam jiwa.

Antara kisah yang memberi kesan kepada saya sebagai seorang anak. Kisah di mana seorang ibu yang telah tua dan uzur, berkata kepada anaknya "bila ibu dah tiada nanti, siapalah yang akan mendoakan kau nanti."

Insaflah wahai anak-anak (muda dan tua), kesejahteraan, kejayaan anda dalam hidup ini, berkat dari doa ibu bapamu yang tak pernah jemu-jemu berdoa untuk kamu sekalian.

Sebagai seorang suami, kata-kata dalam buku baik ini yang terngiang-ngiang dalam kepala saya, "jangan harapkan ketaatan isterimu, andai diri tidak taat pada Allah." Ya, jika isteri anda tak taat, muhasabah sedalam-dalamnya ketaatan anda kepada Yang Maha Pengasih.

Begitulah sedikit ulasan saya berkenaan buku yang sungguh bagus diteliti dan diamati oleh setiap lelaki muslim. Baik yang muda, mahupun tua.

Bacalah ya.

Amirul Faiz Abd. Razak
43650 Bandar Baru Bangi

Sunday, November 21, 2010

Seminggu Offline, AidilAdha Bersama Isteri

Seminggu saya tidak online, bermula dari 14 Nov hingga 21 Nov. Saya telah meraikan AidilAdha di kampung isteri saya, Paloh 3, Gua Musang, Kelantan. Dek kerana capaian mobile internet maxis di kawasan Paloh 3 tidak kesampaian, maka aktiviti online saya terbatas. Tak buka email, tak update blog, tak update facebook, tak semak bayaran bil-bil online dan sebagainya.

Walaupun begitu, aktiviti saya sepanjang AidilAdha di Paloh 3, bagi saya, merupakan pengalaman yang baru. Ya, lain tempat, lain cara.

Lembu korban sedia disembelih.

Banyak lembu yang dikorbankan pada Hari Raya pertama. Seronok melihat kerja gotong-royong di antara orang kampung dalam mengerjakan ibadah korban.

"Saya pun tolong jugak, hehe, tolong sikit-sikit je. Tolong pegang lembu, tolong angkat-angkat daging ke tempat cincang. Tak bawa pisau, kalau tak, boleh tolong melapah."

Daging korban siap dilapah, dicincang-cincang.

Gembiranya di AidilAdha, takbir raya bergema hingga ke Hari Raya ke-3.

Allah Maha Besar, dan bagi Allah segala pujian.

Amirul Faiz Abd. Razak
43650 Bandar Baru Bangi.

Saturday, November 13, 2010

Basuh Enjin, Setelah Sekian Lama

Enjin motor Honda EX5 dibaraikan.

Setelah sekian lama, dibiarkan begitu sahaja, hingga aras prestasi enjin motor Honda EX5 warisan abah itu di bawah par. Mekanik kedai motor dari awal tahun lagi asyik mengingatkan supaya 'overhaul' enjin motor tu. Baru kini saya ada kesempatan untuk menghantar motor ke bengkel, untuk di 'overhaul'.

"'Overhaul' ni dalam Bahasa ape eah?" Dari fahaman saya, 'overhaul' ni macam membersihkan enjin dengan cara membaraikan enjin, kemudian setiap satu komponen dibersihkan, akhir sekali, dipasang semula.


Lama juga menunggu motor diservis pagi tadi, dari pukul 10 pagi, sampailah pukul 5 petang, dan Alhamdulillah, bunyi motor EX5 saya berbunyi seperti baru beli. :)

Kos 'overhaul' enjin ni? Oleh kerana motor EX5 saya ni dah bertahun-tahun tak pernah servis, maka bila dibaraikan pagi tadi, pomen menunjukkan betapa kotornya komponen-komponen dalam enjin motor saya tu. Jadi macam-macamlah yang kena tukar. Jumlah kos, RM700. Ok la tu kot, memandangkan dah bertahun-tahun motor saya tu digunakan.

Sampai berapi-api, kotoran dah melekat banyak sangat.

Leka memerhatikan mekanik di bengkel mencuci 'nadi' motorsikal saya. Saya terkenang, jika 'nadi' seorang manusia yang bertahun-tahun tidak pernah dicuci, pasti berkeladak, mendak dengan pelbagai kekotoran.

Jika baik sesebuah enjin itu, maka baiklah keseluruhan kenderaan tersebut.

Jika baik hati seseorang itu, maka baiklah keseluruhan dirinya. InsyaAllah.

Amirul Faiz Abd. Razak
43650 Bandar Baru Bangi